Monday, January 9, 2012

Seram: Asrama 3

Jam makin menghampiri pukul 7 malam...

'Tak sukenye waktu maghrib...', bisik hati kecil saya.

Masing-masing sibuk mandi dan bersiap-siap untuk solat berjemaah di musolla asrama perempuan.

Maghrib tiba.....

Aahhhhhh~~ Arghhhhhh~ AAaarrrggghhhhh~~~

Kami pandang sesama sendiri....

'Mesti akak tu lagi...'

Sejak beberapa minggu yang lepas, sebaik saja maghrib tiba, pasti dia akan jadi begitu.

Ada orang kata itu saka.

Tapi entah la..saya pun tak tahu...

Hidup ni rase tak tenteram sejak akak tu jadi macam tu.

Sekarang ni nak tidur pun tak aman.

Saya turun ke mussola setelah siap mengenakan telekung.

Sebaik saja kaki memasuki pintu belakag mussola, saya lihat kakak itu duduk sambil matanya melilau-lilau memandang ke kiri dan ke kanan.

Orang kata jangan bertentangan mata dengan orang yang sedang dirasuk. Sebabnya dia boleh beralih badan melalui cara tu.

Wallahualam...

Kelihatan beberapa naqibah sedang menenangkan dia. Masing-masing melafazkan kalimat-kalimat suci pada kakak itu.

'Aku nak pergi sekolah...kawan-kawan aku tengah tunggu aku~~' suara garau dari mulut kakak itu bersuara. Padahal mana ada orang kat sekolah waktu-waktu macam ni....

'Jangan kacau akuuuu~', dia menjerit lagi.

Tanpa menghiraukan dia, kami yang lain-lain menunaikan solat Maghrib berjemaah sementara beberapa orang memegang kakak itu.

Kemudian kami membaca Surah Yassin.

'Berhenti~', seorang naqibah mengarahkan kami.

'Korang perasan tak bacaan kita dah jadi lain macam?? Kita macam tengah baca mantera, bukan Yassin!'

Tak sangka 'benda' tu boleh melalaikan kami sehingga kami tak perasan apa yang kami baca.

Surah Yassin di baca semula. Kali ini kami semua menumpukan pada setiap ayat.

Sebaik saja menjelang Isyak, kakak itu telah reda... Dia terkulai lemah di sofa belakang musolla sambil ditemani beberapa dormmatenya.

Memang kesian siapa yang jadi dormmate kakak itu...Setiap masa harus memastikan kakak itu dalam keadaan waras, bukan dirasuk.

Setiap malam semua dorm diwajibkan membaca Surah Yassin sebanyak tiga kali sebelum tidur dan air Yassin tersebut haruslah di renjiskan ke pintu dorm sebagai pagar untuk malam itu. Biasanya selepas tengah malam barulah kami semua dapat naik atas katil dan tidur.

Tidur tak pernah puas sejak bermacam keadian pelik itu berlaku~~

5 comments:

  1. ini betul2 tipu ke?? semart.. dasat.. nak tau bace mantera tuh camane yang boleh ta terperasan tuh..??

    ReplyDelete
  2. ni betulla..tapi ingat-ingat lupe sbb dah lama..

    entahla eh, ada sorang naqibah tu perasan tak silap...

    ReplyDelete
  3. pernah jugak hadapi situasi mcm ni. org di rasuk tu siap tunjuk kat atas kipas, katenye kawan die ade kat situ. huhuhuhu.

    ReplyDelete