Friday, May 4, 2012

Ada sesuatu~


Assalamualaikum~

Dah dekat seminggu tak update..hehe..busy dengan kerja dan cuti lah sekarang ni. Ahad lepas balik kampung sampai hari Selasa. Rabu baru start kerja balik. Bila dah lama cuti biasalah bertimbun kerja pending. Kat kampung tu memang tak online sangat sebab tenet agak slow. Biasalah kawasan kampung~

Kat rumah saya tu hanya tinggal mak ngan sorang adik saya je. Ayah sangat jarang nak tidur rumah. Jadi rumah tu sunyi je lah. Berdua je diorang tinggal kat rumah tu.

Rumah kat kampung saya tu besar gak lah. Ada 6 bilik. Saya enam beradik. Hanya saya dengan kakak saya aje yang berkongsi bilik. Jadi kebanyakan masa boleh dikatakan hanya 2 bilik dari 6 bilik tu aje yang selalu digunakan. 

Saya pun hari tu dah sebulan lebih tak balik kampung. Tunggu cuti panjang sebab saya cuti Ahad aje, penatlah nak balik 1 malam je~

Nak dijadikan cerita, masa saya tidur kat bilik saya tu, hampir setiap malam  saya akan mimpi yang bukan-bukan dan terus terbangun tengah-tengah malam. Kadang-kadang pukul 1 pagi, kadang-kadang pukul 2 pagi. Ada satu malam aje yang saya tak mimpi. Bila saya bawak Leo si kucing saya tidur sama.

Apa pandang2?? ~ Leo si kucing

Masa malam pertama hari Ahad tu first malam. Sebelum tidur dah baca ayat Qursi, 3 kul dah. Malam tu pukul 3 terbangun. Sebelum terbangun tu saya mimpi seram. Saya mimpi saya jumpa kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa, tapi saya tak ingat pun siapa diorang tu bila dah bangun. 

Saya mimpi ada sorang kawan ni suruh tolong dia bersihkan sesuatu. Saya tak ingat apa. Meja ke? Entahlah eh. Beberapa hari lepas tu saya jumpa kawan yang lain, saya ceritalah dengan diorang yang saya jumpa budak tadi tu. Budak tu suruh saya tolong dia. 

Bila saya cerita camtu aje, kawan saya tu tanya. Betul ke saya jumpa budak tu? Saya dah rasa pelik. Rasa lain macam aje dengan cara pertanyaan dia tu.

Sekali dia kata budak tu dah meninggallah. Mungkin sebelum meninggal tak sempat nak buat benda tu kot. Saya dah rasa seram je. Mimpi tu rasa cam real aje.

Tiba-tiba saya dengar sayup-sayup suara mak saya panggil kejut. Mak saya panggil nama saya.

Saya terus terbangun. Saya bukak lampu. Mak saya ada ajak saya puasa hari Isnin tu. Saya bangun, saya tengok dapur. Sunyi je. Saya tengok bilik mak saya. Pintu tertutup rapat. Tapi saya tahu memang mak suara saya yang panggil saya tadi. 

Jam masa tu pukul 3, jadi saya pun sambung tidur~

Malam kedua, saya bawak Leo tidur sama. Saya kerap terbangun, tapi saya tak mimpi apa-apa. Saya terbangun pun sebab Leo kacau. Saya lagi rela dikacau Leo daripada dikacau 'benda' lain..huhu~~

Malam ketiga, saya malas nak bawak Leo masuk bilik sebab dia asyik bising nak keluar dari bilik aje. Malam tu saya tidur awal sebab nak bangun awal pagi, nak balik Johor Rabu tu. 

Ingatkan dah tidur awal takdelah apa-apa. Sekali, pukul 1 terbangun. Sebab mimpi seram. Pastu nak tidur cam tak boleh sebab rasa lain macam kot. Guling punya guling, bila rasa mcam mamai-mamai nak tertidur je, saya macam nampak orang atau saya. Tak pasti. Dia suruh bunuh orang. Saya macam nampak muka seseorang atau sesuatu yang menyeramkan. Masa tu saya dalam keadaan separa sedar. Saya terus terbangun. Takut nak tidur balik. Nak bawak Leo masuk, dah lewat. Dia kat luar rumah.

Last-last, saya amik bantal dengan selimut, saya pergi bilik mak saya. Tidur kat atas karpet bilik mak saya. Masa baring tu saya nampak gunting menjahit mak saya atas karpet tu. Saya teringat mimpi nak bunuh orang tadi. 

Saya terus jauhkan gunting tu jauh dari saya. Risau dengan mimpi pelik-pelik yang saya alami sepanjang duduk rumah tu.

Agaknya kitorang jarang-jarang duduk kat bilik-bilik tu. Jadi mungkin ada benda lain dah tumpang. Betul ke??

Wallahualam~

Seram pulak nak balik tidur kat rumah pasni..huhu~~~

30 comments:

  1. besela tu.....benda tu pun nak jugak tumpang sekaki...;)
    jgn biarkan 6 bilik tu kosong je......huuu~
    sekali sekala tdur2 la jugak dlm tu ;)

    ReplyDelete
  2. seramnya..insyaAllah amal kan baca surah2..

    ReplyDelete
  3. maybe kadang2 sbb dah lama tak guna kan.. tp selamat bilik sy xmcm tu.. balik umah baca yassin dulu sebelum tidur bilik tu k,yana.. insyaallah ok.. =)

    kg k.yana kat mana??

    have a nice weekend kak yana..

    ReplyDelete
  4. seram juga bila baca...
    nanti kalau rajin buat air yasin, balik kmpung spaykan sekelailing rumah..

    selawat ke atas nabi, dan mohon plindungan dari ALLAH, insyaALLAH tak di ganggu..

    ReplyDelete
  5. huhu..insya'Allah akan dibuat nanti... :)

    ReplyDelete
  6. HaniAsyira, kampung kat melaka~~ :)

    ReplyDelete
  7. mungkin jugak sbb da lama terbiar kosong so "benda" tu menumpang...amalkan seblm tdo baca Al-fatihah beserta 3 qul.. 3x.. insyaAllah xde apa2 k...

    ReplyDelete
  8. huhuhu... seramnya... mungkin bilik tu jarang guna dan selalu gelap...

    sy dgn adik sy selalu bawa kucing tido sama... setuju dgn kata yana... lebih rela dikacau kucing dr benda tu...

    ReplyDelete
  9. deqla, insya'Allah akan diamalkan..hehe ~ :)

    masz, tido dengan kucing mmg best~ :D

    ReplyDelete
  10. memg slalu kalo blik lame ditinggalkan akn de bende yang duk situ. Banyakkan bace yasin n sebelum tido bace 3 qul. Insyaallah xde pape

    ReplyDelete
  11. Seram pulak aku baca citer nih...

    ReplyDelete
  12. Ya Allah. seram jugak.

    amalkan surah tuh tau. fisha pe kata cik nur tuh.

    Rumah kampung yana kat melaka ker.
    Fisha org melaka jugak. Melaka kat ane tuh?

    ReplyDelete
  13. bykkan bace surah al baqarah dlm rumah. ;)

    ReplyDelete
  14. rmh atau bilik yg jarang digunakan,mmg ada sesuatu yg tinggal kt situ..eee seram la pulakkk..

    ReplyDelete
  15. mungkin jgk ada yg menumpang. takut jgk dgr. err tido dgn kucing? tak tertindih ke kucing tu? hikhik.. :)

    ReplyDelete
  16. Karukord, seramlah jugak sikit~

    Fisha, kat melaka tengah~

    9noL4, mak memang slalu pasang ayat-ayat quran, tp kat bilik dia je la..huhu~~

    sweet honesty, tulah, seramlah..tp buat tak tau je la~

    Chic Na, kucing tu yang tindih saya ade la..hehe~ :p

    ReplyDelete
  17. Huhu ya allah , minta dijauhkan laa benda2 mcmtu. kalau nightmare tu selalu jugak. tp nia jenis tk suka mimpi buruk sbb bangun je mesti nangis, huhu menakutkan,

    ReplyDelete
  18. erkk..mintak smpang la benda2 ni suma..
    penting skali baca surah kursi,apa yg ai amalkan buka surah yasin ayat ke 9 biar je terbuka d sebelah kita..insyaalah tiada gangguan

    ReplyDelete
  19. fuhhh seriauuuu dgn serammm tuh...
    mungkn ada benda menumpang la tuh..apa pun slalu2 la baca Al-qURAN kt dlm umah tuh..

    ReplyDelete
  20. NiaLidia, seram tu takdelah rase nak nangis~~

    Cik Aini, ooo..macam tu ye~

    Miss Banu, mak saya mmg tiap2 hari baca quran kat umah tu..saya ni sebulan sekali je balik~

    ReplyDelete
  21. heee :) kucing kak tu kucing hutan ke?? comel sangat !!

    ReplyDelete
  22. haishh .. jgn pk kan sgt bnd tuh . btmbh kte pk mkin sonok dy kacau .. yg pnting slalu bce al quran :)

    ReplyDelete
  23. uncHa, tu kucing akak amik kat pasar dulu..huhu~~

    supergirl, betul2~ :)

    ReplyDelete
  24. seram nya! jgn tdo sorang2 lagi lahh.

    ReplyDelete
  25. ada certain mimpi yang menyeramkan kadang2 .. haha :D xpe, tu hanya mainan tidur ^^

    ReplyDelete
  26. orang kata sekali sekala sembahyang la dekat bilik-bilik yang kosong-kosong tu..

    ReplyDelete
  27. aaa...seram lah bca entri nih..risau pulak.. :'(

    ReplyDelete
  28. seram nya..nasib baik dya baca time siang

    ReplyDelete
  29. aiyo..seram lak kak dik..ngeee..

    apapun jin suka menghuni bangunan2 atau bilik2 yang gelap dan dibiarkan kosong

    so pastikan,bilik tu selalu dibersihkan dan perbanyakkan bacaan2 ayat suci al-quran didalamnya.

    then elakkan menyimpan patung2 dan gambar2 yang besar didalam bilik.kalau boleh yang kecil pun elakkan semuanya,sebab malaikat tidak akan masuk rumah yang ada benda2 tu semua.

    kemudian kalau nak kunci bilik atau rumah bacakan ayat kursi dan 4 kul untuk dijadikan pagar daripada sebarang perkara yang tidak baik..insyaallah..

    sandarkan semua usaha kepada ALLAH semata2..insyaallah x apa2 dik :)

    jangan lupa baca bismila 21 kali sebelum tido :) ok dear..insyaallah dapat membantu :)

    ReplyDelete