Friday, September 18, 2015

Dah jumaat..yeay!

Assalamualaikum~

Minggu ni banyak cuti. Rabu cuti Hari Malaysia, isnin hari tu plak cuti sebab keracunan makanan. Muntah-muntah dari sabtu petang. Ingatkan pregnant..huhu~

Masa sakit tu memang tak larat nak layan Adam. Masa tu la dia nak manja. Ingatkan betullah nak dapat adik..

Adam tak puas lagi nak manja2 dengan ibu ayah dia. Rindunya kat Adam. Bila nak pukul 5 ni..huhu~








Adam dah tak boleh duk diam sekarang. Nak explore sekeliling dia. Kena perhati je dia selalu kalau keluar. Tak nak berdukung dah skang..penatttt~~

Monday, September 7, 2015

Jln-jln Cari Makan JB~ Asam pedas & bbq

Assalamualaikum~

Sambungan jalan-jalan cari makan..he he..Hari ke 2 kat jb, husband ajak makan asam pedas johor kat taman universiti, skudai. Asam pedas claypot kat sana dah tutup, so kedai ni je la yang ada. Bukan asam pedas clay pot, so rasa macam kurang sikit lah sebab expectation tinggi sangat..huhu..

Tapi asam pedas ikan pari takde ye. Kempunan husband. Ada asam pedas ikan merah. Harga pun boleh tahan jugaklah. Tapi nasi dia sedap, lembut tapi tak berkanji. Adam suka :)







Lepas makan tu kitorang pergi terjah bazar karat jb pulak. Haha..memang ramai orang. Parking pun susah nak dapat. Banyak ulat parking. Layan jela, bagilah upah sikit asal dapat parking dekat. Kat sana beli brg adam je banyak. Jersi MU saiz kecik takde pulak. JDT pun JDT la..huhu~




Adam tengah stretching. Hehe :p

Friday, September 4, 2015

Jalan-jalan Cari Makan JB ~ Angry Birds Theme Park

Assalamualaikum~

Sambungan JJCM JB..huhu..Hari kedua kat JB, saja ajak husband pergi betul2 area bandar. Lalu City Square, sekali nampak ada shopping baru kat sebelah tu. Komtar JB. First time ni, masa belajar & duduk johor takde lagi ni. Terus ajak husband singgah sebab dalam ni ada theme park. Saja nak tengok-tengok~

Besar jugak mall ni. Ramai sangat orang sebab weekend kot. Tak berjalan sangat pun, cari angry birds je..huhu

Sampai-sampai je nampak pekerja dia baru nak start menari kat pintu depan park tu. Lagu Hindustan favourite plak tu. Chammak challo. Hehe~

Alamak, gambar menari tu kat HP husband pulak. Layan gambar Adam je lah ye~








Tak masuk pun.
Harga: RM60 per sesi.
Satu sesi: 3 jam tak silap. Sesi ke dua pukul 2pm, ketiga pukul 5pm kalau tak silap. Sesi pertama tak ingat..huhu.

Dari luar memang nampak lah dalam theme park tu. Tak besar sangat, tapi memang sebijik la macam dalam game tu. Kalau minat memang patut pergilah~

Wednesday, September 2, 2015

Jalan-jalan Cari Makan JB ~ balai cerap.

Assalamualaikum~

Hari ni baru start kerja lepas 4 hari cuti. Memang betul-betul bercuti kali ni. Puas hati banyak tempat dapat pergi kali ni. Hari tu pergi sana teman husband ada kerja. Seharian habis masa dalam kereta je. Pergi pulak sehari, mmg tak leh nak berjalanlah kan~

Kali ni husband ajak duduk lama sikit kat sana. Dapatlah jalankan aktiviti jalan-jalan cari makan. He he :)

Bertolak ke JB hari Ahad pagi sebab husband dah janji meeting dengan orang pukul 3 petang. Jalan tak jem sangat, mungkin sebab hari Ahad dan ke selatan kot?

Sampai Skudai dalam pukul 1 lebih. Ada masa sebelum meeting. Husband ajak pergi balai cerap, meninjau kenangan 4 tahun belajar kat sini dulu. Sambil tu tunjuk Adam tempat blaja ibu ayah dia dulu..hehe..xtau faham ke tak~

Suka sangat Adam ~







Pastu jalan-jalan taman u sementara tunggu pukul 3. Pergi Jusco tempat popular untuk student utm dulu..hehe~

Lepas tu duk melepak dalam kereta dari pukul 2 lebih sampai pukul 4 lebih tunggu husband meeting. Nak pergi jumpa member lama tak boleh sebab Adam tidur. Bosan ibu dia ni :'(

Tempat seterusnya lepas ni~ :)