Thursday, April 30, 2015

Sweet Escape: Kellie's Castle ~


Assalamualaikum~

On the way balik dari Cameron Highlands kitorang decide nak jalan-jalan Perak. Dah alang-alang datang dari jauh, takkan nak terus balik kan? Next time tak tahu lagi bila lagi boleh sampai. Tapi sayang, masa kitorang sampai kat sana, tepat pukul 6 petang. Kellie's Castle baru je bunyikan siren untuk kosongkan bangunan masa kitorang sampai tu.

Kawasan istana tu memang cantik sangat. Sayang, istana tu tak sempat disiapkan sebab semua workers yang buat bangunan tu mati sebab flu time tu. Owner dia pun mati sebab penyakit gak masa outstation ke luar negara. Last-last bangunan tu terbengkalai. Kat istana tu lah terdapatnya lif pertama di Tanah Melayu tau~


Dalam pamplet kat situ, dia bagitau yang orang-orang sini percaya ada roh-roh yang berkeliaran kat istana tu...huhu~~

Banyak rupanya tempat menarik yang boleh dilawati kat Perak ni. Rugi tak dapat pergi sebab dah lewat sangat~


Sungai atas ni seberang dengan parking kalau park kat area belakang kaunter tiket. Menurut pamplet tu, masa construction ada beberapa lorong bawah tanah dari istana tu ke tempat lain. Salah satu terowong tu, adalah dengan melalui bawah sungai. Tak pasti la dah siap ke tak, sebab tak sempat nak masuk istana tu..huhu~

Overall, puas hati dapat tengok kellie's castle biarpun hanya dari jauh. Tempat tu cantik sangat :) Mungkin next time pergi Perak lagi, boleh singgah masuk dalam.



Wednesday, April 29, 2015

Sweet Escape: Cameron Highlands II


Assalamualaikum~

Hari ni nak share gambar Adam kat hotel aje. Akhirnya ada guna jugak sweater yang uwan Adam belikan..hehe. Untunglah Adam jadi cucu pertama. Semua orang manjakan dia~


Pemandangan dari bilik hotel~

breakfast time~


Kitorang duk sana satu malam je. Hari Sabtu tu pergi Strawberry Farm, minum teh kat ladang teh skali lagi dan terus gerak balik. Masa balik kitorang ikut Simpang Pulai. Jauh sikit laa. Tapi kurang pening dari lalu Tapah tu..huhu~


Monday, April 27, 2015

Tumbuh gigi pertama~


Assalamualaikum~

5 Mei 2015 nanti genaplah Adam umur 9 bulan. Sepanjang minggu lepas dia asyik meragam aje. Manja. Nak ada orang dekat dia layan dia aje. Ingatkan apa lah yang tak kena, rupa-rupanya ada satu gigi bawah nak tumbuh..huhu~

Nasib baik meragam tak teruk sangat. Demam pun tak lama sangat, satu dua hari aje. Alhamdulillah :) Sekarang ni layankan aje lah. Kesian dia tanggung sakit nak tumbuh gigi baru. Tajam je rasa hujung-hujung gigi tu bila masuk jari. 

Sekarang Adam semakin pantas membesar. Sekarang dah pandai diri dan jalan sambil pegang benda. Pasni dapat kaki jenuhlah nak mengejar. Merangkak pun laju je sekarang ni. Cuma badan Adam kecik aje, tak nampak macam budak nak masuk 9 bulan. Susah sangat nak bagi makan bubur nasi. Nak makan yang manis-manis je. Kalau bagi bubur sayur dengan ayam/ ikan bilis, liat sangat nak makan. Kalau bagi bubur nasi dengan labu, laju sikit. Suka labu Adam ni. Kena cari makanan lain yg dia suka lagi. Takkan nak bagi makan labu je kan. Bosanlah dia nanti.

Ooo, lupa. Ada satu lagi makanan yang Adam suka. Sup cendawan. Kalau makan tu laju je bukak mulut besar-besar. Senang sangat nak bagi makan..huhu..adam adam~

Moga Adam membesar dengan sihat~ :)

Saturday, April 25, 2015

Sweet Escape: Cameron Highlands~


Assalamualaikum~

Lama tak pergi bercuti. Kebetulan pulak Jumaat lepas babysitter ada hal, tak boleh jaga Adam. So, hari tu ambik cuti, uruskan hal-hal untuk rumah baru. Sebenarnya tak plan pun nak pergi bercuti. Tu plan B, kalau-kalau urusan habis awal kiotrang decide nak naik Cameron Highlands. Lama dah terasa nak pergi sana, tapi takde kesempatan lagi.

Hari Jumaat tu tak ramai pulak orang berurusan kat pejabat kerajaan tu. Dalam pukul 10 habis urusan, pergi breakfast dulu kat kedai mamak depan tu. Sebelum gerak singgah 99mart, beli makanan Adam. Kat sana tak leh nak masak bubur untuk dia. Siap je beli biskut, puree dengan nestum dia kitorang terus gerak.

Nak pergi sana guna Waze je sebab dua-dua tak tau jalan. Masa pergi tu ikut jalan Tapah. Barulah tahu jalan Tapah tu punyalah berbengkang-bengkok. Baru half perjalanan sakit kepala asyik pusing-pusing. Tetiba kat selekoh jumpa Lata Iskandar. Tak sempat nak singgah sebab tak tau ada air terjun cantik kat situ. Parking pun takde. Sayangnye. Memang cantik sangat air terjun dia. Nak amik gambar pun tak sempat. Terkejut nampak air terjun tetiba. 

Sambung lagi perjalanan, masa tu dah tersandar dah. Lama dah tak rasa mabuk kenderaan. Last masa sekolah dulu kot. Memang tak tahan. Nasib baik Adam elok je tidur dari highway awal-awal tadi. Takdelah tambah pening kepala nak layan dia..huhu~

Pusing-pusing lagi, nampak satu kedai. Dia tulis Bharat Cameron Valley kot tak silap. Saya ajak hubby singgah jap. Hilangkan pening duk dalam kereta lama-lama ni. Dapatlah merasa scone. Asyik baca kat blog aje. Teringinnn sangat makan scone kat Cameron ni.


Pergi toilet dia, rasa angin nyaman je. Air dia pun sejuk je. Tenang je tengok ladang teh tu. Berbaloi la jalan pusing-pusing tadi~


Sampai Brinchang terus check in hotel dalam pukul 4 lebih. Tapi malangnya diorang ni tengah repair air panas. Sampai malam baru dapat air panas :(

Malam tu pergi pasar malam aje la sebab semua tempat dah tutup. Banyak gak makanan kat sana. 

Sanpai sini je la cerita dulu. Adam dah datang terkam laptop ni..huhu~


Monday, April 13, 2015

Ruam susu Adam~


Assalamualaikum~

Lama tak update blog sebab masa banyak habis untuk family dan kerja. Maklumlah sekarang ni ada baby dah. Nak mintak melayan je kalau bangun. Ni tengah tidur boleh lah nak bukak laptop. Kalau dia nampak laptop ni memang kena serbu lah. 

Citer pasal ruam susu ni. Ruam ni biasanya terjadi pada pipi baby yang menyusu badan selalunya. Orang kata susu badan ni tajam. Saya pun tak pasti, tapi tu apa yang orang cakaplah. Adam start ada ruam ni masa umur dia 6 bulan. Sejak dari tu dah macam-macam saya cuba. Ubat klinik dah 2,3 ubat dah dapat. Shaklee pun saya dah cuba. Mula-mula tengok macam berkesan, tapi bila dah nak baik dia jadi berair lepas letak krim Shaklee tu. So, saya stop dulu. Letak balik krim doktor. Sampai satu masa saya macam give up, sebab dah tak tau nak letak apa untuk sembuhkan ruam tu. Sabun pun saya guna Sebamed sekarang. 

Satu malam tu saya letak gel aloe vera yang mak saya bagi masa pantang dulu untuk baby. Saya tak pernah guna sebab takut dan tak yakin. Tapi lepas letak, tengok macam elok sikit ruam dia. Memang nampak ada pengurangan. Tapi kena letak selalu. Dah seminggu guna, tengoklah camne boleh hilang atau tak. Satu hari tak letak gel tu, ruam dia macam jadi merah. Emm..takpe kite tengok camne.

macam nilah rupanya~

Ada orang tua2 kata letak ibu kunyit sebab kunyit ni ada antibiotik. Babysitter saya pernah try, nampak ok jugak. Sekarang ni semua kena try an error je semua benda untuk baby kesayang ni~ 
:)

Friday, April 10, 2015

Adam dah 8 bulan~


Assalamualaikum~


5 April 2015 genaplah Adam 8 bulan. Berat 6kg sahaja. Panjang je yang banyak bertambah. Berat dia naik 0.05kg je dari bulan lepas. Risau bila family semua tegur kenapa anak kurus sangat. Tak pasti kenapa berat dia naik sikit sangat. Tiap hari saya hantar aje bubur je rumah pengasuh, cuma Adam ni dah pernah rasa makanan sedap kot. Tu yang bubur takde gula garam dia rasa tak sedap je. Next time kena buat bubur yang manis2 sikit kot. Contohnya macam bubur labu + kurma, bubur labu+kentang+ikan bilis. Yang ni nampak dia laju sikit makan..huhu~

Takpelah, asalkan dia sihat aktif oklah. Agaknya sebab Adam ni aktif sangat tu yang lemak tak sempat nak berkumpul kot..hehe. Perkembangan nampak laju. Sekarang ni dah boleh berdiri sendiri dan pernah berdiri tanpa pegang apa-apa untuk beberapa saat. Tapi gigi memang tak ada yang tumbuh lagi.

Adam ni sebenarnya mula-mula perkembangan dia agak lambat. Dia start meniarap sendiri masa umur 6 bulan. Anak orang lain, umur 3 bulan dah pandai meniarap sendiri. Kadang-kadang borak kat nursing room pasal anak, dengar jelah orang lain citer. Anak kita lambat, tapi takpelah asal sihat kan.

Masuk je 6 bulan, dia terus pandai meniarap sendiri. Rasa memanh excited. Beberapa hari lepas meniarap sendiri, dia terus duduk sendiri. Tak lama lepas tu masa 6 bulan tu dia terus pandai merangkak. Laju kan? Bila start je, terus berturut2. Bulan ke-7 dah start nak berdiri. Sekarang dah pandai diri sendiri dan pandai dah bertatih2.

Tahun ni, bulan Ogos akan genaplah Adam umur 1 tahun. Tahun depan boleh dapat adik..hehe. Tapi kalau tengok gaya, Adam ni manja sangat. Tak tahulah camne kalau ada adik nanti. Ibu dengan ayah dia rapat-rapat sikit, dia terus serbu nak join sekali. Padahal masa tu tengah sibuk main tu.

Ada satu masa tu, saya pergi mandi masa dia tengah tidur. Tetiba dia bangun cari ibu dia tak jumpa, nangis2lah merangkak cari ibu dia. Tak tahu macam mana dia tahu ibu dia dalam bilik air, dia berdiri luar pintu bilik air pastu ketuk-ketuk pintu bilik air tu. Pandai betul. Nasib baik tak tergelincir ke apa. Tapi excited la masa tu, pandai dah anak saya ni. :) Kadang-kadang fikir balik kelakar jugak.

Tak sabar nak tengok perkembangan seterus Adam saya ni :)