Saturday, December 20, 2014

Baby dah 4 bulan~


Assalamualaikum~

Sejak ada anak ni rasa nak bukak laptop tu sangat kurang. Masa berlebihan yang ada selalunya akan digunakan untuk tido je...huhu.

Jadual sekarang ni, pukul 5.30 pagi dah kena bangun, prepare susu untuk baby, prepare untuk ibu baby. Pukul 7 dah kena gerak sebab kena hantar baby dulu kat pengasuh dia. 1 jam setengah tu rasa macam rushing sangat. Pastu balik kerja , amik baby, sangkut kat jem sebab trafik light, sampai rumah jadi lambat. kalau baby tak meragam kat car seat tu takpe. Kadang2-kadang dia menangis sekuat-kuat hati dia. Saya jadi gelabah sebab tak leh nak angkat dia, sebab tengah-tengah jem. padahal rumah saya dengan pengasuh takde la jauh mana. 

Balik rumah busy dah basuh botol-botol susu baby, kemas-kemas sikit barang baby. Layan baby sebab dia akan selalu bosan bila kena tinggal. Bila tidur je baby, saya pun apa lagi, join sekali la..huhu..rasa masa untuk tidur tu sangat berharga..hehe..

Jadinya, tu lah alasan kenapa dah lama tak update blog. Kemain panjang lebar lagi explain ni..huhu. Hari ni boleh update sebab kena OT, tapi orang yang ditunggu belun sampai. Hari ni bawak laptop sendiri. Kalau guba laptop company dan wifi company memang semuanya kena blog. Nak komen pun tak leh nak sign in. Redha je lah..

Bulan ni baby saya dah 4 bulan lebih. Badan nampak kecik aje, tapi padatnya. Kadang-kadang sakit pinggang nak angkat. Nasib baik comel..huhu..

Sekarang ni baby suka sangat nak duduk. Sebelum ni suka sangat nak berdiri, tapi bila dah boleh duduk, malas dah nak berdiri. Bila nak baringkan dia aje, dia akan keraskan pinggang dia untuk duduk balik. Pengasuh saya pun pelik gak, kuat sangat semangat dia nak duduk tu. Tapi, layankan aje la. Sekarang ni dia kalau meniarap, dah pandai pusing-pusing, undur ke belakang. Tapi meniarap sendiri tak pandai lagi..huhu..

Sekarang suka sangat pegang kaki. Pengasuh saya kata tu macam nak adik aje tu...huhu..awal lagi..kalau boleh nak biarkan baby ni puas bermanja dan dapat susu badan paling lama 2 tahun. Kalau lebih pun ok kot. Kalau dah mengandung no, 2 awal, kesian lak dia tak dapat susu lagi. Kena minum susu formula pulak nanti.

Gambar rasa macam berat nak kongsi kat blog, maklumlah kan secret sangat..huhu..kalau ade member2 yang nak tengok wassap aje la..hehe..insya,Allah saya bagi tgk :)



p/s: gambar baby dari hari pertama sampai sekarang berubah-ubah, 
p/s: baby ada pak cik sedara sebaya dan lahir sama bulan..huhu~

Wednesday, September 10, 2014

Hari ke 37 berpantang~


Assalamualaikum~

Dah lebih sebulan dah saya selamat melahirkan baby..huhu..tak sangka dah jadi ibu-ibu dah saya ni ye. Alhamdulillah baby ok. Kuning cam takde, jangkitan pun takde. Fizikal semuanya ok. Mudah-mudahan baby ni sihat selalulah. Takdelah risau sangat nak tinggalkan kat pengasuh.nursery nanti. Pengasuh pun tak cari lagi ni. Moga pencarian kami dipermudahkanlah.

Sebenarnya rasa lega sekarang ni. Semuanya dipermudahkan. Luka czer saya ok, baby pun ok. Baby tak meragam sangat. Walaupun hari tu masa mak mertua datang melawat kena bebel gaklah sebab saya ni pantang macam tak pantang sangat, Maklumlah family saya ni macam bandar sikit. Saya duk bersila kena tegur, baby tak pakai barut kena tegur. Baby tak pakai bedung kena tegur. Pusat baby terkeluar pun kena tegur..huhu. Saya tahu tu semua untuk kebaikan saya dengan baby jugak. Tapi dalam masa satu hari kena tembak macam-macam, ada rasa stress sikitlah..huhu..saya manalah tahu sangat pantang larang ni. Apa yang mak saya bagi, tu je lah yang saya amik. Macam manalah kalau saya kena pantang kat kampung mertua saya ye? Mesti stress, tapi confirm badan cam anak dara balik kot? hehe~

Masa kena duk hospital seminggu hari tu, memang rasa emosi je memanjang, Itu yang orang duk kata kalau tak jaga betul, boleh gila meroyan kot kan? Nasib baik hubby memahami, Ada kawan dia dah pesan kat dia katanya.'Banyak-banyakkan bersabar lepas bini bersalin.' huhu~

Saya pernah tanya kat dia masa kat hospital hari tu. Apa perasaan dia masa nurse panggil masuk labour room untuk sign semua agreement tu? Apa perasaaan dia tengok saya masa tu? Iyelah, masa tu saya asyik menangis je kot bile diorang prepare untuk saya ke bilik bedah.

Dia kata dia sedih jugak tengok saya, tapi dia tak tunjuklah. Masa saya kena sorong ke bilik bedah, dia diri sorang-sorang kat luar labour room tu. Menangis. Dia pun risau jugak. Maklumlah masing-masing takde experience lagi kan. Terharu dengar dia cakap camtu. Sayang jugak dia kat saya ye...hehe~

Sepanjang kat hospital, setiap hari saya diberi 2 jenis antibiotik. Setiap hari jugak saya tanya doktor bila saya boleh keluar wad. Bila anak saya boleh keluar nursery. Takut je bila doktor tu cakap yang saya kena dimonitor dulu, sebab kalau tak betul2, rahim boleh kena jangkitan kuman sebab masa bersalin hari tu doktor suspek baby berak dalam perut. Air ketuban pun dah keluar lebih 24 jam, boleh sebabkan jangkitan kuman jugak pada rahim.

Doktor tu kata lagi, kalau rahim kena jangkitan kuman, rahim boleh kena buang. Takutnya dengar. Dahlah baru anak pertama kot. Nak tak nak, kena sabarlah menghitung hari untuk keluar wad masa tu.

Sekarang ni kena survey bengkung moden atau korset yang murah tapi berkesan. Apa yang elok? Siapa ada jual?? Maklumlah sebab czer ni, saya seriau sikit nak pakai bengkung. ada gak pakai, tapi kadang2 je, tu pun tak ketat sebab takut luka tu tak elok lagi. Sekarang pun rasa sakit sikit bahagian perut tu. Hari tu hubby tolong ikatkan ketat2, pedih rasa perut ni. Takut je rasa..huhu~


Berkesan ke pakai slimming suit charcoal ni??

Tuesday, September 2, 2014

Pengalaman bersalin pertama~

Assalamualaikum~

Dah dekat sebulan dah saya selamat bersalin..huhu..sekejap je rasa, dah nak kena naik kerja balik dah awal bulan Oktober ni. Pengasuh untuk baby masih belum dicari. Risau rasa nak bagi orang jaga baby ni. Banyak kes sekarang ni kan..

Nak cerita pengalaman bersalin hari tu. Nanti bila dah 2,3 tahun nanti boleh baca balik pengalaman bersalinkan anak pertama ni kan. Saya masuk hospital Isnin pagi. Ahad pagi leonerz baru nalik semula ke Johor untuk berkerja selepas seminggu cuti raya. Kesian dia, baru balik sana, esok paginya kena balik Melaka balik. Nasib baik saya dah mintak cuti bersalin awal. Macam tahu-tahu je saya nak jimatkan cuti/ Kalau lambat keluar, sekejap je la dapat cuti pantang/

4 Ogos 2014 @ 2.30 pagi
Saya terbangun. Rasa macam ada air keluar. Tengok-tengok ada air jernih. Dengan selambanya saya pergi cari pads dan tidur balik.

4 Ogos 2014 @ 5.30 pagi
Tengok ada keluar darah sekali. Pergi bagitau mak. Mak suruh siap-siap mandi dan breakfast sebelum pergi ke hospital.

4 Ogos 2014@ 7.00 pagi
Sampai hospital. Tunggu turn doktor check.Agak lama, maklumlah hospital kerajaan, jadi orang memang ramai. Pukul 8 lebih doktor check bari 1cm bukaan. Masa tu rasa memang sangat tak selesa. Air asyik keluar aje.

4 Ogos 2014 @ 12.00 tengah hari
Doktor check bukaan lagi. Baru 1.5~2cm bukaan. Masa tu memang saya tak rasa sakit contraction. 

4 Ogos 2014@ 4.00 petang
Saya diarahkan masuk labour room & diberi ubat induce. Lepas dah dimasukkan ubat terus rasa contraction. Start pukul 6.00 petang contraction makin kuat. 

4 Ogos @ 8.00 malam
Doktor check bukaan. Masih 2 cm. Saya diberitahu saya mungkin akan kena caeser sebab dah lebih 12 jam air keluar. Contraction dah semakin kuat masa tu. Setiap 5 minit akan terasa. Masa terasa tu rasa memang sakit sangat. Itu baru 2,3 cm. Kalau 10cm sakit dia macam mana pulak tu?

4 Ogos 2014 @ 12.00 malam
Doktor datang check lagi. Bukaan baru 3 cm. Masa tu saya dah start rasa down. Sakit dari petang, tapi jalan tak bukak-bukak. Bila dengar doktor kata kena bedah lagi la saya rasa takut. Saya tak nak bedah. Masa tu rasa takut. Dengan keadaan bilik tu yang sejuk & keseorangan sebab suami tak boleh masuk sampai bukaan 9cm. Rasa macam tak nak bersalin kat sini lagi masa tu. Hospital lain 4 cm suami dah boleh masuk dah kan..

5 Ogos 2014@ 2.00 pagi
Doktor masuk check lagi. Bukaan masih sama. Doktor suspek baby dah berak dalam perut. Dia terus arahkan doktor dan nurse prepare untuk emergency operation. Nurse start masukkan catherer, bagi ubat untuk neutralkan asid dalam perut dan tanya suami ada mana. Masa tu rasa sangat-sangat frust. Saya dah start nangis. Dengan rasa sakit contraction & takut kena bedah saya memang tak tahu nak fikir apa dah. Masa tu terfikir, kalau kena bedah, baik diorang bedah awal-awal tadi lagi. Tak payah saya nak tahan sakit contraction ni, tapi takde hasil..huhu..masa tu memang emosi sangat.

Pastu saya nampak suami saya masuk labour room. Muka dia mamai, tengah tidur kot masa nurse tu panggil. Doktor explain semua kat dia dan mintak dia sign macam-macam borang. Saya pun disuruh sign beberapa borang. Tak sempat bak baca pun, main sign je semua. Masa tu mata dah kabur dengan air mata. Tengok suami pun sayu je rasa.

Lepas dah tukar baju semua, saya ditolak ke dewan operation. Bilik operation tu sangat sejuk. Sebelum ditolak masuk ke bilik bedah, saya sempat salam suami. Dia sempat cuit hidung saya. Dia bagi semangat, cakap semua akan ok je. Lagi rasa nak menangis masa tu. Badan pun menggigil-gigil sangat masa tu.  

5 Ogos 2014 @ 2.40 pagi
Baby selamat dikeluarkan. lepas tunjuk kat saya jantina baby, baby terus disorong ke nursery sebab takut ada jangkitan kuman. Lepas tu tunggu luka bedah dijahit dan ditampal semula. Masa pembedahan tu saya hanya dibius separuh badan. Memang rasa takut gak, sebab dengar ada kes yang bius dia tak cukup lah, boleh rasa kena potong lah perut tu dan macam-macam lagi lah. Lama jugak dia nak jahit dan tampal semula.

Lepas tu, dalam pukul 5 lebih pagi, saya dihantar semula ke wad bersalin dan tunggu katil kosong. Lama jugak nak tunggu katil kosong tu. Pukul 8~9 pagi kot baru saya dapat masuk wad. Terbaring aje masa tu. Kepala rasa pening kesan dari ubat bius. Beberapa kali jugak muntah. Nak pergi nursery tengok baby sendiri pun tak boleh sebab tak boleh nak bangun dari wheelchair. Pastu boleh termuntah lagi pulak tu tengah jalan. Kepala rasa pening sangat.

Rasa sedih jugak tak dapat tengok baby, bagi susu. Suami mms aje gambar baby sebab dia boleh masuk nursery. Kesian kat baby masa tu sebab jauh dari saya. Tiga hari jugak baby kena tahan kat nursery. Hari ke-2 dan ke-3 saya kat hospital tu memang asyik hilang je dari wad sebab pergi tengok baby. Masa tu dah tak rasa pening-pening lagi dah. Beberapa kali nurse marah sebab lama sangat pergi nursery, diorang nak bagi ubat & makan susah. Suami pun kena sound jugak sebab dia yang tukang tolak wheelchair..hehe. Anak sendiri kot, mana boleh jumpa sekejap-sekejap. Kesian dia takde orang layang kat nursery tu.

7 Ogos 2014, baby boleh keluar dah dari nursery. Petang tu nurse hantar ke katil saya. Masa tu rasa happy sangat, sebab baby akan sentiasa ada dekat dengan saya. Cuma masa tu risau, saya fikir boleh ke saya jaga baby ni. Anak pertama kan, manalah tahu nak jaga camne. Masa tu lak sorang-sorang je. Family boleh datang time waktu melawat aje.

Lima hari saya kena tahan dekat hospital. Akhirnya, 8 Ogos 2014 petang tu saya dah boleh balik. Nasib baik ada leonerz. Dia amik cuti seminggu lagi masa tu. Dia yang ulang-alik ke hospital jenguk saya. Pagi, petang, malam. Dia tak bosan datang selama 5 hari saya kena tahan kat wad. Kena sound dengan nurse & guard perkara biasa dah masa tu. Sebab selalu lebih masa melawat dia duk teman saya..huhu~

Sekarang ni nak pantang cara caeser pun saya tak pasti. Baca ni lain, baca tu lain. Orang ni pulak cakap lain, orang tu pulak cakap lain. mana satu nak ikut pun saya keliru. Susahlah nak dapatkan shape balik kalau bersalin caeser ni. Ramai yang cakap camtu. Luka dalam pu saya baca amik masa 6 bulan ke 12 bulan untuk baik sepenuhnya. Tak boleh angkat barang berat, tak boleh buat sit up. Dulu berangan nak buat sit up lepas bersalin untuk dapatkan perut kempis balik. sekarang tinggal harapan aje lah.Pasni kena usaha kuat untuk turunkan berat badan. Ada lagi 4 kg untuk ke berat sebelum mengandung. Tapi perut ni nak dapatkan kempis balik cam susah je..huhu~

Pasni 3 tahun lah kena tunggu kalau nak anak no. 2. Nurse dengan doktor asyik suruh amik perancang kelaurga aje. Pastu asyik takutkan kalau mengandung awal, rahim boleh pecah dan macam-macam lagilah. Perancang keluarga apa yang paling baik? Pil atau injection? 

Trauma gak bila fikir-fikirkan pengalaman bersalin ni. Dahla suami takde kat sisi. Serius lepas ni kena consider hospital lain pulak kot..huhu~

Sunday, August 17, 2014

Setahun sudah~


Assalamualaikum~

Hari ni. 17 Ogos 2014, genaplah setahun usia perkahwinan saya dengan leonerz. Sekejap je masa berlalu. Untuk anniversary yang pertama ni kami tak boleh nak celebrate sangat. Maklumlah tengah dalam pantang dah ni. Untuk makluman, saya dah bersalin pada 5 Ogos 2014 yang lepas. Kiranya hadiah anniversary kami adalah baby baru ni je la~ :)

Dalam masa setahun, tak banyak lagi ujian dan dugaan yang kami kena tempuh. Akan datang ni pasti lagi banyak dugaan akan datang. Lagi-lagi dengan baby baru ni. Kami yang takde pengalaman ada anak ni mesti terkial-kial gak nak jaga. Sekarang ni nak mandikan baby saya pun saya tak lepas lagi. Tak berani nak pegang lagi. Takut..

Saya bersalin cara caeser. Dugaan rasanya masa bersalin tu. Tak pernah expect untuk bedah. Memang moral rasa down sangat masa tu. Rasa macam nak buat satu entri cerita pengalaman dan perasaan masa tu. Nampaknya lepas ni lambat lagilah baby ni nak ada adik. Bahaya kalau orang yang caeser ni nak ada anak -lagi dalam masa terdekat. Tolong doakan semuanya ok-ok saja ye :)

Siapa yang ada tips cara berpantang untuk caeser? Susah jugak nak jaga badan kalau caeser ni ye..huhu~~


Sunday, June 22, 2014

Weeks 33: Kelas antenatal~


Assalamualaikum~

Lama tak mengupdate dan berblogwalking sekarang ni. Kat ofis je rajin nak bukak-bukak blog, tapi tak boleh nak sign in bloggers sebab dah kena block. Waktu rehat pun same je..huhu..nasib badan la..company suruh kerja every seconds di tempat kerja. Mohon maaf pada yang rajin datang ke sini, tapi saya tak sempat lagi berbalas kunjungan tu. Insya'Allah slow-slow ye :)

Semalam, 21 Jun 2014, saya dan leonerz pergi menghadiri kelas antenatal di Presint 11, Putrajaya. Kelas tu saya rasa under Hospital Putrajaya jugak kot sebab leonerz call hospital tu untuk kelas ni. Tapi, kalau ikut penerangan sister semalam, kelas ni under NGO. Bayaran boleh tahan agak mahal jugak, RM120 per pasangan.

Dahlah tengah-tengah bulan. Memang kena korek-korek lah simpanan..huhu. Takpelah, nak menuntut ilmu ni tak leh nak berkira sangatkan. Bila datang kelas semalam macam-macam diajar. Banyak jugak ilmu yang kita leh dapat kat sana.

Kelas tu bermula dari jam 8.00 pagi untuk pendaftaran dan start ceramah jam 8.30 pagi. Tapi disebabkan penceramah sesat jalan dekat kul 9jugak lah baru start. Rugi masa sikit kat situ..huhu. Masa pendaftaran, dapat barang-barang kat bawah ni. Dia bagi satu paper bag setiap pasangan. Dalam tu ada towel baby, pamplet-pamplet berkaitan, majalah, tester suppliment untuk ibu mengandung, air mineral dan roti untuk 2 orang. 


Banyak gak dapat tester suppliment tu. Tapi nak makan? Tak larat dah, banyak sangat pil-pil kena telan sekarang ni sebab hB rendah. Ada jugak hari yang miss makan. Apa nak jadilah kat saya ni. Kesian baby dalam perut ni. Sikit aje lagi mak keluar dah..hehe..

Dapat calcium, iberet dengan obimin pluz~

Kelas habis dalam jam 6 petang jugaklah. Penat gak rasa semalam. Balik-balik, beli tiket bas leonerz dan terus balik je. Tak larat rasa. Cerita pasal tiket bas leonerz, ada gak citer lain. Semua tahu kan Johor kerja hari Ahad. Semalam leonerz sementara leonerz nak beli tiket balik malam semalam, saya singgah surau dulu. Lepas dah beli tiket tu, leonerz mengadu lapar. Mintak saya masak makan malam untuk malam semalam. 

Saya tanya tiket bas pukul berapa, dia jawab pukul 9. Pastu datanglah rasa sayu nak kena tinggal seminggu lagi, saya tak laratlah nak masak kelam-kabut. Mana sempat nak masak lagi kalau bas kul 9 malam. Masa tu air mata dah bertakung..huhu~

Leonerz cakap sempat je, ada 2 jam lagi untuk saya masak sebelum naik bas. Bila saya dah start nak buat drama, baru leonerz bagitau bas dia kul 9 pagi esoknya. Suka sangat kenakan saya :'( ...tapi kesian jugak leonerz, selalu sanggup ikutkan kehendak saya ni. Terima kasih banyak2 pada leonerz yang sentiasa sabar walaupun kerja berlambak-lambak..pengorbananmu dikenang..huhu~

Dah hepi, baliklah dengan tenang kononnya nak masaklah untuk leonerz. Last-last, pas solat maghrib, leonerz terbongkang, saya pun ikut sekali. Pukul 10 lebih malam leonerz kejut tanya dah masak ke belum. Saya kalau dah tido memang malas je nak bangun balik. Tapi sebab panas sangat cuaca malam tadi saya pergilah baring kat depan sementara leonerz tolong siangkan ikan nak masak sebab saya suruh dia tolong siangkan dulu.

Dia dah habis siang ikan dengan mandi pun saya terlentang lagi. Malas sangat rasa. Tapi bila bukak mata balik, tengok leonerz duduk mengadap depan pintu peti ais, kesian la pulak tengok. Dengan muka mengantuk saya pergilah dapur nak masak. Sekali dia pandang pelik pulak, cakap tak payah. Dia tanya saya lapar ke tak. Masa tu adalah lapar sikit. 

Akhirnya, malam tu yang memasak adalah leonerz..huhu..dia yang masak nasi, goreng telur dadar dengan goreng ikan tengah-tengah malam. Saya masak sayur je. Macam manalah jadi isteri saya ni. 'Nasib baik ada baby dalam perut tu. Kalau tak nak kena marah, mengandunglah selalu.' jawab leonerz bila saya tanya dia marah ke tak..huhu~

Hari ni dah tak dapat tengok lagi muka leonerz, Kena tunggu lagi seminggu. Tak bestnye :( Baby jela yang ada temankan ibu dia ni~

Entri kali ni macam terpanjang sangat pulak. Maklumlah jarang dapat tulis dalam blog ni. Sekali ada peluang, keluarkan semua~

Tak sabar nak tunggi hari Jumaat balik~ :)



Sunday, May 25, 2014

Weeks 29 sudah~


Assalamualaikum~

Pejam celik pejam celik, kejap je dah nak masuk minggu ke 30..huhu. Tak sabarnya nak tengok baby ni keluar.  Berat pun sekarang ni makin bertambah-tambah. Masa 2,3 bulan mengandung hari tu berat statik je sampai kena tulis warna merah. Masuk bulan 5, 5 kg naik terus. Tapi macam takdelah rasa gemuk sangat. Mungkin kat bahagian-bahagian tertentu je kot naik? huhu~

Barang-barang pun rasa-rasanya dah hampir-hampir lengkap dah yang penting-penting tu. Nasib baik ada yang baik hati tolong sponsor sikit-sikit..hehe..Alhamdulillah..murah rezeki baby~ :)

Sekarang ni tinggal nak basuh baju baby dengan sterilize je botol-botol baby. Antara checklist saya:

Barang baby:
1. Baju baby 
2. Sarung tangan & sarung kaki baby
3. Wet tissue
4. Bath tub
5. Pampers
6. Napkin
7. Sapu tangan
8. Cotton bud
9. Nail clipper
10. Nasal aspirator
11. Kelambu
12. Diaper changing mat
13. Selimut
14. Towel baby
15. Barang-barang mandian baby
16. Bedak
17. Losyen
18. Botol susu
19. Tilam & bantal baby
20. Baby carrier

Barang ibunya:
1. Breast pump
2. Kain bengkung
3. Set berpantang (ni tak beli lagi)
4. Orang nak mengurut (dah ada pilihan, cuma tak book lagi..huhu)

Apa lagi yang saya dah beli eh. Saya pun tak berapa nak ingat sangat. Tapi semua barang rasanya hampir complete dah. Tunggu baby keluar aje ni lepas rasa, insya'Allah. Moga semuanya dipermudahkan-Nya :)

Kadang-kadang baca blog mummy2 ni, takut gak rasa. Macam-macam pengalaman pahit manis. Ada yang minggu ke-30 pun dah bersalin. Risau pulak bila baca macam pengalaman camtu. Dahla ni first time kan, tak tahu nak expect apa. Pengalaman pun takde lagi. Harap baby sihat-sihat aje duduk dalam perut ni.

Tadi jalan-jalan kat alamanda, tak expect pun nak beli breast pump. Tapi bila kakak offer nak sponsor separuh, takkan nak tolak pulak kan...huhu..rezeki jangan ditolak. Saya plan nak beli bulan depan atau bulan 7 je breast pump tu, tp takpelah. Skang pun dah 7 bulan lebih mengandung. Ok kot kan? Lagipun takut nak dekat akhir-akhir nanti banyak lak duit nak guna. Breast pump bukannya murah, sebab saya nak yang double nya senang kalau dah start kerja nanti. 

Jenama Unimom sebab ni ada pakej. Beli kat mothercare~

Lebih kurang camnilah pakej yg saya beli tu~

Dalam pakej tu ada breast pump, switch kit untuk tukar ke manual pump, botol susu (7 bijik), puting susu (2 bijik), cooler bag dengan cooler pack. Berbaloi la dengan harga. Sebelum ni saya survey jenama autumnz dengan trueeluv je harga camtu. Tapi motor dia cam berat sikitlah. Takpelah, orang nak blanje mana boleh nak demand-demand sangat kan~ :)

Seronok rasa bila tengok baju-baju baby, tapi tak leh nak beli banyak sangat sebab baby tak kuar lagi. Tak tahu saiz dia camne, cepat membesar ke kan. Rugi lak kalau beli banyak sangat. Dah lama tak pergi scan 4D, tak sabar nak balik Melaka scan lagi. Mungkin lagi 2 minggu kot leh scan. Tak sabar nak tengok muka dia dah jadi camne lak. Orang kata sekarang ni lemak-lemak akan semakin bertambah dan pertumbuhan dia dah hampir complete dah~ :)

Doakan semuanya berjalan lancar dan proses bersalin saya nanti dipermudahkan ye. Takut gak nak bersalin ni sebenarnya. Macam-macam citer baca & dengar..huhu~ :)





Sunday, April 27, 2014

Pureen Clearance Stock at Shah Alam~


Assalamualaikum~

Hari ni baru dapat  peluang untuk buka blog. Nasib baik internet kat rumah hari ni okay aje.Sekarang ni kat ofis memang dah tak boleh nak buka blog dah. Bahagian IT dah semakin strict, semua website yang kite buka dia boleh detect. Wifi ofis sekarang ni dah block macam-macam. Whatsapp pun dah tak leh nak guna wifi dah skang ni. Komen kat blog pun tak tak boleh. Sebelum ni facebook aje kena block..huhu..redha je la sekarang ni. Pemerintahan kuku besi dari management..huhu~

Berbalik pada tajuk kali ni, untuk pengetahuan ibu-ibu dan bakal ibu-ibu kat luar sana, semalam dan hari ni ada Pureen warehouse sale di Shah Alam. Siapa yang rasa nak borong barang Pureen banyak-banyak tu pergilah ye, jangan lepaskan peluang ni. Sampai pukul 6 petang aje kalau tak silap saya. 


Saya dan leonerz memang dah lama plan nak pergi tengok clearance sale ni. Maklumlah, selama ni memang tak pernah pun pergi ke warehouse sale. Ni first time kot. Dia buka pukul 10 pagi, tapi masa kitorang sampai semalam dah pukul 10 lebih. Rasa 10 lebih tu macam awal aje lagi, tapi bila sampai aje sana kereta berderet-deret. Jem teruk. Nak parking pun kena parking jauh..huhu~

Rasanya kalau nak pergi sale macam ni kena tunggu depan pintu sebelum dia buka lagi kot. Sampai-sampai sana aje, orang bersesak-sesak. Mula-mula masuk, rasa orang berhimpit-himpit. Laki perempuan semua berebut-rebut nak beli barang. Tak sampai 5 minit, leonerz suruh keluar balik. Kitorang duk luar pagar jap makan aiskrim. Bila tengok orang dah kurang sikit, leonerz pun masuklah. Dia suruh saya tunggu luar aje, tak nak saya berhimpit-himpit dengan orang ramai kat dalam tu.

Rasa tak puas hati pun ada sebab tak dapat nak pilih barang-barang yang saya nak. Tapi, nak buat macam mana, terpaksalah mengikut arahan. Lepas dah amik macam-macam barang, dia pergi kat saya dan bagi saya bakul tu suruh pilih nak yang mana. Banyak baju newborn yang dah takde. Saya tengok kiri kanan, ramai akak-akak yang amik satu bundle baju terus pastu pilih kat tepi. Sambil tunggu leonerz pergi shopping lagi, saya pun joinlah akak-akak tu. Tengok baju mana yang dia tak nak tu, saya amiklah. Banyak sangat baju-baju yang diorang amik, tapi last-last letak tepi je. Kesian orang-orang macam saya yang tak jumpa baju. Semua dah habis diangkut oleh diorang. 

Agaknya macam ni lah cara untuk beli belah di warehouse sale ni kot. Cuaca masa tu dah la panas, takde aircond. Kipas pun tak banyak. Orang bersesak-sesak. Rasa macam tak berbaloi je pergi. Seksa rasa..huhu. Kitorang tak amik banyak sebab tak leh nak jalan sangat dalam tu. Oleh sebab leonerz pun dah malas nak merempuh orang ramai, dia ajak pergi bayar barang-barang yang kami dah amik. 

Dalam pukul 12 kot kitorang beratur, pukul 2 gak baru dapat bayar. Sejam lebih beratur untuk bayar sahaja. Masa beratur tu pun orang bersesak-sesak. Line pun tak nampak. Rasa macam nak pengsan pun ada, nasib baik kitorang line tepi. Saya dah duduk atas bakul dah masa tu. Rasa macam nak pitam aje. 

Total yang kitorang kena agak mahal gak lah. Maklumlah main amik je semua benda, tak leh nak fikir sangat dalam keadaan bersesak-sesak tu. Rasa rugilah pulak tak survey harga betul-betul, main amik aje. Tapi, dalam keadaan macam tu memang tak leh nak fikir dah. 

Lepas ni tak tahulah larat lagi ke tak nak pergi warehouse sale ni. Seksa sangat rasa. Petang tu dapat tahu kat SACC pun ada expo mom and baby, alang-alang kat sana kitorang pun pergi lah. Sini bersesak-sesak gak, tapi ok lagilah sebab dalam aircond..huhu. Bagi saya barang kat SACC ni macam lebih kurang harga kat luar aje. Sape yang nak pergi terjah tu, pergilah hari ni ye. Tak pastilah dia buka sampai pukul berapa.

Itulah pengalaman pertama saya dan leonerz tempuh untuk baby kami ni..huhu..tak tahulah sanggup ke tak nak pergi lagi sale camni. Basah baju dengan peluh aje kot. Tak selesa langsung. Next time tengok lah mood camne, lagi2 mood leonerz yang tak suka bersesak-sesak tu..huhu~

Pasni kena survey breast pump la pulak. Nak beli semalam macam awal sangat je~






Tuesday, April 15, 2014

Desa Dairy Farm, Sabah~


Assalamualaikum~

Lama dah tinggal cerita pasal Sabah. Dah tak ingat dah nak cerita apa..hehe. Layan gambar je la~

Pintu gerbang masuk~

Bayaran yang dikenakan~

Laluan sepanjang nak ke sana~

Jalan kurang elok~

Produk-produk yang dijual kat sana~

Beli 2 susu je..hehe~

Padang yang cantik~

Bunga~

Anak kambing untuk diberikan susu~

Kat sana tak banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat. Bagi kambing dengan lembu makan rumput dan minum susu aje. Kesian tengok diorang kelaparan. Memang sengaja kot management buat macam tu supaya orang yang datang kesian dan keluar duit banyak-banyak untuk beli rumput dan susu untuk bagi kat kambing dengan lembu tu..huhu~

Kundasang memang best sebab cuasa dia memang nyaman. Sejuk aje. Tenang je rasa. Udara pun tak tercemar sangat~

Kalau ada peluang pergi sana lagi, memang takkan lepas lah..hehe~

Monday, April 14, 2014

Scan 4D @ 23 weeks~


Assalamualaikum~

Orang kata masa 20 minggu ke atas ni dah sesuai sangat dah nak buat scan 4D. Lagi clear nampak sebab baby still dapat pusing-pusing dan bergerak bebas dalam perut ni. Tapi masa saya pergi 3 minggu lepas, doktor tu suruh buat masa 28 weeks aje. Rasa down pulak masa tu..huhu~

Bila baca-baca blog orang lain, diorang tulis sesuai aje masa sekarang ni. Ada jugak doktor yang bagitau 20 minggu masa terbaik untuk tengok 4D baby ni. Kiranya lepas dah buat survey, satu klinik ni aje yang tak suggest buat 4D scan masa 20 minggu. 

Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi untuk tahu macam mana rupa baby kami, selepas survey bermacam-macam tempat, akhirnya kami pergi klinik An-Nur di Durian Tunggal, Melaka. Caj yang dikenakan adalah RM90 termasuk gambar dan CD. Dalam CD ada banyak gambar dan video baby semasa tengah scan~

Klinik tu tak perlu buat tempahan. Hanya perlu datang dan daftar aje. Memang senang. Tunggu pun tak lama. Doktor perempuan melayu. Memang sesuai sangat. Sebelum tu ada gak survey tempat lain area Melaka, tapi hampa je sebab satu ni takde doktor, satu lagi klinik doktor cina lelaki.

Seronok dapat tengok muka baby dan pergerakan dia. Tapi, yang tak bestnye tak nampak muka dari depan. Dia malu la nak tunjuk muka. Last-last dia tutup muka dengan dua-dua tangan..huhu. Takpelah, next time kita cuba tengok lagi ok baby~

Masa mula-mula tengok tu, kaki dia macam buat gimnastik. Dua-dua lurus ke kepala. Risau lak saya tengok sebab fleksible sangat dia ni. Doktor kata semuanya ok. Perkembangan memang ikut weeks. Minggu 23 ni lemak masih kurang lagi pada baby, jadi muka dia nampak cengkung sikitlah. 



Baby dah cukup semua sifat, cuma masih kecik lagi aje sekarang ni. Harap semuanya berjalan lancar dan baby sentiasa dalam keadaan sihat~ :)

Thursday, April 10, 2014

Interview SPA~


Assalamualaikum~

Sekejap je rasa dah nak masuk enam bulan dah baby dalam perut ni. Perut still tak nampak besar sangat lagi. Orang kata anak first, biasanya memang lambat nampak perut ni. Tak tahu lah betul ke tak tu~

Sekarang ni kat ofis, rasa malas sangat untuk bekerja. Kerja pun sekarang ni kurang sikit, buatkan saya lagi malass. Bahaya betul penyakit M ni. Rasa macam nak tukar kerja baru je. Tapi, siapalah yang nak amik orang mengandung kerja kan. Nak jadi suri rumah tak leh, rasanya kewangan masih tak stabil..huhu~

Sekarang ni kena bertahan. Bertahan sampai cuti bersalin, baru dapat cuti 2 bulan. Leh duduk lama sikit dengan leonerz..hehe. Bulan lepas ada pergi interview SPA. Harap sangat dapat. Itu dah kira 3 kali dah saya pernah pergi interview SPA. Exam pun dah 3 kali kot tak silap. Belum ada rezeki lagi. Don't give up~


Saya harap sangat dapat cepat-cepat duduk sama dengan leonerz. Duk jauh dengan cuti weekend yang tak sama ni memang sangat memenatkan dan membazirkan masa dan duit. Rasa-rasanya sebulan boleh habis lebih RM500 untuk jumpa je. Seksa rasa~

Apalah leonerz tgh buat skang ni~

Bercerita pasal interview SPA hari tu. Saya dapat ketua panel namanya Tuan Haji Sumali. Sesiapa yang dapat dengan dia, kena bersiap sedialah dengan pengetahuan ilmu agama yang tinggi okay. Antara soalan yang beliau tanya; dalam ayat mana ada disebut pasal etika kerja yang baik?, Ayat mana ada sebut pasal sabar?, Apa kaitan bidang saya minta ni dengan ayat dalam Quran? huhu..mencabar tak soklan-soklan tu? Ada satu masa tu, dia suruh terjemah lak surah yang demi masa tu. Masa tu kan tengah gelabah, manalah nak ingat sangat..huhu~

Pastu satu lagi, beliau ni akan tengok semua subjek yang kita amik dalam tanskrip tu dan kaitkan dengan penggunaan dalam kehidupan. Masa tu saya kena tanya pasal Pengenalan Kaunseling. Nasib leh jawab. Dah berapa tahun dah kot tinggal subjek tu. Saya grad pun dah dekat 4 tahun..huhu~

Ada jugak orang sebelum saya ni kena soal pasal sifat-sifat nabi. Saya masa tu orang second last masuk untuk sesi tu, setiap kali orang keluar je saya tanya soklan cepu mas ape yang ditanya. Soklan diorang macam agak susah jugak lah. Bila turn saya, saya rasa soklan teknikal masih okay lagi. Cuma sayang betul saya boleh blur pasal generasi x dengan generasi y. Tak teringat langsung pe tu..huhu. Sayang sangat. 

Untuk pengetahuan korang yang nak diinterview oleh Tuan Haji Sumali ni, masa saya diinterview oleh beliau, takde langsung soklan kenegaraan. Nasib baik..huhu..saya memang ada hafal macam-macam, tapi takde keyakinan gak kalau ditanya soklan-soklan tu~

So, sesiapa yang nak pergi interview tu, Good Luck!Doakan saya jugak okay :)





Thursday, April 3, 2014

Week 22~


Assalamualaikum~

Semalam baru lepas check up bulanan. Dahlah berat naik 5 kg, hb darah pun rendah. Semalam nurse letak satu alat untuk dengar degupan jantung baby. Memang jelas sangat jantung baby. Tak sabar nak jumpa baby ni..hehe~ :)


Semalam dengan hari ni google lah kesan-kesan kalau hb rendah. Saya copy paste kat sini ye. Saya amik kat blog ni.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Risau je baca bila dia ada tulis jantung baby boleh berhenti berfungsi kalau hb terlalu rendah. Ini sekaligus boleh menyebabkan baby meninggal dalam kandungan. Nauzubillah, mintak jauh benda-benda macam tu. Saya ada terbaca blog sorang akak ni tadi, baby meninggal 9 bulan dalam kandungan. Sedihnya baca, dah kandung 9 bulan, sifat semua dah cukup. Tapi mungkin bukan rezeki..

Saya tak suka makan ubat-ubatan ni. Jadi saya nak cari makanan ape ang boleh naikkan hb. Nak kata banyak tu, takdelah banyak sangat. Bayam, kerang, jambu batu, daging, delima pun mungkin dapat jugak membantu naikkan hb darah.

Memang sejak akhir-akhir ni saya memang selalu jugak rasa pening-pening kalau diri lama sangat. Lagi-lagi bila ada site visit. Rasa memang macam nak pitam je rase. Memang simptom-simptom anemia rupanye. Tapi, hb darah saya takdelah rendah sangat-sangat. 10.7, ok lagi kot.

Disebabkan hb rendah, saya kena pergi klinik lagi 2 minggu ni. Patutnya kalau ok, sebulan sekali je. Adoi..seksa gak macam ni. Asyik nak kena keluar ofis je nanti macam ni.

Bila google pasal hb rendah, banyak betul blog-blog yang promote shaklee. Tapi, saya tak suka la nak makan ubat banyak-banyak ni. Kalau betul-betul tak leh nak naik lagi lepas dah usaha ni, baru saya akan fikirkan kot..huhu~

Lagipun, saya mungkin salah makan kot obimin amik susu dalam masa 2 jam lepas makan. Patutnya kan tak boleh. Harap urusan mengandung dan bersalin ni dipermudahkan. Harap semuanya dalam keadaan baik-baik aje. Insya'Allah~







Tuesday, April 1, 2014

Sweet Escape~


Assalamualaikum~

Lama tak update citer terbaru. Citer Sabah pun macam tergantunglah pulak..huhu. Citer Sabah tu kita tangguhkan ke entri bila saya rajin je la ye. Laptop kat rumah tu kena format agaknya. Slow teramat loadingnye. Asyik disconnected aje.

Sebenarnya entri ni nak cerita pasal sweet escape kitorang weekend baru-baru ni. Kononnya sweet la..hehe..last week leonerz datang awal jumpa saya. Rabu malam dah sampai Putrajaya. Sesuka hati je kan tak kerja. Saya pun Khamis Jumaat tu amik cuti jugak. Apa nak jadilah dengan kitorang ni. Selalu sangat cuti sesuka hati. Dah pernah kena tegur pun, tapi dah alang-alang dapat KPI rendah, teruskan je lah kot? huhu (jangan tiru perangai ni~)

Khamis lepas saya cuti sebab family mertua datang. Husband pun suruh cuti, luangkan masa dengan family dia. Arahan suami, isteri kenalah ikutkan~ :p Jumaat tu pulak, saya ada appointment doktor dengan minum gula. Dah alang-alang setengah hari, sambung je lah satu hari terus~

Bagi saya susahlah duduk jauh dengan suami ni. Rasa nak habiskan masa dengan dia aje. Kerja semua tolak belakang. Bahaya betul macam ni selalu. Dahlah saya rasa bosan sangat dengan kerja sekarang ni. Rasa macam nak berhenti pun ada. Rasa seronok bekerja tu takde walaupun benefits ok. Kalau kerja lama dulu, saya suka kerja saya, cuma benefits kurang dan orang atasan tak sebulu aje.

Berbalik pada sweet escape kitorang tu. Nak dijadikan cerita, leonerz ajak g jenjalan. Kat rumah bahang, nak duk lama-lama pun tak selesa je rase. Dia pun ada kerja nak kena siapkan. Leonerz plan lepas Solat Jumaat nak gerak terus. Malangnya, saya ni bila dah syok tengok citer, tak siap-siap lagi. Leonerz tak puas hati, terus masuk bilik tidur. Tak jadi nak pergi escape memana..huhu~

Petang tu, dalam pukul 5 lebih petang akhirnya leonerz decide untuk jalan-jalan cari tempat yang boleh larikan diri. Cameron jauh sangat, Paya Indah Wetland tak pasti ada apa, last-last kitorang decide nak pergi Port Dickson. Bayangkan hari Jumaat, time orang balik kerja baru nak gerak. Memang lambatlah sampai~

Kitorang lalu highway je. Dalam sejam lebih sikit sampailah kitorang kat Port Dickson tu. Memang sampai-sampai hari dah gelaplah. Sepanjang perjalanan mencari hotel, jalan aje yang meriah dengan cahaya. Bangunan kebanyakannya gelap je. Rasa suram je area Port Dickson tu. Masa ni keluarlah ingatan pasal citer-citer seram Port Dickson. Risau je rasa nak cari hotel memalam ni..huhu~

First stop, Corus Hotel. Leonerz turun survey harga hotel. Harga agak mahal sebab cuti sekolah. So, kitorang decide nak survey lagi. Masa nak gerak tu, ada abang tu tahan, tanya nak sewa tak apartment sebelah Corus Hotel tu. Apartement 2 bilik, tak silap. Leonerz cakap nak tengok dulu. Saya ikut sekali sebab bosanlah nak tunggu sorang-sorang, gelap-gelap kat kereta kan~

Abang tu bawa kitorang pergi L4 kot tak silap. Balkoni bilik tu betul-betul mengadap laut. Rasa angin laut sepoi-sepoi bahasa je. Aircond, astro semua ada. Tapi, bagi saya apartment tu terlalu besar untuk kami yang duduk berdua aje. Kitorang decide untuk survey lagi~

On the way, jumpa satu lagi apartment belah kiri. Nampak meriah dengan lampu. Kolam renang pun ada, tp tengok air dia cam warna kehijauan aje. Mungkin sebab malam kot. Leonerz jumpa pak guard kat sana, tanya bilik kosong. Kitorang ikut aje pak cik tu, tengok bilik. Naik lif ke tingkat atas, sunyi sepi je bila sampai level kitorang tu. Nampak banyak bilik seminar kosong. Toilet awam yang gelap. Pintu bilik pulak mengadap hutan-hutan. Sangat-sangat sunyi~

Bilik tu sama macam apartment sebelum ni. Terlalu besar untuk kami berdua. Saya tak nak leonerz hilang dari pandangan kecuali bila dia ke bilik air..huhu~

So, kitorang decide untuk survey lagi. Masa turun lif tu, pak cik pergi bukak cerita pulak pasal hotel-hotel yang kena elakkan kalau datang Port Dickson, lagi-lagi kitorang ni datang berdua aje. Dia ingat kitorang ni bukan suami isteri kot. Banyak gak dia cerita.Naik bulu roma ni, dahlah kawasan level tu sunyi sepi je. Timing pak cik ni memang tak sesuai betullah~

Hotel yang ada dalam citer dia, kitorang ada pergi tadi. Seram sejuk je dengar. Tu yang popular, yang tak popular hotel ape la pulak tu. Saya tak ingat semua nama hotel tu, corus, sunshine, marina, mayang sari, ada lagi satu tak ingat. Adoi, dahlah cari hotel memalam, kawasan sekitar manalah nampak sangat kan. Last-last kitorang decide pergi Hotel Seri Malaysia aje. Nasib baik ada bilik kosong lagi, tapi katil single 2. Bilik tu aje yang tinggal. Leonerz pun malas nak cari lagi, jadi kitorang amik ajelah. Yang ni saya puas hati lah. Kecik je bilik dia, leonerz sentiasa dalam pandangan..huhu~

Hotel Seri Malaysia~

Malam kat Pantai Port Dickson memang meriah. Ramai orang. Kitorang duk lepak kat sana makan steamboat dengan coconut shake. Memang best, macam candle light dinner je, tp duk atas pasir aje la..huhu~ :p

Balik tu leonerz dipaksa untuk siapkan kerja dia. Memang tu tujuan utama untuk escape ni..huhu. Best je rase tidur dalam bilik hotel~

Esoknya pergi pantai lagi, yang ni pantai lain, banyak kedai-kedai makan. Memang sedap coconut shake dengan char kuew tiow dia. Kerang bakar pun terbaik, sebab bersih dia cuci~

Lepas dah puas makan, gerak balik ke tempat asal semula. Panjang jugak entri ni kan. Terima kasih sudi baca~ :)


P/S: On the way balik, tak nampak lak apartment yang pak cik guard tu. Entah wujud ke tak apartment tu..huhu~ :p









Wednesday, March 26, 2014

Iklan: Marine Essence Beauty Bar (SK) ~


Assalamualaikum~

Hari ni nak buat entry iklan. Harap maaf kalau rasa bosan. :)

Saya tak pasti korang pernah dengar ke tak pasal sabun ni. Orang kata nama popular dia SK/ Sabun ketiak..huhu~

Kenapa orang panggil SK?

Sebabnya sabun ni dapat mencerahkan daki-daki hitam yang bertepek kat badan kita ni. Kat bahagian ketiak tu, celah-celah peha, belakang leher, dan mana-mana tempat yang rasa2 ada banyak daki kental tu la..hehe~

Saya dah cuba, sabun dia memang wangi. Lepas mandi semerbak bau bilik air tu. Sabun ni memang terbukti tak mengeringkan kulit. Ada kawan saya tengah mengandung, gatal-gatal kat perut sebab stretch mark pun puas hati pakai. Dia kata kurang gatal dah lepas pakai sabun ni. Parut tu pun makin kurang~ 

Kalau mandi pakai sabun ni, tak payah pakai deodorant dah. Jimat tak? hehe~

Nak tau apa kandungan sabun ni? Tengok gambar bawah ni:

gambar dari google je~

Jangan risau sabun ni memqng 100% dari bahan organik. Diorang pernah buat test, bakar 2 jenis sabun. Sabun pasaran biasa terbakar hitam lepas dibakar, tapi sabun ni masih warna hijau. Bila sejuk balik, dia jadi ketul semula dan boleh digunakan balik~


 Nampak tak beza 2 sabun yang dibakar kat atas tu? Memang nampak beza kan? Sabun biasa bau hangit bila dibakar, tapi sabun SK ni bau wangi macam sabun tu je, takde bau hangit.


Boleh baca sendiri kandungan sabun dan fungsi-fungsi dia kat atas ni. Sabun ni pun berdaftar dengan KKM, saya tak ingatlah MAL No. dia..huhu~

Banyak sangat kelebihan sabun ni kan? Jadi apa lagi? Jom cuba dan rasa sendiri..hehe~ :)

Sabun ni dijual dalam kotak. Dalam satu kotak ada 3 ketul. Satu ketul boleh tahan sebulan lebih. Tapi kalau mandi 3,4 kali sehari cepatlah habis..huhu~ 

Harga 1 kotak: RM 105 (harga boleh nego lagi~)