Tuesday, January 31, 2012

#1 Kisah kami ~

Assalamualaikum...


Oleh sebab blog baru ni adminnya saya dan leonerz, jadi saya akan bercerita macam mana saya dan dia boleh jumpa..kalau saya gedik sangat bagitau ye~ J

Tahun 2008, bulan Julai. Kami masih pelajar universiti terkemuka di Johor. Masa tu ada sukan antara kolej universiti, SUKAM kot..tak berapa ingat sangat nama dia. Ahli jawatan kuasa sukan tu kawan-kawan saya jugak. Dia bagitau yang dia tengah mencari pengurus sukan boling untuk SUKAM tu.

Saya memang minat dengan sukan boling. Ayah saya dah mengajar kami adik-beradik dari sekolah rendah lagi. Adik-beradik saya semuanya ada bola dan kasut boling sendiri sebagai hadiah harijadi beberapa tahun yang lepas.

Okay, berbalik semula pada kisah saya dan dia. Masa kawan saya cakap pasal tu, saya pun volunteerkan lah diri ni untuk jadi pengurus boling perempuan. Kalau saya pengurus, saya leh join jugak..hehe..taktik je ni.

Satu malam ni, perjumpaan antara pengurus-pengurus SUKAM ni diadakan kat court futsal di kolej kami. Lepas diberi briefing, kami dibahagikan mengikut sukan masing-masing. Kami disuruh berbincang dengan pengurus lelaki macam mana nak handle pasukan kami.

Tu kali pertama saya jumpa dia. Dia pengurus boling lelaki. Masa tu persepsi saya terhadap dia biasa-biasa je. Saya memang jenis yang malu sangat dengan lelaki. Kawan-kawan lelaki kelas pun takut nak tegur saya sebab saya ni pendiam sangat..hehe.

Dia ni sebenarnya junior palapes saya. Masa tu saya senior, dia intermediate. Kiranya dia junior saya setahunlah. Tapi saya memang tak pernah nampak dia masa training. Biasalah saya budak rabun yang tak sedar diri. Mula-mula pandang dia, saya rasa dia ni cam orang pakistan je. Hidung kembang, tapi mancung (perasanlah tu nanti~). Kulit gelap, macam bangla. Ooo, mungkin saya patut describe dia sebagai pakistan jual karpet?? Hehe..

Nak dijadikan cerita disebabkan saya dengan dia menguruskan sukan yang sama, jadi kami akan selalu berinteraksi untuk mencari ahli pasukan yang terbaik. Malam itu kami bertukar nombor telefon~


Bersambung~




p/s:bosan tak??hehe~


tolong klik sini jugak ye~~ thanx :D dan sini~

28 comments:

  1. owh..tkr blog sbb nak shre blog ek..hehe..palapes yer,mesti best student ni kan..

    ReplyDelete
  2. Errah:

    takde maknanye la best student..hehe~

    ReplyDelete
  3. wah2..terer main boling rupanya...blh la tlg ajar :)

    ReplyDelete
  4. yana-feehily:

    terer main untuk syok sendiri.. :p

    dah lama sangat tak mainlah..skill dah berkarat teruk ni..hehe~

    ReplyDelete
  5. N'yue:

    dah lama sangat dah tak main ni..hehe..dah tak pandai dah~ :p

    ReplyDelete
  6. iye ker? asal lama xmain..huhu..

    ReplyDelete
  7. N'yue:

    dah takde geng nak main sama..si dia pun duk jauh kat pantai timur sana. Saya plak duk kat selatan..hehe~

    ReplyDelete
  8. ajaq main nanti.haha
    errr..bunyik gatai pon ada.haha.
    sambung2....

    ReplyDelete
  9. syafiqakarim:

    alama,gatai ke???

    oh2, pasni akan try sensor lagi ye~ hehe :P

    ReplyDelete
  10. bleh buat novel :))

    ReplyDelete
  11. ReiKo91:

    tak layak lagi sampai tahap nak wat novel..hehe~

    ReplyDelete
  12. la...penuh jujur baca..ada sambungan..hik3..

    salam kenal =)

    ReplyDelete
  13. Cikgu Ma:

    hehe~

    salam kenal juga..kawan yana-feehily eh? :)

    ReplyDelete
  14. minat ler tu..hehe ^^

    ReplyDelete
  15. wahhh legacy bowler ye? no wonder en. leonerz ade tanya pasal boling.. ehehe...

    dua2 dah power dalam boling. abis la ejam macam ni.. ehehe...

    saya pun baru je nak bertatih.. ekeke..

    ReplyDelete
  16. hihihi. mcm same je cite ni. akak dulu pun pengurus boling ppuan mase kat u. :)

    ReplyDelete