Thursday, January 12, 2012

Seram: Asrama 4

Malam itu ada 'Malam Rasa Sayang' kalau saya tak silap. Pelajar-pelajar dari empat rumah pasukan akan membuat persembahan sketsa dan choir.

Dorm saya terlibat dalam penyediaan props untuk persembahan sketsa rumah pasukan kami. Salah satu props yang digunakan untuk sketsa itu adalah pokok pisang.

Dua orang dormmates saya ambil dari bangunan kawasan pelajar teknikal.

Persembahan malam itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah teknikal.

Tapi, tanpa kami semua sedari, seorang pelajar yang dikurniakan deria keenam kelihatan resah.

Dia ternampak kelibat sesuatu yang mengikuti pokok pisang itu.

                                            -------------------------------------------

Malam itu, selesai saja majlis itu kami terus pulang ke asrama.

Seperti biasa sebelum tidur kami akan membaca Surah Al-Mulk.

Semua ahli dorm berkumpul di tengah dorm.

Dua lagi dormmates saya tiada. Mereka yang mengambil pokok pisang itu.

Beberapa minit kemudian mereka tiba di pintu dorm, tapi ketua dorm tidak benarkan mereka masuk dorm. Mereka hanya boleh masuk selepas mandi. Baju dan tuala mereka kami paskan pada mereka yang berada di luar pintu dorm.

'Pasti ada sesuatu yang berlaku tadi..'

Setelah saja mereka selesai mandi, ketua dorm mengarahkan kami membaca Surah Yassin.

Sebaik sahaja habis surah Yassin dibaca, saya menutup kitab al-Quran yang sedang saya pegang.

Saya terkaku.

Saya dapat merasakan sesuatu terbang di belakang saya menuju ke pintu. Bulu roma di leher terasa meremang.

Saya senyap.

Saya pandang seorang rakan dorm saya. Dia juga seperti merasakan sesuatu. Ketua dorm pergi ke katil dia dan cuba menenangkannya.

Saya senyap dan terus naik ke katil untuk tidur. Berharap agar tiada lagi gangguan.

                                        ------------------------------------------------

Sememangnya itu semua hanyalah harapan yang sukar untuk saya.

Ketua dorm yang tidur di bawah katil double-decker saya di rasuk sesuatu awl pagi itu ~

1 comment: