Wednesday, November 11, 2015

Adam main buai ~

Assalamualaikum~

Semalam cuti Deepavali. Selamat Hari deepavali bagi yang menyambutnya. Lambat pulak wish.

Semalam officemate husband ajak berbbq di Bukit Ekspo, UPM. Segan sebenarnya, semua saya tak kenal. Jadinya saya ajak kakak..he he..

Semua geng-geng alim. Maklumlah geng usrah husband. Rendah je diri rasa..huhu. Cakap pun ana anta anti ukhti zaujah. Saya tak pandailah. Cakap biasa-biasa je. Banyak senyap melayan Adam je saya semalam. Agak kekok, maklumlah saya ni bukan jenis peramah.

Ada taman mainan kat situ. Layan Adam je la. Gambar aktiviti BBQ tak amik sebab memang macam join tak join je. Tapi kambing sedappp..hehe~




Adam dah pandai main buai sendiri. Saya nak pegang dia tak bagi. Siap suruh saya main buai sebelah lagi. Pastu ketawa-ketawa..comel! Besar dah Adam ni..dulu kecikkkk je..huhu~

5 comments:

  1. segan juga kan sis klu tak berapa kenal.. nak sembang pun tak tahu sgt nak topik apa..hehe..
    suka Adam main buaian... :):)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum yana...alorr bestnya dpt nai buaian tu...:)

    ReplyDelete
  3. alahai... main buai ye...
    baik2 pegang, nanti jatuh la plak darling adam.

    ReplyDelete