Assalamualaikum...
Dalam kehidupan ni mesti akan datang pelbagai dugaan dan cabaran. Itu semestinya perkara yang normal kan? Saya dari kecil tak banyak terdedah dengan kehidupuan luar. Setiap masa hanya di rumah. Sekolah pula dari darjah satu sampai form 3 belajar di sekolah perempuan.
Agak kekok bila form 4 masuk ke sekolah campur. Saya jadi takut dan kurang keyakinan untuk berinteraksi dengan lelaki. Diorang pun takut untuk bertegur sapa dengan saya sebab saya ni sangat pendiam.
Bila usia dah makin meningkat. Saya jumpa dengan lebih ramai orang. Saya bernasib baik sebab berjumpa dengan seorang lelaki yang saya rasa memahami saya.
Tapi sejak kebelakangan ni, saya banyak buat benda yang dia tak suka. Saya tak fikir jauh. Yang saya tahu, saya tak pernah pun buat macam ni. Saya rasa macam nak cuba. Benda tu semua tanpa sedar, saya dah menyakiti hati dia.
Saya menyesal dan cakap apa pun tak guna. Sedih jugak bila dengar dia cakap dia dah kecewa dengan saya. Nak marah dia pun tak boleh sebab memang salah saya.
Bila dia rasa kecewa dengan saya, saya lagi kecewa dengan diri saya ni. Kadang-kadang saya fikir, you deserve better. Bila saya dah buat benda tu baru saya nak takut. Padahal sebelum nak buat tu dah fikir dah tak elok, rasa berbelah bahagi. Tapi, saya buat jugak.
Saya rasa malu dengan diri saya ni. Saya memang kurang yakin dengan diri sendiri. Bila saya buat macam tu saya rasa keyakinan bertambah sikit. Tapi, cara tu silap.
Saya sayangkan dia.
Tapi, saya rasa saya takde hak nak halang dia untuk buat apa-apa. Saya dah buat salah.
I'm really sorry..
Even my apologies does not have any significant to you..
I just want you to know..
Are you happy with me?
Are you?
p/s:Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua..
huhu bunyi cam sedih jer
ReplyDeleteawww jiwangnya hehehehehe
ReplyDeleteBlog awak terpilih!!!! jom comments blog saya banyak2, nanti sy balas balik 2 kali ganda hehe!
- Admins Blog 3 Dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
takmo sedih2 yana. all is well. :)
ReplyDeleteNur nak yana byk2 bersabar...
ReplyDeleteKalau ade problem bincang elok2..
ingat, ini dugaan..
Senyum ye Yana... :)
ini semua dugaaaaaaaannnn... relax ok, bincang elok2, gud luck kakak n leo :) insyaAllah, semua akn berjalan lancar ok..
ReplyDeletehu hu hu...
ReplyDeletemasa bertunang mcm ni lah yang plg banyak dugaan.. bawa berbincang dngn leonerz k..kalau dia rasa benda tu tak boleh dan dia ada alasan yang kukuh why not ikut cara dia k..hu hu
!hug
dugaan Yana..
ReplyDeletesemua org buat salah kot.kdg2 kita x pikir jauh tu yg salahnya..slow talk elok2 ye Yana :)
sabar la yana..dugaan masa bertunang la tu...tp lps ni jgn kecewakan dia dan diri sendri lagi yer.. perbaiki apa yg silap.. =)
ReplyDeletebiasalah kt bukan insan sempurna.. x salah kalau nak mencuba sesuatu yg baru selagi x dilarang dlm agama... kt ada hak mencuba.... terangkan lah pada sidia.. dan janganlah anggap sidia u.. mengokong pulak.. xmoo sedih² lah..
ReplyDeletesabar yea yana..setiap berlaku menguji kesabaran kita..huhuhu....
ReplyDeleteummuahhhh...insyallah semua akan berjalan dgn baik...thinking posifif k
byk an bersabar ye yana.. ;)
ReplyDeletebunyik sedih je tu dik...sabar ye...semua orang ade wat salah kan...
ReplyDeletesaabr ya yana..setiap yg jadi pasti ada hikmahnya..yg penting luahkan dan mintak maaf..
ReplyDeletesabar...tenang aja...insya'allah akan kembali seperti biasa nnt...
ReplyDeletebincang baik2 yana...jgn sedih ya,banyak berdoa =)
ReplyDeletesemua ni dugaan yana...elok la yana sedar yg yana mmg silap..betulkan keslipan tu k..bincang elok.In Shaa Allah akak doakan yg terbaik tuk yana
ReplyDeletejangalah sedih2 ni dugaan mas abertunang
ReplyDeleteya..perempuan selalunya mcm tu, dahbuat baru menyesal..takpe la yana, smua tu dugaan n ujian..lepas kawen nnt ok la :)
ReplyDeletemmg lama gila tak update blog..penyakit M menular tanpa ubat..hihihi
mcm sedih je ni kak. jgnla sdih2 akak
ReplyDeletenape ni yana. byk sabor ye. jgn pk yg tak hepi je/salah kite aje. renungkan mase hepi dan tindakan betul kite jugak. jgn sbb satu silap, kite korbankan/lupekan byk yg betul. :)
ReplyDeletesabar ye yana.jgn sedih2..bese la dugaan bertunang :)
ReplyDeletesemua manusia pun melakukan kesilapan dik,baik kesilapan kecil mahupun besar,apa yg baiknya kamu sudah mengakui kesilapan dan tidak ego untuk memohon kemaafan .tahniah :)
ReplyDeletemoga Allah membukan hati si Dia untuk memaafkan kamu.
everything will be fine soon. kdg tu klau kita tak cuba, kita takan tahu apa impaknya. tak semua apa yg kita buat org akan suka lebih2 lagi org yg kita syg. tp, kalau dia menyuarakan ketidakpuasan hatinya secara terus terang pastinya itu akan lebih merobek hati kita. tapi....takde manusia yg tak buat silap, kesilapan itulah yg akan mengajar kita. jadi, belajarlah dari kesilapan.
ReplyDeletekalau dia benar2 sygkn kamu, dia akan enerima apa adanya kamu. kesilapan kecil tak mungkin akan memadamkan perasaan sayang yg sekian lama telah dipupuk.
be good girl ok darling ♥
Banyak2 bersabaq Yana..bawak2 bincang bebaik kalau ada masalah
ReplyDeletegado eyh.. hihih.. klu kte salah minta maaf cepat cepat tau..
ReplyDelete