Monday, December 14, 2015

Pengalaman: Suntikan Perancang~


Assalamualaikum~

Image result for suntikan perancang apa itu?


Kali ni rasa macam nak cerita pasal suntikan perancang. Semua orang yang dah bersalin maklum dah kot pasal ni kan? Lepas je bersalin mesti doktor tanya nak amik perancang apa. Nurse pun asyik tanya je. Selagi tak amik, dia akan tanya. Sebabnya nak kita jarakkan dengan kelahiran yang seterusnya. 

Antara sebab-sebabnya:
1. Lepas dah bersalin kita kena fokus untuk susukan dan jaga betul-betul baby yang baru lahir ni. 
2. Untuk rehatkan badan sendiri.
3. Kalau mengandung cepat sangat kebanyakan ibu yang breastfeeding and kekeringan susu. Kesian kat anak tak puas menyusu badan. kan?

Saya pilih untuk amik suntikan. Sebabnya:
1. Tak perlu makan.
2. Tiga bulan hanya sekali.
3. Takkan terlupa macam makan pil sehari pun tak leh tinggal.
4. Lebih berkesan.
5. Saya caeser, memang dimestikan jarakkan kelahiran seterusnya untuk jaga luka jahitan dalaman. Saya tak nak kena bedah lagi kalau boleh untuk anak seterusnya, Kalau kena bedah lagi anak limit 3~4 orang je. Tak sanggup kena limit :((

Nak citer pengalaman saya amik suntikan ni. Saya bersalin bulan 8 tahun lepas. Start amik dalam bulan 10 camtu. Saya hanya amik 2 kali je. Bulan 10 dan bulan 12. Appointment bulan 3 saya tak pergi. Sebab masa tu rasa macam dah bersedia nak tambah anak...huhu..awalnye kan?

Tapi sebenarnya ada bagus berhenti awal sebab efek suntikan hormon ni sangat kuat. Dah setahun tak period sejak amik suntikan tu. Anak pun dah setahun 4 bulan. Risau jugak tak period kan. Kalau takde proses ovulasi macam mana persenyawaan nak terjadi? (masuk bab bio jap..huuhu :p)

So, hari ni selepas setahun akhirnya proses ovulasi berlaku semula. Alhamdulillah. 

Suntikan hormon pencegah kehamilan adalah kaedah perancang keluarga untuk jangka masa panjang. Oleh itu, ia mengambil masa yang panjang untuk kesan suntikan berkurangan. Purata tempoh untuk kembali hamil adalah antara 1 hingga 4 bulan lebih lambat berbanding kaedah lain. Ini bermakna wanita akan hamil semula apabila berhenti mengambil suntikan ini selepas purata 10 bulan dari suntikan terakhir.

Badan saya ambil masa 12 bulan untuk stabilkan semula hormon. Hamil? Tak tahu lagi, Insya'Allah..doakan ye..huhu..

Oleh sebab tu saya nak bagitau, bagi pasangan muda janganlah amik suntikan terlalu lama. Takut lambat nak dapat anak seterusnya. 

Tapi, benda ni depends pada hormon juga. Seeloknya dapatkan nasihat pakar. Untuk lebih rujukan mengenai suntikan ni, boleh refer blog bawah tu. Lengkap semua explanation :)

Wallahualam~


Rujukan:
1. http://drzubaidi.com/blog/kesan-sampingan-suntikan-perancang-keluarga/
2. http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/kaedah-perancang-keluarga


4 Ciri-Ciri Orang Yang Masih Nampak ‘Kuno’ Walaupun Hidup Di Zaman Moden










8 comments:

  1. Hany memang x amek apa apa perancang,sbb kalau boleh nak anak cepat, hehehe kitorang dpt rezeki anak ni kan lambat, jd nya dh semakin tua ni kan. Tp semua nya dari DIA, kena usaha gigih lagi ni ;)

    ReplyDelete
  2. saya ambil pill je memang kena consistent. siap buat alarm lagi hehehe...

    ReplyDelete
  3. Bagus entry ni...membuka mata

    #mengharap doa termakbul.

    ReplyDelete
  4. sama bulan la kelahiran ank kita, kan !

    betul betul.saya hri tu masa doktor dtg check kt katil wad, siap tanya nak ambil perancang keluarga yg mana ?dh bincang dgn suami ke?

    on the sport sy gtauu direct je. sy tak nak ambil apa apa pon perancang sbb saya tunngu lama nk dpt baby ni, nnti takut kalau ambil perancang, hormon saya tak stabil pulak. lg pon umur sy dh menningkat. hikhiks

    nsb doktor open minded. cuma dia oesan je la. hati2 dan pandai2 ye sbb awak bersalin normal. pa pe pin jaga diri dulu.. sejuk je telinga dengar

    tp bila pergi checkup sebulan di klinik, nurse dh mula soh ambil, itu ini itu ini alasannya. saya ttp x ambil. sbb dh bca dn dengar pengalaman kengkawan. lagi la saya risau. dh la tunggu pertama hati ambil masa lama, kan.

    tp bagi saya ni kuasa Allah, setengah tu ambil perancang, tapi Allah izinkan juga..

    saya selepas berpantang terus dtg bulan. dgr org ckp bila bf baby, period lambat datang, kan ! ada setengah kes, x sedar tup tup tgh pregnant..

    ReplyDelete
  5. aida x pernah amik pe pe jenis perancang. sendiri jaga ha ha ha!
    ada member aida tu amik injection juga tau yana.
    lama, sebab dia 2 kali cizer.
    yg best nya. last month stop injection, 1-2 bulan pastu pregnant!!!
    subur over dia tu kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan aida tu stop,1-2bulan tu ade period x sblom tau mengandung tu...sbb skrg sy tgh merancang untuk pregnant lgi..batu stop awal bulan ritu..

      Delete
  6. Ada kes x ambik injection tp mengandung jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang-jarang rasanya..saya dah dua kali lepas bersalin amik suntikan perancang tu, lepas stop amik baru pregnant balik..

      Delete