Thursday, June 28, 2012

Mengira hari...huhu~


Assalamualaikum~

Minggu ni minggu yang agak busy la bagi saya. Kat ofis kerja tak pernah nak habis sekarang ni sebab kerja banyak, dan saya hanya seorang dalam department ni. Sekarang ni saya tengah curi tulang sebab dah bosan dari Isnin ngadap kerja tak habis-habis.

Sekejap je dah hari Khamis. Esok dah Jumaat. Sabtu Ahad ni ada Jom Heboh kat Plaza Angsana, sape yang pergi?? hehe~

Sebenarnya tengah mengira hari nak dapat gaji ni. Bilalah gaji nak masuk ni..huhu~~ :p

Korang pernah dengar pasal Mima Land? Saya baru tau bila tengok kat Oh Tidak! dengan blog ni.

dulu~

sekarang~

Saya baru first time dengan hari tu. Daripada apa yang saya baca, sekarang ni kawasan ni dah jadi kawasan tinggal lepas ianya terpaksa ditutup atas sebab banyak kes. Salah satu kes kat sana adalah kematian seorang warga Singapura di papan luncur kat atas tu. Lemas kot tak silap saya. 

Ada komen dalam bloh Oh Tidak! tu kata yang kawasan ni keras. Banyak kes dah. Wallahualam~~

Dengar kata dulu kolam renang kat sini antara kolam yang terbesar di asia tenggara. Kalau tengok cerita lama-lama pun ada sebut pasal Mima Land ni. Boleh tengok kat Oh Tidak atau blog ni.

Kalau korang nak tau lebih lanjut, klik la kat link tu ye. Saya nak cerita banyak pun malas..hehe~ :p



Oh, kenapa tetiba saya letak poster Abraham Lincoln ni kat sini? Sebabnya hari Ahad hari tu mak saya ajak pergi tengok cerita ni..hehe..mula-mula ragu-ragu nak tengok sebab orang kata cerita ni pasal sejarah hidup Abraham Lincoln.

Bila dah tengok, memang tak menyesallah. Boleh tahan best gak lah cerita ni. Tapi, asyik terkejut-terkejut je la tengok muka vampire ni sebab selalu sangat muncul tetiba depan mata. Kalau sesapa tengok 3D mesti lagi thrill lah. Ada berani??? hehe~






p/s: sori kalau dah lama tak pergi ke blog korang-korang semua..kalau ada masa, insya'Allah saya pasti sampai ..hehe~ :D



Monday, June 25, 2012

Isnin yang mengantuk~


Assalamualaikum~

Dah lama sangat-sangat dah rasa blog ni tak berupdate..huhu..ada ke orang rindu? ;p


Sebenarnya Sabtu yang lepas saya kena pergi outstation ke Segamat. Alang-alang dah kat Segamat tu, saya pun balik kampung terus lah~


Pagi tadi baru gerak balik dari Melaka ke Johor. Ngantuk je rasa pagi tadi. Nak bukak blog pun tak sempat sebab banyak kerja. Sekarang ni, kat rumah baru ada masa nak bukak blog.


Sabtu hari tu saya kena pergi ke loji najis yang ada masalah dengan struktur tu. Hari Jumaat tu, bos dah pesan suruh bawak kasut phua chu kang yang sampai ke lutut tu sebab nanti kena redah dalam loji najis tu..huhu..geli tak geli?? Bos ada pesan lagi, jangan lupa bawak minyak wangi~~


Perjalanan ke sana pun dah makan masa 2 jam lebih. Dengan jalan yang mencabar lagi sebab nak pergi Segamat tu kena lalu jalan kamupung/kelapa sawit. Asyik kena potong lori je. Takut betul~


Loji tu agak besar jugak lah. Pihak kontraktor tu dah sedut sebahagian besar sludge dalam loji tu. Korang tau tak apa sludge tu?? Tu najis-najis koranglah tu..huhu..macam lumpur yang berwarna hitam. (sori kalau tengah makan tu :p)



Lepas beberapa jam kat sana, dekat-dekat pukul 1, saya pun geraklah balik ke Melaka. Ingatkan nak keluar kat tol Tangkak. Alih-alih, tengok dah sampai Jasin. Nasib baik sampai, kalau tak sampai mahu saya menangis dalam kereta tu nanti..huhu..nasib baik lagi masa tu siang dan terang-benderang lagi~

Kalau dah kat rumah kampung saya tu, confirmlah saya tak ngadap blog. Sebabnya nak habiskan masa-masa berharga dengan family dan kucing-kucing saya..hehe~

Jadi sebenarnya entri ni adalah untuk memohon maaf sebab dah lama tak menjejaki blog-blog korang semua je..hehe~ :)



Kak Masya, saya dah dapat hadiah ni..time kasih banyak2~ :)

Tuesday, June 19, 2012

Re-done?? Re-do??


Assalamualaikum~

Minggu ni mood untuk berblog agak kurang disebabkan kerja yang banyak sekarang ni. Mood bertambah teruk bila kerja design tu dah nak siap,tetiba bos boleh call pulak cakap yg loading dia guna yang dia dah sms kan kat saya baru kejap tadi.

Tension betul ngan bos ni la. Semalam suruh assume aje. Hari ni suruh guna lain pulak. Dah nak siap dah. Kuantiti semuanya dah 70% siap tau!

Sekarang ni kena start dari 0% balik. Aduh, tekanan betul Baru ingat dapat ngadap blog aje Khamis ni. Nampaknya semua hanya tinggal angan-angan. Dahlah dia mesej pun masa tu dah dekat pukul 5. Dah nak balik keje dah pun. Sabar je lah~

Esok masuk ofis aje kena terus mengadap kerja tu lah. Kalau ngadap benda lain dulu, mood untuk buat kerja akan terbang melayang ke tempat lain..huhu~

google~




p/s: Apa pendapat korang tentang ex yang still luahkan masalah pada ex nye tu? Still mesej sebab nak suruh ex tu bagi semangat kat dia? Kalau saya, saya rasa geram! Takde orang lain ke dia leh cari?? Rasanya dia start contact balik secara aktif lepas kami tak jadi tunang..dah dekat 5 tahun kot..huhu :(


Monday, June 18, 2012

Monday blues~


Assalamualaikum~

Hari ni hari Isnin. Hari ni rasa macam monday blues yang teruk je la rasa. Jarang rasa monday blues ni sebab biasanya saya tak kisah kerja ke tak kerja ke sebab memang kalau cuti tak tau nak buat apa pun..huhu~

Sabtu hari tu leonerz telah dipaksa untuk datang ke Johor oleh saya. Sebenarnya takdelah saya paksa pun. Saya stress giler last week, jadi saya cakap kat dia nak pergi Kuantan lah, jalan-jalan. Sorang-sorang. Kuantan kan dekat je dengan tempat dia~

Saya tak paksa pun dia datang Johor sebab dia pun baru je balik dari KL pukul 4 pagi hari Sabtu tu. Dia tak bagi saya datang sebab bahaya katanya. Saya benganglah jugak masa tu.

Tiba-tiba pukul 11 lebih pagi dia kata dia dah nak naik bas pergi Johor dah. Tetiba je~

Sampai Johor dalam pukul 7 lebih malam. Tapi kitorang takdelah pergi mana-mana pun. Pergi makan aje. Dia pun tak cukup tidur. Kesian dia~

Pagi pulak takde pergi mana-mana sangat. Rasa macam sekejap je masa berjalan. Tengok-tengok dah pukul 8 malam. Dia dah kena naik bas balik Tganu. Bas lewat takde sebab beli tiket lambat. Macam kelam-kabut je rasa semalam.

Tiba-tiba dia dah balik. Bangun pagi tadi rasa macam mimpi aje. Betul ke leonerz datang semalam? huhu~

Pagi-pagi bangun rasa tak semangat pulak. Bilalah leonerz dengan saya ni boleh dapat kerja tempat dekat-dekat... :(

Ada sesapa orang Johor ni yg tau tak mana ada jawatan kosong?? huhu~

Pagi tadi bos masuk bilik bagi kerja. Jadi memang takde masa nak blogwalking ke blog-blog korang. Saya memang pekerja yang berdedikasi tau~~~ :p

Ni pun update entri sebab tengah ngantok sangat. Asyik teringat kat leonerz je :p

Kalau ada masa saya jalan-jalan ke blog korang ye?? Jangan marah~~ :)


bila takde keje macam ni la gaya saya~



bila ada keje~



Lepas keje semua dah setel, insya'Allah saya akan bw sampai lebam okay. Sekarang ni boleh bukak sekejap-sekejap je ~~~ :p




Thursday, June 14, 2012

Sambungan semalam~


Assalamualaikum~

Semalam saya ada bagitau yang saya nak sambung pasal tulisan nama dengan darah tu? Sebenarnya saya tak pasti pun tulisan tu guna darah atau tak. Tapi serius macam darah. Oh, lagi satu, saya ni kena kacau macam ni sebab saya sorang je pun perempuan melayu kat site tu.

Di kawasan site tu kebanyakan pekerja adalah indonesian dan bangladesh. Saya kerja dengan main contractor, manakala kebanyakan pekerja yang pasang tiles dan plastering adalah pekerja sub-con

Saya dulu boleh dikatakan orang yang tak disukai oleh pekerja yang pasang tiles ni. Sebabnya, bila dah siap saya akan check lantai dan dinding yang dah dipasang tiles tu sama ada ianya dipasang dengan betul atau tak. Kalau saya jumpa 'sesuatu' , saya akan tandakan dengan marker merah dan mereka kena pecahkan dan buat semula tempat yang saya tandakan tu. Jadi, fahamlah kenapa diorang tu tak suka saya kan?? huhu~~

Kat site tu, ada dalam 4 sub-con yang pasang tiles ni. Kebanyakannya adalah dari warga Indonesia. 

Satu hari, masa saya tengah pusing-pusing site tu, saya terdengar alunan ayat-ayat al-Quran. Saya jengahlah nak tengok dari mana datangnya bacaan tu. Saya nampak ada seorang pekerja Indonesia yang sedang pasang tiles smbil mendengar ayat-ayat al-quran tersebut.

Saya macam kagun dengan dia masa tu. Saya pernah berborak dengan dia. Borak-borak kosong aje sambil check kerja dia. Saya dapat tahu yang dia muda setahun daripada saya dan dalam proses mengumpul duit untuk sambung belajar.

Tapi, bila saya dapat tahu yang dia dan group pekerja yang pasang tiles tu adalah dari Lombok, Indonesia, saya jadi risau & takut. Sebab masa tu banyak kes perempuan Malaysia dibawa lari ke Lombok dan hidup merana kat sana.

Ye, dia pernah bagitau kat sana kalau kat Lombok, hidup senang. Tak yah kerja sebab semuanya tanam sendiri kot. Korang percaya ke?

Lepas kes leonerz mengamuk tu, saya jauhkan diri daripada dia. Kadang-kadang dia ada call. Tapi saya tak layan sangat. Pernah satu kali tu, pukul 4 pagi hari raya pertama dia call! Bila saya tak jawab, dia call lagi banyak kali! Risau saya.

Suatu hari ni, ada orang cakap kat saya yang dia nampak tulisan darah kat satu rumah ni. Memang terkejut masa dia kata yang tulisan darah tu adalah nama saya. Dengan tak berlengah lagi, saya pun pergilah ke rumah yang dimaksudkan tu sorang-sorang. Ye, kat site mmg saya selalu buat kerja sorang2. Memang bahaya. Sila jangan ikut ye~


Saya ambil gambar. Simpan lagi sampai sekarang ni..huhu. Nasib baik ejaan tak sama kan? Risau gak kalau dia ada jampi apa-apa.

Masa saya tengah khusyuk tengok, tiba-tiba keluar orang Lombok tu. Group dia tengah buat tilings kat rumah yang ada tulisan darah tu. Saya tanya dia siapa yang tulis ni. Dia kata tak tau. Tapi, saya tengok tangan dia ada luka. Dia dah balut.

Dengan tak melengahkan masa, saya terus pergi ke site office. Minggu tu jugak saya berhenti dengan notis 24 jam..huhu~

Masa nak berhenti tu pun kelakar pulak kalau ingat balik. Sebab bos tak bagi berhenti. Last-last ayah saya sendiri cakap dengan dia, terus dia terdiam. Dia yang suruh saya call parents saya depan dia bila saya kata mak saya yang suruh berhenti. Lawak pulak rasa :p

Kadang-kadang orang Lombok tu still call. Tapi, saya tak berani nak jawab..huhu~












p/s:Bloggers retis Ujang komen post semalam saya lah..hehe...excited lak rase~ :P



Wednesday, June 13, 2012

Mengamuk~


Assalamualaikum~

Hari ni hari Rabu, 13 Jun 2012. Malam yang agak sunyi daripada mesej dan calling-calling dari sesiapa termasuklah leonerz. Dia sekarang ni dalam perjalanan ke KL atas urusan kerja. Dia akan berada di sana selama 2 hari kalau takde pape halangan. Moga dia selamat sampai ke destinasi. Amin~

Saya sebenarnya teringat satu kisah lama yang berlaku pada tahun 2010 yang lalu. Masa leonerz mengamuk. Saya rasa tu kali pertama dan terakhir setakat ni dia mengamuk macam orang gila kot?

Masa tu saya kerja di tempat lama. Dulu saya kerja di kawasan perumahan berdekatan Taman Daya, Johor. Di site yang saya jaga ada seorang site clerk. Kecil molek je orangnya. Lelaki dari Sabah yang pernah bekerja di Singapore.

Saya tak pasti dia beragam apa sebab dia kata dia baru memeluk agama Islam beberapa tahun yang lepas. Tapi saya tak pernah nampak dia pergi solat Jumaat. Dia pernah meminta saya untuk mengajarkan dia agama Islam, tapi saya rasa sebagai perempuan tak manis kot. Saya suruh dia pergi ke surau atau masjid sendiri untuk belajar dengan lebih mendalam.

Kadang-kadang saya rasa dia cakap macam tu untuk menarik perhatian saya aje.

Dia suka menyanyikan lagu-lagu pada saya masa sama-sama berada di site office. Kadang-kadang sebab tak nak dia kecik hati, saya pun layankan aje. Atas dasar kawan.

Tapi, tak lama lepas tu. Dia hantar mesej-mesej meluahkan perasaan pada saya.Saya tak tahu apa niat dia. Dia tahu saya dah ada leonerz masa tu. Bila fikirkan balik, dia tu sebenarnya macam nak mainkan saya je kot?

Satu malam tu, saya dan leonerz keluar untuk dinner bersama. Saya cerita pasal dia pada leonerz untuk buat leonerz rasa cemburu. Tak sangka yang malam tu leonerz mengamuk teruk.

Dia call lelaki Sabah tu, tapi lelaki tu macam tak layan dan terus letak telefon. Mungkin dia takut, atau mungkin dia tak nak gaduh. Masa tu suara leonerz dah memang tinggi.

Saya senyap aje. Tak tahu nak cakap apa bila tetiba dia menjerit sekuat hati. Masa tu dalam kereta. Terkejut beruk saya. Serius, mula-mula tak tahu tu bunyi apa. Ingatkan bunyi guruh.

Terperanjat & tergamam masa tu. Leonerz betul2 mengamuk nampaknya sampaikan dia bawak kereta ke tempat saya kerja untuk bersemuka dengan orang tu. Tapi, lelaki tu tak duduk dengan pekerja Indonesia di rumah pekerja. Sekejap je, lepas tu leonerz pusing balik.

Nasib baik~

Sebenarnya ada lagi sorang leonerz nak jumpa masa tu. Seseorang yang tulis nama saya dengan menggunakan darah di salah satu rumah yang baru siap. Itu yang buatkan saya nekad berhenti kerja.Tapi tu lain kalilah saya cerita ok~ :)



google~









mood: buntu & rindu...

Tuesday, June 12, 2012

Sabarlah..


Assalamualaikum~

Baru je bergembira sebab dapat banyak hadiah daripada bloggers tadi. Petangnya pulak rasa sedih sangat lepas cakap dengan mak kat telefon tadi.

Sedih.

Bila rasa dah jumpa jalan mudah, ada je yang menghalang. Mungkin ada betulnya sebab tu, tapi takde cara ke yang boleh memudahkan benda ni? Ingatkan mak saya akan menyokong, tak sangka mak saya macam tak suka.

At least bagi masa dalam seminggu atau seminggu lebih. Kalau tak, tangguh aje lah. Nak buat camne lagi?


Tangguh.

Tangguh.

Dan tangguh.


Dia kena fikir keadaan kita jugak. Bukan nak ikut senang dia aje. Lagipun weekend ni memang sibuk. Sabtu ada aktiviti kat sekolah. Nak kena hantar adik-adik lagi balik asrama. Penat sangatlah. Mama nak rehat. Abah pun takde kat dalam negeri sekarang ni.




I'm so sorry leonerz....

I know you're already stress with your work right now....


Kenapa macam ni ye?

Kenapa company tempat leonerz kerja tu suka paksa orang kerja walaupun hari cuti ye?

Kenapa kalau nak nak suruh pergi outstation sok, hari ni baru nak bagitau ye?

Kenapa tempat kerja leonerz tu tak nak bagi cuti ye walaupun ada sebab yang kukuh ye?

Kenapa kalau demam pun dia tak leh amik MC ye?

Kenapa macam ni ye?


Kenapa?

Kenapa?

Kenapa?


Sabarlah....


Insya'Allah ada jalannya~


google






To leonerz: boleh ke guna cadangan yang Yana mesej tadi??

Banner & promote~


Assalamualaikum~

Hehe..dah lama tak update rasanya. Dua tiga hari ni banyak blogwalking je keje. Sampai dah tak tau nak pergi bw ke mana lagi..hehe~~

Tadi tengok Raja Farah ni tinggalkan mesej di chat box.


Saya dapat hadiah banner..hehe..Alhamdulillah..terima kasih banyak2 ye. Saya ni mmg tak reti nak buat banner ni. Nasib baik ada blogger baik hati ni tolong buatkan..hehe~

klik header untuk pergi sana~


Sebab apa saya leh dapat banner ni? Sebabnya saya follower yang ke 333 dia. Dia ada hadiahkan header sekali tak silap saya pada followers lain.


Comelkan banner tu?? Tapi saya tak tahu camne nak guna ni. Nak kena cari tutorial ni..huhu~

Pastu pagi tadi ada lagi kejutan. Saya follower yang ke 700 Huda. Dia dengan baik hatinya promotekan blog ni. Terima kasih banyak-banyak.

klik header untuk ke blog~~

Jasa korang yang banyak tolong saya ni amatlah dihargai. Ramai lagi yang dah tolong saya dalam dunia blogging ni macam ahli-ahli GSF tu..banyak sangat sampai nak taip pun tak habis sampai esok..hehe..header saya tu pun dapat atas belas ihsan ketua GSF..hehe~

Eh, ada lagi. Kak Masya hari tu ada buat teka-teki. Saya dapat jawab dengan betul. Tapi ada 3 orang jawab betul. Dalam 3 orang tu sorang aje yang boleh dapat hadiah dengan cara cabutan bertuah. Saya ni memang tak pernah bertuah, jadi takde lah excited sangat. Sebab rasa cam tak dapat je. 


Sekali, pagi tadi Kak Masya ni tinggalkan mesej kat chat box suruh bagi alamat pulak. Alhamdulillah lagi..murah pulak rezeki minggu ni. Cabutan tu dibuat oleh anak kak Masya, Amir kat SINI. Comel je Amir..terima kasih ye buat adik Amir sebab amik nama akak ni..hehe~ :p

Last week pulak, Kak Aima ada buat ulasan pasal blog ni kat SINI. Memang terperincilah ringkasan tu. Jadi kalau ada sesiapa yang malas nak baca dari awal, boleh baca summary blog saya kat SINI je ye..hehe~



Terima kasih pada semua rakan-rakan bloggers! hehe ~ :)









p/s:hari ni mood rajin nak mempromote..hehe~ :P


Sunday, June 10, 2012

Untukmu cikgu..hehe~


Assalamualaikum~

Tadi godek-godek facebook, ada nampak satu video ni. Nampak cam bosan aje. Tapi disebabkan takde keje, saya pun tekanlah butang play..huhu~~

Kelakar tengok. Saya tahu ramai bloggers ni cikgu-cikgi..hehe..ahli GSF pun ramai cikgu gak kan? Jadi video ni saya dedikasikan buat semua warga guru..hehe..seronok tengok~








p/s: Mata dah beratlah pulak..hehe~

Kenduri, Bohsia & Snow White~


Assalamualaikum~

Hari ni hari Ahad. Serius takde plan nak buat apa-apa. Bosan pulak rasa. Satu hari je pun cuti rasa bosan. Tapi kalau suruh keje, tak nak pulak..huhu~ :p

Semalam pergi kenduri kahwin ex-roommate saya selama 3 tahun di universiti. Dah lama tak jumpa. Last masa konvo dulu kot, tahun 2009. Saya pergi lepas habis kerja semalam. Datang-datang terus pergi jumpa pengantin sebab dia dah nak bersanding jap lagi. Kalau dah bersanding tu mesti lagi susah nak jumpa kan sebab busy ambil gambar.

Pergi je kat bilik dia, saya pun ketuk lah pintu sebab pintu berkunci. Ketuk punya ketuk takde orang bukak. Mak andam tak nak bukak pintu. Lama gak tunggu luar pintu tu. Geram pulak rasa. Mak andam dia nampak cam muda je lagi. Tapi, saya memang tak puas hati sebab dapat jumpa sekejap je. Sebabnya, dah dengar bunyi kompang baru mak andam tu nak bukak pintu. Geram gile!

Kawan saya suruh tunggu pas sanding, nak ambil gambar sama. Tapi masa tu saya bawa kawan ofis, takkan nak suruh dia tunggu lama-lama. Lepas makan, saya masuk balik nak jumpa dia. Dia tengah busy ambil gambar. Last-last, saya balik aje. Takpe lah..takde rezeki nak ambil gambar dengan dia.

Lepas aje kenduri kahwin tu, saya dengan kawan ofis tu pergi tengok wayang. Cerita Bohsia 2. Kawan saya ni yang beria nak tengok. Layankan aje lah~


Jalan cerita saya rasa okaylah. Tapi macam terlalu banyak kata-kata yang tak elok dan tak sedap didengar. Pakaian pun agak menjolok mata terutama Nabila Huda. 

Kalau mat rempit tengok cerita ni, harap-harap bolehlah insaf. Sebab filem kali ni banyak tekankan keagamaan. Cuma saya tak sarankan budak-budak untuk tengok, takut terpengaruh dengan ayat-ayat dalam citer ni.

Suka tengok Syamsul Yusof bila dia selamatkan kawan-kawan dia. Rasa cam gentleman je...huhu~

Overall, bagi saya saya bagi markah 3/5. Pengajaran ada, tapi saya memang tak sukalah kata-kata dan pemakaian dalam citer ni~~

Minggu lepas saya tengok cerita Snow White & The Huntsman.


Cerita ni menang best. Saya bagi 4.5/5.Walaupun duration dia lama, tapi rak rasa bosan langsung. Seronok tengok. 

Dalam cerita ni memang ada orang kerdil, memang ada epal beracun. Tapi banyak juga yang lain daripada buku cerita dia. Tak bosan tengok~  :)

Apa aktiviti yang  boleh dibuat lagi ye time cuti-cuti ni??






p/s: leonerz post lagu tentang rasa dari astrid kat fb. Motif??



Friday, June 8, 2012

Plan masa depan~


Assalamualaikum~

*Perhatian pada leonerz, jangan nak emo ye baca ni..huhu~ :p

Saya rasa malam tadi saya ada mimpi sesuatu. Sesuatu yang saya harap tak terjadi di alam realiti..huhu~~

Bukan mimpi seram atau ape pun sebenarnya. Saya mimpi budak yang saya pernah minat dulu datang jumpa saya dan confess perasaan dia pada saya. Dalam mimpi tu, leonerz ada kat sebelah saya masa dia confess tu.

Saya tak faham apa motif orang tu confess depan leonerz gak padahal dia kenal leonerz sebab leonerz adalah junior course dia dulu~

Saya tak tahu apa perasaan saya masa tu. Saya rasa dia tak patut  confess kat saya sebab dulu saya minat kat dia, dia tak minat kat saya pun..huhu~ :P

Lawak la pulak rasa mimpi tu..hehe..mimpi, biasalah, mana ada yang logik sangat pun kan.

Pagi tadi saya call mak saya. Ada mention pasal kahwin pada saya. Mak saya kata dia tak kisah saya nak buat majlis kahwin kecik-kecik. Kalau nak buat majlis nikah ngan kenduri doa selamat aje pun boleh mak saya kata. Mak saya memang tak kisah sangat. Buat apa buat grand2, tapi last-last berhutang keliling pinggang kan?

Kalau ayah saya mungkin dia nak buat besar-besaran. Tapi saya tak rasa saya mampu. Mak saya suruh abaikan aje ayah saya yang nak buat besar-besar tu. Kalau dia nak jemput beratus-ratus kawan dia dan nak buat besar-besaran, dia kenalah support. Kalau tak, tak payahlah..huhu~~

Lega dengar mak saya cakap camtu. Tapi walaupun mak saya dah bagi greenlight, saya tak rasa leonerz dapat terima. Leonerz kalau boleh macam nak buat besar-besaran aje. Tapi saya tak rasa kami mampu. Mana nak dapat RM30k dalam masa 2 tahun?? Sangat-sangat mustahil ok~

Sekarang ni pun duit simpanan untuk kahwin saya tak sampai 10k lagi walaupun dah dekat 2 tahun kerja. Mak saya kata nak jimat, tunang tak payah buat besar-besaran. Buat antara family je. Tapi, entahlah. Macam tak boleh aje. Saya tak kisah sangatlah pasal tunang, insya'Allah still dalam budget sebab sekarang ni tinggal budget untuk makanan aje. Barang hantaran tinggal sirih junjung ngan dulang hantaran aje yg takde lagi.

Majlis kahwin aje yang merisaukan saya. Susahlah nak bincang dengan leonerz ni, busy memanjang aje. Jadi saya harap dia boleh baca apa yang saya nak cakap pada dia kat sini aje kalau saya terlupa.

Budget kahwin:          
1. Katering 500 orang = RM5000.
2. Khemah = RM500 kot?

Boleh tak budget untuk tu je? huhu..make-up mungkin dalam RM150. Sewa baju dengan pelamin biasanya berapa ye? Boleh ke dapat dalam RM2000 kan? Goodies bag biasa orang budget berapa ringgit ye? Kad mungkin dalam RM500.

Saya bukan nak kahwin dalam masa terdekat. Tapi saya sekarang ni tengah survey apa-apa yang patut. Nanti papehal senang kan~ :)




p/s: Mak saya kata, kalau leonerz tak nak, cakap tak nak aje. Kalau ada orang lain masuk pinang saya, mak saya kata terima ajelah. Tak yah nak tunggu leonerz lagi..huhu~  

*mak saya dah tawar hati lepas leonerz mintak tangguh tunang :(

Thursday, June 7, 2012

#5 Kisah Kami~


Assalamualaikum~

Pagi-pagi tadi jalan kat blog orang, banyak pulak entri yang jiwang-jiwang hari ni. Entri yang membuatkan rasa tak sabar je nak jumpe leonerz..huhu~

Kali terakhir saya jumpa leonerz adalah masa yang dia kenakan saya dulu kat SINI. Masa tu bulan April 2012. Sekarang ni dah bulan Jun 2012. Dah dekat dua bulan kitorang tak jumpa :(

Pastu sekarang ni saya macam asyik cari pasal aje dengan leonerz sebab saya nak dia datang Johor ni. Kalau duduk jauh, tapi selalu dapat mesej dengan call tu lainlah. Ini dahlah duduk jauh, susah nak jumpa. Mesej dengan call pun tak leh setiap masa sebab keje. Dia kalau keje sampai malam. Kadang-kadang bosanlah...huhu~~

Dah lama saya tak sambung cerita 'Kisah Kami' ni. Hari ni rasa macam nak cerita pasal kenangan bulan puasa masa kitorang belajar dulu lah~

Biasalahkan, masa student nak makan semuanya kena beli kan? Dulu pernah saya takde roommate. Jadi nak keluar beli makanan memang rasa malas yang amatlah sebab kena pergi sorang-sorang. Saya tak ingatlah masa tu kenapa saya sorang je. Kawan saya tu balik kampung kot~

Leonerz selalu sahur dengan kawan-kawan dia kat satu kedai makan dalam kawasan universiti juga. Dia sahur tengah-tengah malam. Pastu balik je dari sahur tu, dalam pukul 3 dia akan datang asrama saya dan bagi makanan sahur yang dia bungkuskan untuk saya. Dengan muka baru bangun tidur, saya ambil kat bawah...hehe~ :p

Selalu jugaklah dia akan call saya 3 pagi untuk ambil makanan sahur ni. Ada satu masa ni dia tak beli, tapi dia masakkan mee maggi kari special untuk saya. Kawan-kawan dia memang ada bawak barang masakan elektrik secara haram ke asrama..huhu~

Walaupun dah kembang sebab lama tunggu saya kot, tapi still sedap. Kelakar pulak rasa bila ingat balik. Setiap hari leonerz akan bagi makanan. Waktu puasa sekali dua kali je kot kitorang buka sama kat luar. Saya pun dah tak ingat sangat. Tapi, kitorang jarang keluar sama masa puasa. Nak pergi terawih kan~~~

Ada satu masa tu, masa saya dah kerja dan menyewa kat luar, dia tak dapat berbuka sama dengan saya. Masa tu saya sedih sangat sebab saya memang baru je start keje, kawan pun takde sangat sebab ramai yang dah grad kan?

Leonerz kata dia nak pergi berbuka dengan kawan dia. Saya merajuk dengan dia masa tu sebab dah petang baru nak bagitau. Saya memang tak pergi keluar beli makanan pun. Saya tidur sebab marah kat dia. Nasib baik bendera merah masa tu..huhu~

Pukul 8 lebih, saya terbangun sebab roommate saya kejutkan. Dia bagi bubur nasi pada saya. Dia kata ada orang bagi kat luar rumah tadi.

Saya tengok hp. Banyak misscall dari leonerz. Rupa-rupanya leonerz dari maghrib tadi dah datang nak bagi bubur tu. Last-last, dia nampak roommate saya nak masuk rumah, dia mintak tolong bagikan sebab call saya banyak kali tak dapat.

Kurang sikit merajuk bila dia hantarkan makanan. Tapi saya tak puas hati sebab tak dapat jumpa dia. Dulu disebabkan belajar tempat sama, setiap hari kitorang akan jumpa. Kadang-kadang saya yang paksa leonerz jumpa saya...huhu~~ :p

Sekarang ni, nak jumpa sebulan sekali pun susah. Masa mula-mula dulu macam tak dapat nak terima yang kitorang ni dah tak leh jumpa tiap-tiap hari.

Masing-masing sekarang ni tengah bertungkus-lumus simpan duit untuk kahwin. Lagilah tak leh nak jumpa selalu sebab kos dia nak datang jumpa saya memang mahal. Tiket aje dah RM100. Tak termasuk makan, hiburan dan lain-lain lagi.

Sekarang rasa nak jumpa sangat leonerz, tapi dia terlalu busy untuk datang jumpa saya. Saya tak leh nak datang sana sebab Sabtu saya kerja. Ahad je cuti.. :(

Jika dia jodoh saya, doakan urusan kami dipermudahkan ye~ :)

Insya'Allah~










p/s:Kak Dieyna, dah dapat sampel cheese tu..hehe..time kasih~~~!

Wednesday, June 6, 2012

Kena tipu~


Assalamualaikum~

Cuaca sekarang ni mendung aje. Kalau hujan, best jugak ni. Sejuk sikit..hehe..

Pagi-pagi datang ofis dah dengar citer pasal kawan kena tipu. Ada orang bank kononnya telefon bagitau yang ada orang lain dah gunakan nombor akaun dia. Jadi, dengan baik hati si penelefon yang kononnya dari bank negara tu nak tolong ajar kawan ni tukar nombor akaun.

Sebenarnya yang kena tipu ni, kawan cina kepada kawan saya. Dia tak tau cakap cina. Jadi kawan saya ni tolonglah cakapkan dengan si penelefon tu. Cakap punya cakap, last-last dia kata kejap lagi ada orang dari bank negara ni nak call.

Kawan saya tolong cakapkan, tapi dia nak cakap direct dengan tuan punya akaun tu. Dia kata orang lain tak boleh tahu sebab ni confidential. Jadi, kawan kepada kawan saya tu pun buat loud speaker, yang kawan saya tu pulak senyap je dengar.

Penelefon tu suruh orang cina tu pergi ke atm berdekatan untuk tukar nombor pin tu. Pastu dia pun bagilah direction. Dia tanya berapa ada dalam akaun. Dia kata dia ada RM2000. Penelefon tu suruh tekan RM1999. Pastu tekan transfer. Sebelum tu dia dah key-in nombor akaun entah sape ntah.

Masa orang cina tu nak tekan butan transfer, kawan saya tu halang. Dia kata jangan tekan, tu butang untuk transfer. Tapi orang cina tu mati-matian kata tak. Itu nombor akaun orang yang guna kad dia. Dia nak tukar nombor pin memang macam tu.

Akhirmya, kawan saya tu dah tak dapat halang sebab orang cina tu terus tekan transfer. Petang tu baru dia check balik, memang duit dia dah takde. Baru dia percaya dia dah kena tipu.

Pelik kan? Macam mana dia boleh tak tahu yang dia sebenarnya transfer duit dia kat orang, padahal dah memang terang-terang dah tulis yang transaksi tu memang untuk buat transfer.

Itu namanya psiko kot?  Orang tu memang pandai gila psiko.


Dulu saya pernah kena juga dengan salesman Linguaphone. Saya dah serik. Dulu saya saje je layankan salesman tu sebab saja takde benda nak buat. Tapi entah macam mana, saya macam terpukau. Saya pergi atm dan keluarkan downpayment. Masa tu saya masih student, baru nak masuk U. Duit memang takdelah kan.

Balik rumah, mak saya dapat tahu dia memang marah. RM2000 benda tu. Mak saya dah cakap awal2 dia tak nak amik tau ape2. Tapi serius, saya tak tau kenapa saya beli benda tu. Macam kena pukau masa tu.

Dalam minggu tu jugak, saya keluarkan semua elaun matriks saya dan bayar balik lagi baki RM1500. Lepas tu memang saya tak usik langsung benda tu. Saya benci sangat sebab rasa macam kena tipu. Mak saya suruh guna aje sebab dah beli mahal2. Tapi sampai sekarang, benda tu pun dah rosak. Saya tak pernah guna sebab rasa tertipu sangat.

Sekarang ni pun banyak betul orang insurans call suruh beli insurans premium lah , itu lah. Macam-macam. Tapi, dia akan mintak nombor kad debit last sekali. Serius jangan bagi sesuka hati ok?

Saya pernah telefon orang bank dan tanya pasal benda ni. Dia kata mana boleh bagi orang nombor kad tu. Sebab nanti orang tu boleh amik berapa pun yang dia suka.

Sekarang saya tak nak layankan sangat orang-orang yang call ni. Takut kalah dengan psiko diorang. Semalam pun ada orang insurans call. Takutlah nak percaya. Banyak kes sekarang ni.


google~


p/s:berhati-hatilah ye..korang ada pengalaman kena tipu tak? share lah untuk panduan masa hadapan~~ :)

Sunday, June 3, 2012

GSF dah ada ahli baru~~


Assalamualaikum~~

Lepas dua hari berfoya-foya dengan kakak ngan adik saya kat Johor ni, baru sekarang ada kesempatan nak bukak blog..hehe~ :)

Memang macam-macam aktivitilah saya ngan diorang buat. Tapi tu citer lain kali la. Kali ni saya nak bagitau yang GSF dah ada ahli baru. Korang tak ke pasal GSF ni? Geng Segar Follower. Bukan senang tau nak jadi ahli group ni. Ahli-ahli wajib selalu datang ke blog ahli GSF. Kalau busy sangat pun, paling kurang seminggu sekali pun ok la..huhu~~

Senang je sebenarnya, kalau korang nak orang datang nak komen blog korang, korang pun kenalah rajin datang & komen blog orang kan? Kalau tak tau nak komen apa pun, tinggalkan jejak kat shoutbox pun ok je kot..boleh borak2..hehe~ :)

Oklah, kat sini saya nak senaraikan ahli baru GSF. Kak Arina kata, diorang still lesen P. Kalau lepas sebulan, prestasi ok, baru akan jadi ahli tetap..hehe..harap mereka ni bolehlah datang blog saya. Kalau tak, memang sedih...huhu~~ :p




4.Ayu



All the best ye calon2 baru GSF. Jangan hampakan ahli GSF yang lain..huhu~~~ :p

Friday, June 1, 2012

Tak tau kenapa~


Assalamualaikum~~

Tadi jalan-jalan kat Jusco sebab nak bayar broadband, pastu nak beli makanan kucing. Kesian sehari kucing kat rumah ni kelaparan..huhu~

Hari tu saya ada terbaca yang Body Shop ni ada sale yang best-best. Jadi, nak dijadikan cerita saya pun masuklah kedai Body Shop tu. Barang-barang yang ada sale 30-50% dia pamerkan dekat dengan pintu masuk. Saya pun tengoklah apa yang ada. Takde lah banyak sangat barang.

Tapi saya berkenan dengan satu hand cream ni. Tangan saya memang selalu kering. Pakai losyen pun macam sama je..huhu..harga asal RM39.00. Lepas diskaun RM19 kot tak silap.

Tengok-tengok lagi, saya nampak ada satu perfume ni. Bau strawberry. Saya memang suka dengan bau ni dari dulu lagi sebab saya ada lip balm strawberry dari body shop ni. Salesgirl tu kata yang tu paling popular. Stok pun dah tak banyak tinggal.

Lama jugak rasanya saya berteleku sambil fikir sama ada nak ambil perfume tu atau tak. Saya memang banyak perfume. Mak saya rajin bagi perfume yang dia tak nak guna lagi..hehe~

antara koleksi perfume yang saya ada~

Saya dulu selalu menyesal bila saya tak beli benda yang saya nak. Fikir punya fikir, last-last saya ambik perfume tu..hehe~ :p

barang-barang yg diborong di Body Shop tadi~~

Total harga dia RM79.00. Kalau ikutkan harga dia lebih seratus. Oklah tu kot kan? Saya tak tau nape sejak 2 menjak ni asyik nak membeli je barang-barang kecantikan ni. Hari tu beli benda kat bawah ni;





Banyak sangat kan saya ni dah membazir? huhu..harap lepas ni takde lagi lah..tapi rasanya sekali-sekala kan nak merasa benda-benda ni. Sementara ada rezeki lebih sikit ni..hehe~

Yang yogurt dengan honey tu facial mask dari Etude. RM15 je untuk dua-dua benda tu sebab masa tu ada sale. Memang murahlah tu. Harga biasa satu RM13.90.

Oklah, sampai sini je dulu. Kakak ngan adik saya nak datang rumah sewa saya ni..huhu..diorang tak tau jalan~~




Mimpi ~


Assalamualaikum~

Semalamkan saya ada bagitau yang saya dengan leonerz cam ada perselisihan faham..huhu..malam kelmarin saya mimpi dia pujuk saya..

Dia cakap pada saya,

'Saya sayang sangat awak.'

'Saya sayang sangat awak'

'I want little Mastriani sit on this chair' kata dia sambil menunjukkan kerusi study dalam mimpi saya tu. Tetiba cakap bahasa Inggeris pulak kan. Gembira tak terkata bila dipujuk rayu camtu. Siap dah rancang untuk anak-anak..huhu~~

Eh?

Jap-jap, rewind balik.

Mastriani??

Apsal Mastriani pulak keluar dalam mimpi saya ni?? Korang kenal tak siapa Mastriani ni??

Malam tu saya baru habis baca buku siri 'When the lightning strikes' oleh Meg Cabot. Mastriani ni salah sorang watak utama dalam novel tu.


Jess Mastriani & Rob Wilkins. Rasanye Rob Wilkins tu yang cakap camtu dalam mimipi tulah. Saya pulak jadi Jess Mastriani..hehe~

Sampai bawak ke mimpi. :p

Tapi, agak kecewa sebab tu hanya mimpi dan bukan leonerz pun dalam mimpi tu..huhu :p