Thursday, February 2, 2012

#2 Kisah kami ~



Beberapa hari lepas meeting kat futsal court tu, satu lagi meeting untuk semua pengurus sukan bagi setiap kolej diadakan. Malam itu saya pergi ke sana dengan pengurus-pengurus perempuan kolej saya.

Malam itu diadakan briefing pendek untuk SUKAM tahun itu dan cabutan untuk menentukan giliran bagi pasukan masing-masing. Setiap kolej duduk berpasangan mewakili kolej mereka.

Tapi hanya saya seorang yang mewakili kolej saya bagi sukan boling. Saya pandang sekeliling.

‘Manalah budak ni...’saya hanya mampu berkata dalam hati. Kalau cakap kuat-kuat nanti orang kata saya gila pulak cakap sorang-sorang.

Saya tengok hp, taip-taip dan tekan butang SEND.

‘Tak datang ke meeting untuk pengurus sukan ni???’  tapi takde reply dari dia.

Geram pulak rasa. Tak pasal-pasal saya sorang-sorang mewakili boling ni. Orang lain semua ada geng.

Cabutan dimulakan. Tinggal lagi satu je nombor yang tidak diambil.

‘Siapa wakil laki boling kolej  *tut*?’ tanya pihak pengurusan di depan.

‘Saya tak pastilah mana dia’ jawab saya.

‘Takpelah camtu. Awak je lah amikkan nombor ni untuk dia’

Semua pengurus-pengurus dari kolej lain pandang saya. Masa tu saya duk kat belakang. Dahlah sorang-sorang. Rasa cam pesalah pulak. Saya hanya mampu mengangguk dan pergi ke depan untuk mengambil nombor tersebut.

‘Siaplah kau. Memang nak kena bagi pra-support ni.’ngomel saya di dalam hati. Pra-support tu samalah macam push-up. Term tu digunakan oleh dak-dak palapes.

Balik tu, saya cakaplah dengan sorang budak perempuan ni. Dia sekelas dengan leonerz.

‘Dia memang camtu kak. Kat kelas pun selalu datang lambat.’ Kata budak perempuan tu. Sepanjang perjalanan budak perempuan tu duk kutuk-kutuk leonerz.

‘Yeke? Memang nak kenalah dia ni.’ Jawab saya. Tapi dalam hati takdelah marah sangat. Cuma saya memang tak berkenan sangatlah laki camtu. Reject awal-awal dah.

agaknye budak ni yang wat saya ubah fikiran?? :P


Bersambung lagi~

6 comments:

  1. hehehe...sabo jela..t suh dia blnja yana :p hhehe

    ReplyDelete
  2. syura:

    malaslah nak suh die blanje..bek suh die masuk minang je..hehe~~ :P

    ReplyDelete
  3. reject awal2 last tersangkut ye na..hihi

    best la ada minat yg sama..

    ReplyDelete
  4. yana-feehily:

    Satu tu je kot minat kitorang yang sama..hehe..

    ReplyDelete
  5. eleh tipu sume.. die mmg syok kat kite~~~ ngaku jela~~~ huhu

    ReplyDelete
  6. pe??? tolong sikit!

    kite tgk kisah yang ke-3 camne plak~~~ :P

    sape yang syok sape???

    ReplyDelete