Thursday, October 29, 2015

Allergic reaction pada gigitan serangga?

Assalamualaikum~

Malam kelmarin saya perasan kaki kiri Adam bengkak. Kembung macam belon. Sebelum ni pernah gak bengkak, rasenye kena gigit semut. Tapi masa tu tgk dia relaks je. So, fikir takde ape la.

Kali ni, bengkak dia macam teruk sikit. Kesan gigit pun tak jumpa. Nampak ada satu bintat warna putih macam ada nanah dalam dia.

Sejak kaki bengkak kali ni Adam asyik merengek macam tak selesa dengan kaki dia. Bila pengasuh tekan, dia meraung. So, semalam balik kerja pergilah saya ke klinik. Takut gak, manalah tau terseliuh ke, patah ke. Adam kan tengah lasak sekarang. Memanjat dan melompat je kerjanya.

Jumpa doktor, doktor cek. Cek suhu badan. Adam tak demam. Pegang-pegang kaki dia. Kaki Adam rasa macam panas. Suspek ada jangkitan kuman dalam tu. Kalau bengkak tak surut 2,3 hari kena masuk hospital. Risau je dengar.

Untuk rasa lebih yakin, saya pergi 2 klinik. Dua-dua cakap infection. Adam kena makan antibiotik. Cian Adam. Harap Adam cepat baik. Sedap bau antibiotik dia~~

Ada sesiapa pernah jadi kat anak dia camni ke?

Wednesday, October 28, 2015

Grolier: Talking english~

Assalamualaikum~

Hari ni nak sambung citer pasal Grolier. Bawah ni set-set yang saya dapat;



Banyak sangat kan? Rak buku tu pun dapat sekali. Antara set yang saya dapat:
1. Talking English
2. Logico primo
3. Mini encyclopedia
4. Junior dictionary
5. Marvel action heroes
6. Flip quiz book
7. Why books. (Xingat nama set)
8. Discovery channel books
9. 99 self esteem for kids
10. Rak buku
11. Kids creativity books (xingat nama)

Dalam 1 set tu ada beberapa lagi buku. Banyak! So, berbaloi ke tak tu? Hardcover lagi tau kebanyakan buku tu.

Jom tengok Adam main talking English:











Set talking English datang dengan pen tu. Macam pen alquran fungsi dia. Letak pen kat gambar atau tulisan keluarlah bunyi. Menarik kan?

Adam sukalah main ni sebab ada bunyi. Tapi setakat ni dia suka main tunjuk-tunjuk je la. Cakap pun tak pandai lagi Adam ni. Tapi dia dah faham apa orang cakap.

Rindu pulak. Bila nak pukul 5 ni?? Huhu~

Monday, October 26, 2015

Bunuh diri sebab susu badan?

Assalamualaikum~


Pagi ni scroll fb ternampak status dengan gambar, wanita yang baru melahirkan anak 10 hari bunuh diri sebab gagal bagi susu badan pada bayi. Saya tak pasti betul ke tak berita tu sebab dalam metro online saya tak jumpa pulak artikel tu.


Tengok komen. Macam-macam komen. Banyak gak yang negatif. Kutuk-mengutuk sesama sendiri. Salahkan org tu, salahkan orang ni. Macam-macam.

Macam yang kita semua tahu, ibu berpantang emosinya sangat tak stabil. Lagi- lagi baru lepas bersalin. Penat bersalin tak hilang lagi, tambah dengan tak boleh tidur malam sebab kena jaga baby lagi. Kalau anak pertama lagilah stress sebab takde pengalaman.

Saya dah merasa dah keadaan berpantang. Memang emosi jadi sensitif. Benda takde apa pun rasa nak nangis. Nasib baik mak banyak sangat bantu. Suami pun bagi support walaupun jumpa weekend je. Tu semua penting.

Selalu malam-malam masa pantang baby nangis. Ada satu masa saya memang tak sedar, mak yang datang bilik tenangkan baby. Selalu baby senyap bila Mak pegang. Power of mother kot..huhu~

Jauh pulak lari dari topik. Kesimpulan yang saya nak tekankan ialah, jagalah hati orang dalam pantang ni. Diorang penat stress, dahlah tak leh solat. Lagilah syaitan suka dekat & bisik macam-macam kan? Ibu-ibu dalam pantang banyakkanlah selawat zikir dan mainkan ayat Quran selalu. Untuk diri sendiri & utk anak juga. Jaga condemn tapi bagilah nasihat kalau ada benda tak kena.


Thursday, October 22, 2015

Sesuai ke perempuan jadi engineer?


Assalamualaikum~

Hari ni rasa nak mengarang panjang-panjanglah. Mood tu dah datang..hehe..Dah lama hilang mood tu. Pagi-pagi masa jalan ke ofis, saya terfikir pasal kerja saya ni. Sesuai ke untuk orang perempuan sebenarnya?

Sesuai ke perempuan jadi engineer??

Nama macam gah kan? Tapi gaji biasa-biasa je sebenarnya. Belajar empat tahun untuk dapatkan ijazah ni. Alhamdulillah setakat ni tak pernah menganggur. Lepas habis belajar terus kerja walaupun tak dapat sijil lagi. Tak sempat nak enjoy sangatlah..huhu. Hidup budak skema :p

Tahun ni dah lima tahun dah saya dalam bidang engineering. Empat company dah pernah kerja, tapi yang pertama tu 3 bulan je. Entry 2010 dulu saya pernah citer kenapa berhenti. Banyak title saya dah rasa. Site engineer, design & investigation engineer, facilities engineer, project engineer. 

Berdasarkan pengalaman, perempaun bujang ok lagilah nak buat kerja-kerja ni. Kalau dah kawin, asyik fikir anak. Kesian kat anak dapat spend masa sikit je dengan saya. Sebab tu sehabis boleh saya akan balik tepat setiap hari. Biarlah orang nak cakap apa. Tapi kerja pun jangan endah tak endah lah. Buat betul-betul.

Kalau kerja site, kita kena kerja bawah panas dan dikelilingi mat-mat indon dan bangla. Perempuan boleh kira dengan sebelah tangan je. Yang tak bestnye masa tunang dengan kawin dulu, saya kena jaga site. Muka hitam. :( Sekali seumur hidup kot tu. Yang kerja site hati-hatilah dengan pekerja-pekerja tu, Jangan terlalu rapat. Bahaya. Takut dibawak lari :p

Sanggup ke panjat bangunan tinggi? Sanggup ke masuk bangunan terbengkalai? Sanggup ke bermandi peluh? Sanggup ke ke hulu ke hilir untuk ke site? Sanggup kotorkan kerete yang baru beli?

Bagi saya semua yang saya dah buat tu memang satu pengalaman yang cukup berharga. Tapi untuk ulang balik semua tu tak mungkin. Sekarang family first. Alhandulillah kerja sekarang ni kat kilang, takde keluar sangat. Masa ofis hour ok. Cumanya kadang-kadang kena OT weekend sebab ada projek. :(

Dua tahun kerja sebagai Design & Investigation Engineer. Masa tu adalah masa yang sangat menarik untuk saya. Saya belajar banyak sangat benda baru. Periksa kenapa bangunan tu retak, kenapa bangunan tu runtuh, boleh guna lagi ke bangunan tu lepas terbakar, kuat ke struktur bangunan tu. Seronok sangat! Berjalan dari JB ke Perak drive sendiri dengan bawak workers bangla indon tau. Setiap hari ulang-alik JB-Kluang  sebab projek. Panjat siling rumah orang sebab rumah dia dah mendap sebelah. Pernah jatuh tangga kat bangunan pernah terbakar, kaki terseliuh. Drive dari Ulu Tiram ke Skudai dalam keadaan kaki bengkak-bengkak tu. Ada ofis sendiri, bebas. Best sangat. Masa tu pun bujang lagi. Seronok!

Sekarang pulak dah tiga tahun tempat sekarang. Projek area kilang sajalah. Tak ke mana. Agak strict sebab kilang. Tapi benefit ok. Balik on time. Kalau BF, ada nursing room. Ada masa. Relaks lagi. Cuma akan rasa bosan sebab dulu sangat aktif..hehe~

Kerja engineering nak boleh tunjuk lemah ok! Baru orang bawah akan respect.

So, kalau ada mana-mana adik perempuan yang nak jadi engineer tu fikir betul-betul ye. Kalau betul-betul minat oklah. Kalau tempat kerja ok pun ok lah. Semua depends pada masing-masing. Kalau minat semua sanggup :)


Wednesday, October 21, 2015

Grolier : Terjebak sudah~

Assalamualaikum~

Sebelum ni kan saya ada cerita yang kitorang pergi baby expo kat Alamanda tu. Masa tu ada promoter Grolier tahan. Mula-mula cakap kat husband, kita dengar je la. Kalau mahal tak nak beli pun.

Tapiiiii, lepas dengar dan ditunjukkan semua buku-buku tu, akhirnya saya terjebak jugak! Kadang- kadang fikir betul ke ni. Harga total dalam RM 2k++ ok..huhu..saya tak mampu bayar full. Buat installment saja~

Saya dah set, saya tak nak menyesal! Jadinya kena setiap hari main buku tu dengan Adam! Saya dapat 9 set buku + 2 set masa ambil buku-buku tu. Rasanya berbaloi jugaklah dengan harga. Kalau beli satu2 memang lagi mahallah. Tapi kalau tak guna membazirlah jugak.

Nanti saya tunjuk set-set yang saya amik. Salah satu buku yang saya dapat adalah:








Yang ni buku dia kecik je. Buku panduan untuk parents. 99 ways to help for child self-esteem. Semalam dalam kereta masa tengah berhenti kat traffic light, saya dah habis baca dah. Banyak juga tips-tips dia. Boleh cuba apply nanti pada Adam.

Lagi satu, set Grolier ni boleh guna untuk Adam sampai dia sekolah tau. Long term benefits la kiranya. Yang penting mak pak nya kenalah rajin jugak. Kita pun boleh dapat ilmu baca buku-buku ni tau. :)

Tuesday, October 20, 2015

Demam Kepialu Melanda KL/Kajang!


Assalamualaikum~

Pagi ni dengar berita dah ada 32 kes demam kepialu sekitar KL dan Kajang. Demam kepialu ni hampir-hampir macam keracunan makanan tapi lagi teruk. Masa sakit yang lagi lama dan perlukan antibiotik.

Untuk keselamatan eloklah kalau kita berjaga-jaga kalau makan luar. 

Sumber: 
http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/keselamatan-mutu-makanan/penyakit-bawaan-makanan-a-air

Apakah itu Demam Kepialu ?
Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.
Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )
Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?
  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah
Apakah tanda-tanda dan gejala ?
Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.
Gejala :
  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati
Bagaimanakah penyakit ini merebak ?
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)
Komplikasi Penyakit
  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).
Rawatan
  • Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
  • Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan
Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
  • Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan
Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit demam kepialu ?
Jumpa doktor anda segera

Segmen Blogwalking by Mirza Syazwina


Assalamualaikum~

Lama tak join segmen bloggers ni..huhu~~



Tarikh tutup : 25 OKTOBER 2015 JAM 12 MALAM

Jom meriahkan~~~ :D


Monday, October 19, 2015

Adam dah pandai bukak seluar :p

Assalamualaikum~

Adam sekarang pandai dah bukak seluar sendiri. Pampers yang pants tu pun sama. Adam ni kalau dah mandi nak pakai pampers dengan baju susah! Macam kena dera dah gayanya..huhu..melalak-lalak!

Hari tu lepas pakai pampers saje tak pakaikan dia seluar. Mood dia baik pulak masa tu, dia ambil seluar nak pakai. He he..tapi Adam terer bab buka je, pakai belum lagi. :p



Dah boleh start potty training ke umur setahun ni? Macam mana sebab dia tak pandai cakap lagi? Ada advice??  Huhu~

Mainan baru Adam~

Assalamualaikum~


Sekejap je weekend berlalu pergi. Rasa macam tak ada buat apa-apa pun. Sebab tu orang kata masa itu emas kan. Sangat berharga, tak boleh diputar balik.

Weekend baru ni pun tak ada keluar sangat. Memerap dalam rumah je banyak. Sabtu je keluar pergi alamanda sekejap. Sekejap sangat. Husband asyik suruh balik cepat sebab dia ada bola petang tu. Dahlah keluar rumah lambat. Stress je, tak leh nak jalan lama-lama sikit :(

Jalan-jalan sana, tengok ada baby fair. Takdelah macam baby fair sangat. Harga cam mahal je jugak. Pergilah husband ke booth mainan budak, saya ke booth Grolier. Banyak habuan Adam dapat hari tu. Mak ayah Adam yang pening kepala. Harap berbaloilah pelaburan untuk Adam ni.

Jom tengok apa ayah beli untuk Adam ;



Seronoklah Adam. Banyak dapat. Tempat dia tidur tu sebenarnya kolam mandi. Rumah kami ni tak leh nak mandi kolam tu, jadi tempat main dia je la..he he. Dinosaur tu plak jadi kawan baru Adam. Tapi Adam masih takut-takut lagi.




Pantang ada benda boleh panjat..hmm..tak tau nak buat camne..

Thursday, October 15, 2015

Adam melasak~

Assalamualaikum~

Rindunya nak blogwalking lama-lama dan ngadap blog lama-lama. Sejak dah berkeluarga macam ada je kekangan masa. Plan nak buat quite book untuk Adam pun tak jalan-jalan lagi. Barang dah start beli sikit-sikit. Kalau ikutkan dah boleh dah nak start satu dua muka surat.hehe..

Image result for quiet book
sumber google

Hari tu pergi Daiso dengan kedai jahit, sempatlah capai kain felt yang comel-comel, benang untuk mengait tu, jarum, benang, manik besar. Tak banyak sangat, tapi bolehlah kalau nak start dah. Ingat nak buat cuti Awal Muharam semalam, tapi hampeh. Kerja kat rumah tak habis-habis. Bila Adam bangun memang tak lah nak buat. Kena duk mengadap dia. Terbantut lah jawabnyeeee~

Adam sekarang ni kurang berat badan. Kena jumpa pakat zat pemakanan hari tu. Pakar tu nasihatkan bagi Adam makan setiap 2 jam. Walaupun Adam sihat, kita still kena make sure dia cukup zat, gitulah pakar tu terangkan. Sebab saya cakap, 'Asalkan Adam sihat ok lah kan?'. Kena tembak sekali...huhu..

Masalahnya Adam ni makan aje. Tapi aktif dia pun boleh tahan. Kalau kat rumah pengasuh tu memanjat melompat je kerja dia. Berpeluh-peluh main. Badan kecik je, tapi tulang kuat tu. Jangan pandang rendah, kalau rebut barang dengan dia kalah kita tau...huhu..kuat tak kuat tangan dia tu. Tapi disebabkan kelasakan dia yang merisaukan tu, rak tv ciput kitorang tu terpaksa dicabut dan simpan dalam stor. Risau tengok dia berdiri atas tu! 

Lasak camne pun Adam, dia pandai. Kalau dia panjat tak boleh turun mulalah dia jerit-jerit minta tolong. Hari tu dia pergi masuk dalam bilik stor, panjat kotak-kotak. Maklumlah barang-barang tak habis kemas lagi memang banyaklah kotak. Dia punya berani pergi panjat kotak kecik-kecik tu pastu tak boleh turun. Saya kat dapur masa tu, nasib baik dengar dia jerit. Memang time tu kalau dia lepas memang jatuhlah. Seriau tengok. Memang pintu stor kena sentiasa tutuplah pastu.

Harap Adam dapat membesar dengan sihat dan kuat. Sekarang macam-macam dia nak cuba, maklumlah sek-sek otak sedang berhubung dengan pesat sekarang ni..hehe :)

Sori takde gambar Adam pulak entri ni...huhu


Tuesday, October 13, 2015

Berhati-hati semasa menunggang~~

Assalamualaikum~

Hari ni terajin pulak post 2 entri..he he..saje nak share gambar Adam. Kelakar sangat :p










So, kena tak dengan tajuk? Hehe :'D

Movie Review : Pan ~


Assalamualaikum~

Jarang sangat dah buat movie review sekarang ni. Maklumlah bukan senang nak dapat tengok wayang pas ada Adam ni..huhu. Semalam ada kesempatan, tengoklah kami laki bini berdating~~ :p


Mula-mula ajak husband tengok, dia tak nak. Dia lagi minat The Martian. Tapi last-last dia mengalah jugak. Saya cakap ada Hugh Jackman dalam ni. So, oklah dia kata~

Bila tengok dia tak caya pulak yang Captain jahat tu Hugh Jackman! Muka memang lain sangat pun. Dengan badan kurus lagi..huhu..jauh beza dengan citer Wolverine~

Overall cerita dia ok, tapi husband saya tido!!

Masa movie ni Hook masih belum jadi kapten lagi, masih baik, innocent, comel..huhu. Yang menjadi persoalan di akhir cerita, macam mana Peter dengan Hook boleh jadi musuh ? Rasa macam tergantung pulak akhir tu. Sebab saya nak tahu kenapa? Dalam movie ni Hook memang baik. Banyak tolong Peter Pan.

Dalam cerita ni pun baru saya tahu yang Peter tu kacukan manusia biasa dengan fairy. Bagi orang yang minat cerita animasi ni, memang tak rugilah tengok. Tapi kalau tak minat, tak disarankan sangatlah. nanti jadi macam husband saya. Tidoooooo~ :p

Dalam citer ni, kaptain jahat tu kerahkan anak-anak yatim untuk gali fairy dust. Fairy dust tu untuk dia sentiasa muda. Kat Neverland tu ada prophecy mengatakan yang dia akan dibunuh oleh Peter Pan. Peter jumpa Hook kat lombong tu. Diorang pun rancanglah untuk lepaskan diri. Nak tahu apa jadi pastu kenalah tengok movie ni..huhu~ 

Overall bintang: 3/5 

Thursday, October 8, 2015

Isu Jerebu~~

Assalamualaikum~

Masalah jerebu macam tak pernah selesai kat Malaysia ni. Tahun lepas pun ada jugak isu ni. Tahun ni pun ada jugak. Tapi nampaknya macam tahun ni lagi teruk jerebu. Biasalah, bila ada anak ni benda yang kecik mana pun jadi besar pada saya..huhu~

Sekolah pun dah banyak kali dah tutup sebab isu ni. Bila nak habis pun tak tahulah. Kesian budak-budak yang ambil periksa tahun ni. Satu paper exam untuk sekolah agama kena tunda sampai Isnin depan, kalau tak minggu ni dah merdeka dah diorang. Sabarlah ye adik-adik semua.

Ada jugak orang yang pertikaikan kenapa sekolah aje yang tutup. Kenapa ofis kena kerja. Kalau betul orang tu bijak pandai, dia takkan pertikaikan benda tu...huhu. Sebabnya;
  1. Budak-budak antibodi lemah.
  2. Sekolah ni manalah ada aircond. Persekitaran sangat terdedah pada bahaya jerebu.
  3. Ofis? Ada aircond, kita duk jelah diam-diam dalam bangunan aircond tu ye tak?
  4. Orang kerja site? Haruslah pakai mask. Kena kerja jugak. Kalau tak kerja, duit tak jalan. Biasalah, nama pun cari rezeki. Sabarlah..
Image result for jerebu
Tempat jauh pun tak nampak dah sekarang ni. :(


Ada hikmahnya semua ni. Sabar tu separuh daripada iman. Orang kata kalau tak nampak matahari tu tanda-tanda besar dah. Takut dengar. Bila ada tanda besar, pintu taubat dah tertutup. Betul ke ni? Kena research lagi bab ni. Tak arif sangat. Marilah kita sama-sama muhasabah diri ~ :)

Wednesday, October 7, 2015

Tips Pembelian Fashion Online Wanita~

Assalamualaikum~




Anda bersetuju atau tidak jika dikatakan kini segalanya boleh dibeli dihujung jari anda sahaja. Daripada koleksi pakaian, barangan rumah, barangan elektronik, makanan dan banyak lagi semuanya boleh dibeli secara online. 

Sebagai seorang wanita yang bekerja dan mempunyai anak. Online shopping ni adalah pilihan terbaiklah untuk bershopping. Selain itu keselamatan anak pun lebih terjamin!

Jika dahulu, trend pembelian online masih lagi belum boleh diterima sepenuhnya oleh majoriti rakyat Malaysia. Rata-rata lebih gemar membuat pembelian secara konvensional di kedai-kedai atau pusat-pusat membeli-belah berbanding membuat sebarang transaksi secara online. Kini tidak lagi, kebanyakkan pembeli khususnya masyarakat bandar bertukar kepada system pembelian secara online yang sememangnya mudah dan menjimatkan. Bagi golongan wanita, pastinya koleksi barangan fesyen lah yang menjadi sasaran setiap kali ingin membeli-belah secara online. 

Oleh yang demikian, berikut merupakan beberapa tips pembelian fashion online khas untuk para wanita;


Membeli-belah memang menyeronokkan! 

Lebih-lebih lagi kesemua barangan yang ingin anda miliki itu boleh dihantar terus di hadapan rumah tanpa perlu anda berpusu-pusu di pusat-pusat membeli-belah. Namun, anda harus menjadi pengguna yang bijak dan bandingkan harga di portal online dengan harga di kedai. Beli barangan dengan harga yang jauh lebih murah atau tunggu ketika jualan murah berlangsung.



Kenal pasti kemahuan dan keperluan anda. Tahu saiz yang bertepatan dengan tubuh badan anda dan ambil berat mengenai trend fesyen terkini. Jangan membeli-belah sesuka hati walaupun anda ditawarkan dengan perkhidmatan pemulangan semula secara percuma.


Dan yang paling penting, pastikan portal online tersebut menyediakan system pembayaran yang selamat atau secure payment. Buat pembelian di butik fashion online yang benar-benar boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang kes penipuan daripada menimpa anda. Selamat membeli-belah! :)

Kes culik budak berleluasa!

Assalamualaikum~

Sekarang ni dengar banyak sangat kes-kes culik budak dan kes-kes percubaan menculik budak. Risau tengok. Kadang-kadang terfikir apa nak jadi dah dengan manusia sekarang ni. Mana sifat kemanusiaan mereka semua.?

Baru tadi terbaca kat FB, cubaan menculik kat IOI Mall Putrajaya. Sebelum ni kat AEON Manjung, Perak. Bulan lepas ada terbaca kat Mahkota Parade, Melaka. Mana-mana pun ada kes macam ni. Tak kire negeri dah. Sekarang yang tengah panas, cubaan menculik kat shopping complex. Dulu van putih. 

Sebelum ada anak takdelah terfikir sangat pasal ni. Tapi sejak ada anak, dan anak dah mula nak jalan sendiri. Rasa risau tu dah ada. Budak-budak, apa sangatlah yang diorang tahu kan? Adam ni haa, saya risau sebab dia jenis tak takut orang. Kat kedai mamak, bangla duk dukung pun dia suka. Siap boleh sandar kat bahu orang tu lagi. Hari tu kat Alamanda, ada cleaner Nepal dukung-dukung dia. Dah letak bawah boleh siap mintak dukung balik tu! Adam Adam~

Saya risau, tapi kadang-kadang tak sampai hati nak cakap kat orang tu jangan pegang anak kita. Macam mana nak buat Adam ni takut orang asing ye? Ada mak-mak atau ayah-ayah luar sana yang ada nasihat tak?


Monday, October 5, 2015

Percubaan tengok wayang~

Assalamualaikum~

Lama pulak tak berupdate blog ni. Sibuk sikit sekarang. Ofis bz, umah pun bz..huhu.

Bulan lepas saje jalan2 kat alamanda. Pastu decidelah nak tengok maze runner 2 tu. Masa tu hari bekerja so memang tak ramai sangat.

First time Adam masuk panggung wayang, dia senyap je. Pelik. Dia pegang saya kuat2, takut sebab gelap kot. Beberapa minit tu dia pegang je saya sambil mata kat screen.

Tapi malangnyaaa...tak lama :( pertengahan cerita kami keluar. Adam tak leh duk diam. Bising , nak lepas. Orang dah pandang2.

Misi gagal! :(

Nampaknya tak leh nak tengok wayang lg la buat masa ni..huhu~