Friday, March 2, 2012

Poligami ~


Assalamualaikum..


Kalau lelaki mesti sukakan isu poligami ni? Yang perempuan pulak mesti benci. Dengar madu pun tak nak..hehe..cam saya lah :p

Semestinya poligami sesuatu yang disukai lelaki. Asyik sebut eloklah, ape lah. Pastu keluarlah sunnah-sunnah , hadis semua. Kalau bab tu memang terer!

Tapi cuba tanya dia pasal tangunggjawab. Dia tau tak benda tu sangat berat. Nak bimbing sorang isteri pun tak lepas, ni kan pulan lebih dari satu?

Nak kawin dua memang boleh, tapi MAMPU kah anda, wahai lelaki? 

Saya dah merasai dah poligami ni. Tapi bukan sayalah, saya tak kawin lagi..hehe..ayah saya berpoligami. Jadi saya taulah tak mudah untuk laki tu berlaku adil. Dah 16 tahun saya merasai benda ni..huhu..mmg tak best langsung!

Saya yang sebagai anak ni rasa tak best, mak saya mestilah lagi teruk dia rase kan??

Sedih bila raya tanpa ayah. Sedih bila tengok ayah dan keluarga no. 2 dia tu pakai baju matching warna masa raya. Padahal masa tu dia bawak dua-dua family dia raya bersama. Sedih bila tengok mak saya hidup macam orang takde suami. Orang kata biasanya waktu tunang anak perempuan ni., ayah dia akan tanggung sebab masih di bawah tanggungawab dia, tapi saya tak. 

Tapi semua ni mengajar saya hidup lebih berdikari. Saya sayang dia biarpun dia buat macam tu. Sebab dia ayah saya.

Start masuk universiti, saya rasa saya memang tak bergantung dah ngan dia. Duit pendaftaran U pun, mak saya yang bayar. Alhamdulillah, masa U saya dapat biasiswa. Dalam masa yang sama saya masuk palapes, dapatlah elaun sikit. Sem ke-2 semasa di universiti, saya berjaya beli laptop guna duit biasiswa dan elaun palapes. Saya bangga sebab tak menyusahkan sesiapa untuk dapatkan apa yang saya nak.

Masa tu laptop mmg penting sebab saya belajar ACAD. Masa sem 1 saya gunakan laptop mak saya yang dah rosak skrinnya. Saya terpaksa. Alhamdulillah, rezeki saya murah sebab sem 2 tu dapat biasiswa~

Kalau korang baca ni, korang rasa macam saya ni anak dari keluarga orang miskin kan? 

Tak. 

Ayah saya ada syarikat sendiri. Cuma lepas dia kawin no. 2 tu, satu demi satu anak syarikatnya ditutup. Last-last, semuanya tutup. Yang ada hanyalah hutang bank yang sangat banyak. Sehingga nama dia dan nama mak saya diblacklist oleh bank. Duit dia habis untuk manjakan isteri no. 2 dia dengan kereta sport mewah dan kondominium mewah. 

Macam mana korang rasa bila malam raya tu dia ada, tapi lepas subuh je dia tergesa-gesa nak balik ke rumah isteri no. 2 dia? Salam raya pun tak lagi dengan kitorang. Malam tu kul 10 malam, barulah dia ajak salam dan bagi duit raya. Apa korang rasa kalau ada kat tempat saya dan adik-beradik saya?

Banyak lagi yang sedih-sedih, tp malaslah nak citer. Sampai pernah satu masa tu, saya rasa saya nak jadi isteri no. 2 kalau dah kawin nanti. Sebab saya rasa jadi isteri no.2 tu best. Selalu diutamakan. Dululah~

Kat sini saya cuma nak ingatkan lelaki, jangan asyik nak ingat seronok je. Fikirkanlah isteri pertama dan anak-anak anda bila anda nak kawin lain tu ye~~







p/s: Minta maaf sebab saya tak boleh percaya dan terlalu bergantung kepada lelaki. Semuanya disebabkan pengalaman hidup saya. I really hope you understand why~

Entri seterusnya nanti saya citerkan macam mana pengalaman saya bekerja sebagai waitress di restoran milik ayah dan mak tiri saya tu pulak ye.Memang macam anak tiri betullah..huhu~~


28 comments:

  1. sedihnya baca...kpd lelaki2 klu nk poligami tp x reti nk adil jgn la mengada2 nk kawin lebih...

    ReplyDelete
  2. betul2..efek kat ramai orang terutama anak2 yang masih kecik~

    ReplyDelete
  3. yana..sedihnye kisah awk. Memang linda pun xsuke dgr perkataan poligami tu. memang laki suke poligami, tp yg menjadi mangse adelah isteri dan anak2..sabar ye yana..

    ReplyDelete
  4. tulah.. tabah yea.. mang mcm tulah laki kalau ikut sunnah betul2 macam nabi buat kan..takper awak memang sgt tabah... =)

    ReplyDelete
  5. saya tak tabah mana pun~ :)

    tp saya tak nak nangis atau tunjuk lemah depan mak ngan adik2 saya.. :D

    benda ni pun dah lama~~ :)

    ReplyDelete
  6. hmmm...kak yana, bersatabahlah T_T
    sorilah melebih lebih pulak...uuuuu

    ReplyDelete
  7. yana seorang yg kuat...salute yana...nak haramkan poligami x ley sebab tuhan kata halal....T_T

    ReplyDelete
  8. yeke?? laaa..berat mata memandang, berat lgi bahu memikul kn..

    ReplyDelete
  9. sedihnya bila cik nur baca.. :)

    Tapi alhamdulillah, semua ni buat yana pandai bdikari.

    beruntung tau kita yg perempuan ni pandai bdikari, sekurang-kurangnya bila terjadi apa2 pada kita, kita tak lah frust sgt, sbb kita ada kemampuan kita sendiri...

    apa2pun yana, seburuk2 mana pun dia, dia ttp ayah kitakan..

    cik nur salute dgn yana.. :)

    ReplyDelete
  10. lagi satu..tertinggal nak komen... hehehe...

    lelaki kalau nk bpoligami, tolonglah fikir masak2... :)

    ReplyDelete
  11. sabar tau.hm ada sesetengah lelaki yang boleh imbangkan dua keluarga.. takpe, apepun dia ayah awak. lagpun saya pernah dengar, kalau isteri pertama benarkan suami kawin lagi, syurga tempatnya. awak sabar tau =)

    ReplyDelete
  12. imej poligami ni dah tercemar dek kerana insan² yg tak reti melaksanakannya. ;)

    ReplyDelete
  13. Tak ada lelaki berani nak komen ke? Huhu.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. ni kesah benar tuan blog ker???

    3benda yg mudah wat lelaki tewas ialah harta, pangkat dan perempuan..

    kejayaan seorang lelaki dibelakangnya adalah perempuan, jatuhnya seorang pn boleh disbbkn perempuan...

    see, betapa besarnya pengaruh perempuan ke atas lelaki kn...

    ReplyDelete
  16. Tabahnya awak yana...kagum saya..

    ReplyDelete
  17. poligami bgantung la pd kes. bkn sume laki same. kalo same, pmpuan pn sume same ke?? dugaan dalam khidupan.. dari sini la penilaian kesabaran dan ketabahan juge erti sbnar pngorbanan dan tggungjawab leh di ukur.. nak dunia ke akhirat?? laki pmpuan same2 la pk ye.. Tuhan yg beri kbahgiaan bkn kite=)

    ReplyDelete
  18. sedey baca entri ni

    tahniah,kamu memang seorang yang kuat dear:)

    semoga Allah terus memberi kamu serta keluarga kekuatan dan ketabahan hati untuk mengharungi setiap ranjau dalam kehidupan dunia ini:)

    be strong ok :)

    ReplyDelete
  19. salam kenal dari kami sekeluarga....

    sedih pula baca n3 ni yee... memang susah kalau nak poligami untuk memuaskan semua hati... baik tak yah poligami dari banyak kena tanya soalan di akhirat nanti...

    ReplyDelete
  20. :( hai yana..
    tapi kan yana.. dont know y.. most men yang poligami tu at first mesti yang dah success n kaya.. tapi pas kawen 2 ramai yang 'drop'.. hurmm i wonder y? maybe hak first wife diketepikan? so rezeki jadi kurang berkat? wallahualam..

    ReplyDelete
  21. mana sambunganya...?? best ni.. nak kumpul2.. wat satu filem, semua orng ada kisah mereka kan...

    ReplyDelete
  22. :))

    kisah kita sama. sebab yang utama adalah ayah kita berpoligami kan? tapi sekarang bila dah meningkat dewasa, baru saya sedar, kesedihan itu tak boleh kekal lame dlm kehidupan sehari-hari. kesedihan itu akan membuatkan kita murung, terluka. apa yang terjadi bukan silap kita. tapi silap dia yang tak pernah menghargai ibu kita dan kita adik-beradik. percayalah, apa yang terjadi ALLAH S.W.T yang lebih mengetahui. dan segala kesakitan itu akan terbalas dgn kebahagiaan. Kami bahagia skrg yana. tersangat bahagia tanpa dia :)) semua ini disebabkan kekuatan, semangat dan ketabahan umi dlm membesarkan kami adik-beradik. Alhamdulillah, orang-orang disekeliling kami menerima kami dgn hati terbuka, bahkan tak pernah mempersoalkan kenapa, bagaimanana semua ini terjadi. Kita mampu bahagia yana, Allah s.w.t tetap bersama kita :))

    yana juga bahagia kan? kita mesti tabah :))

    ReplyDelete
  23. nak nangis baca ape yg LittleGurl tulis..huhu~~

    thanx :')

    ReplyDelete
  24. just sharing for what i feel my dear :)) apa yg penting, kita jgn salahkan sesiapa. benda da jadi kan. now, just prove to everyone that you can be the best among others. prove to your dad that you can be a successful person in life. yana kena ingat satu je, orang lain lagi susah dr kita yana, tinggal ngn atok nenek,anak yatim piatu. tapi kita? masih punya mak, adik beradik yg lain kan? kita kena panjatkan kesyukuran sbb kita masih sihat, hidup teratur dan bahagia ;) jangan lupa setiap kali solat, doakan yg terbaik utk ayah kita, ibu kita dan adik beradik kita. jgn putus-putus berdoa. kita tak layak menghukum, yang layak hanya Allah s.w.t. Mungkin sedikit perit, tapi itu yang harus kita terima. Saya tau apa yang awak rasa, sebab saya juga alami benda yg sama, dan mungkin lebih lagi, tiada sape yg tau, sebab segalanya rahsia hidup :)) tunjukkan dkt sume yg kita mampu bahagia sebagaimana org lain. ok?


    always keep smiling yana. you have a beautiful smile on your face!

    ReplyDelete
  25. harap dapat bersabar ^^, nice blog - tho entri2 pun best

    ReplyDelete