Assalamualaikum~
Sejak sebulan dua ni saya dan husband bawak bekal je dari rumah. Sejak kena food poisoning hari tu husband cadangkan gitu lah. Jimatkan duit katanya. Sekarang ni kan barang semua mahal dah. Beras pun dah takde subsidi dengarnya. Berapa harga beras lepas ni agaknya ye??
Berbalik pada tajuk. Oleh kerana nak buat bekal saya sekarang ni kena bangun 530 pagi. Tapi pagi tadi Adam pukul 520 dah bangun. Bangun-bangun terus senyum-senyum, ketawa kacau ibu ayah dia tidur. Nasib baik comel. Bolehlah dimaafkan..he he..
Alang-alang dah bangun, pergilah saya ke dapur. Macam biasa assistant ada sebab dah bangun. Adam duk main barang-barang bawah sinki.
Tetiba bila saya tengok bawah Adam dah tumpahkan kordial ribena. Banyak! Aduh. Stress ibu gini Adam! Dah tumpah tu dia boleh main tepuk-tepuk pulak! Terpercik semua. Dengan yang kena karpetnya lagi..huhu..sabar je la~
Nak tak nak kena minta tolong husband jugak. Kena lap balik, mandikan Adam sebab dah bermandikan ribena awal pagi. Pakai baju tu serah kat ayah dia pulak. Sambung masak, hangit.sikit dah lauk saya..huhu:(
Pagi-pagi dah kelam kabut. Pas masak mandi solat. Kena keluar pukul 7 nak hantar Adam lagi ke pengasuh. Mencabar sungguh jadi ibu isteri bekerja ni ye. Ni baru anak sorang. Kalau anak ramai nanti tak tahulah macam mana. Nasib baik makanan Adam Pengasuh buat skali utk semua anak yang dia jaga. Selamat~~~
comel adam ni main tepuk2 kordial ribena hahahha ada anak kecil memang kena banyak sabar, dia tak tau apa2 lg kan...
ReplyDeletetular mak kene tambah adek adam tu 7 8 lapan lagikks ;p
ReplyDeletesabo jer la yana.
ReplyDeletegitu la kalau ada anak.
and anak tu bangun pagi la plak hi hi hi...