Monday, July 31, 2017

3rd Pregnancy: Berakhir Sudah~


Assalamualaikum~

Baby kali ni lahir lebih 40 minggu. Adam dulu awal 4 hari. Tapi dua-dua awal pagi. Adam 2 lebih pagi, baby ni pulak 3 lebih pagi. Husband kata baguslah, time macam tu orang tak ramai sangat lalu-lalang, aurat terjaga sikit katanya.  Wallahualam. Tak tahu betul atau just nak sedapkan hati ni je.

Kelahiran kali dimulakan dengan air ketuban leaking. Sama macam masa adam dulu. Air ketuban leaking sebenarnya agak berisiko terkena jangkitan kuman tau. Memang boleh relaks-relaks lagi sebab air keluar sikit-sikit dan rasa sakit masih takde lagi. Pukul 7 pagi hari selasa 18 Julai 2017 bermula leaking. Sempat relaks, makan kit kat pastu hantar Adam kat pengasuh, pastu pergi singgah makan roti canai jap sebab tahu dah bersalin jangan harap dapat makan benda-benda tu dalam masa terdekat kan.

Masa tu fikir, akhirnya nak keluar pun baby ni. Ingatkan kena tunggu tarikh akhir doktor bagi 24 Julai serah diri kalau takde apa-apa tanda. Pukul 10 lebih pagi sampai ke wad bersalin Hospital Serdang. Saya target untuk cuba bersalin kat sini sebab maklumlah hospital baru gak lah kan. Malangnya wad penuh. Pukul 5 lebih nurse panggil tanye nak tak amik second class. Sebab tu je yang ada kosong. Saya pelik jugak kenapa dia offer kat saya. Orang yang tunggu lagi lama dari saya tak dioffer pulak. 

Disebabkan dah lama sangat menunggu kat kerusi dari pagi, saya tanya husband dan dia suruh amik je 2nd class tu. Pukul 7 malam, saya selamat mendapatkan katil dan akhirnya dapat berbaring. Second class ada 4 katil satu bilik dan berhawa dingin. Malangnya saya tak sempat merasa nikmat tidur malam tu sebab contraction dah start datang dengan kerap dan boleh tahan seksa jugak menahan sakit tu. Rasanya satu bilik dengar tercungap-cungap  amik nafas untuk kurangkan sakit kononnya. Tunggu nurse buat round malam tu dan inform dia yang saya rasa sakit sangat dah. 

Diorang check CTG dan VE. VE dah 3 cm dan badan saya dah start nak demam. 37.7 celcius. Demam tu tanda-tanda infection. Tengah malam tu nurse tolak saya dengan wheelchair ke labour room. Katanya contraction kuat, dan dah 3 cm. Dia suruh call husband standby. Nasib baik Adam memang dah standby kat rumah babysitter. Tak tahu nak harap kat siapa time macam ni. Masuk je dalam labour room, tak lama lepas tu husband masuk. Bacaan CTG macam tak elok, doktor kata jantung baby laju, bilangan sel darah putih tinggi. Tak lama pun saya duduk dalam labour room tu. 

Doktor advise emergency ceaser sebab takut effect kat baby. Masa tu tengah sakit, kalau fikirkan memang nak cepat-cepat baby keluar. Tapi sebenarnya saya target nak normal kali ni. Takde rezeki nak anak banyak agaknye. Bila first dan second dah ceaser, third memang kena ceaser jugak lah. Sedih jugak rasa, tapi tu semua rezeki Allah. Fikir positif je. Kalau nak baby selamat, better operate. Husband pun redha je time tu. Dia sendiri tengok sakit macam mana tahan contraction tu. Tak dapat jugak bersalin bertemankan husband T_T

Lepas sign beberapa surat yang saya sendiri tak sempat nak baca, diorang tolak saya ke operation room. Pukul 3 pagi macam tu nak kena bedah. Tengok doktor ramai menguap. Seriau rasa. 

Next entri saya cerita pengalaman kena operate ye. Lain sangat macam yang first operate. Trauma plak bila teringat. Harini baru hari ke-13 bersalin. Doakan saya dapat berpantang dengan baik ye kawan-kawan :)


Sunday, July 16, 2017

3rd Pregnancy: 40 weeks sudah~


Assalamualaikum~


Semalam, 15 Julai 2017 sepatutnya due date baby ni. Tapi baby masih tak nak keluar nampaknya. Best sangat kot duduk dalam perut ni. Scan Khamis baru ni berat dah 3.3kg. Debar pulak rasa. Adam dulu masa keluar 2.65 kg je, tu pun caeser. Baby kali ni macam mana agaknya dia nak keluar. Ikut macam abang dia atau normal ye agaknya. Perut makin besar dah rasa ni. 

Tarikh last adalah 24 Julai 2017. Kalau baby ni masih tak nak keluar, saya kena serah diri sendirilah kat hospital. Tak tahu nak cakap apa perasaan ni. Harap dimudahkan dan semua selamat je lah. Sekarang stand by kat rumah je. Cuti 60 hari bermula 17 Julai 2017 ni..huhu~

Nak pergi ofis pun dah tak larat rasa nak bawak perut ni. Dengan kawasan kerja yang luar, dari parking ke ofis pun dah mengah rasa. Kaki bengkak sebab jalan jauh kot. Hari tu cuti satu hari, surut pulak bengkak sikit. Maknanya memang banyak jalan akan menyebabkan kaki bengkaklah agak nye kot.

Dah kena start google resepi pantang ni, nak mintak husband tolong stand by buatkan nanti..hehe~ :p

Wednesday, July 5, 2017

3rd Pregnancy: 38 minggu sudah~


Assalamualaikum~


Lama cuti raya blog ni ye? Terima kasih E'in yang rajin tegur dan jalan-jalan sini walau tak berupdate lagi..hehe~ :) Hari tu cuti raya seminggu lebih jugak. Isnin baru ni baru masuk kerja balik. Minggu depan kalau baby tak keluar lagi last week kerja la kot, insyaAllah. 

Kerja swasta cuti maternity hanya tepat-tepat 60 hari termasuk Sabtu Ahad dan public holiday. Jadi nak tak nak memang tak boleh cuti awal untuk rehat walau tengah sarat sangat rasa dah sekarang ni. T_T. Boleh tak nak minta MC seminggu sebelum due? huhu

Seminggu lebih sebelum raya kaki memang dah kembang sangat. Sampai sekarang masih tak surut. Serius macam kaki gajah dah tengok. Nak bengkok untuk duduk masa solat pun susah sekarang sebab bengkak sangat. 

Check up sekarang pun seminggu sekali. Harini ada check up lagi kat KK. Nak bersalin kat mana pun masih berbelah bahagi, maklumlah google sana sini, pengalaman orang bermacam-macam. Kalau nak standby kat kampung Melaka, susah jugak sebab mak kerja. Nanti takkan nak kena pergi hospital sorang-sorang. Dengan Adam lagi. So, saya decide better ada husband la di sisi. Dah kawtim dengan pengasuh jugak kalau tetiba malam nak bersalin memang nak mtk tlg dia jagakan Adam. Nak husband teman dalam labour room kan kalau boleh. First kena czer, so memang takde pengalaman pun bersalin berteman. Nangis sorang-sorang jelah dalam operation room dulu..huhu~

Kali ni doktor cakap ada 70-80% chances untuk normal. Kira VBAC la orang panggil. Vaginal birth after caeser. Tapi kalau contraction skala 8 dan lebih certain hours, nak tak nak memang kena czer jugak sebab risiko atas rahim. Sekarang ni saya tawakal je lah. Doa urusan bersalin dimudahkan dan semuanya selamat. Saya tak berani nak berharap yang lain-lain sangat. Syukur sangat dah kalau semua selamat. 

Kalini harap tak lupa bekalan untuk masuk hospitallah. Masa Adam power bank & charger pun tak teringat. Kurma & air pun tak teringat. Sebab tu takde tenaga kot. Debar gak nak tunggu baby ni keluar. Adam dulu seminggu awal. Baby ni tak tahulah lambat ke awal. Doktor bagi delay sampai seminggu kalau masih takde tanda pape. Harap semua selamat dan dimudahkan~