Assalamualaikum~
Hari ni baru dapat peluang untuk buka blog. Nasib baik internet kat rumah hari ni okay aje.Sekarang ni kat ofis memang dah tak boleh nak buka blog dah. Bahagian IT dah semakin strict, semua website yang kite buka dia boleh detect. Wifi ofis sekarang ni dah block macam-macam. Whatsapp pun dah tak leh nak guna wifi dah skang ni. Komen kat blog pun tak tak boleh. Sebelum ni facebook aje kena block..huhu..redha je la sekarang ni. Pemerintahan kuku besi dari management..huhu~
Berbalik pada tajuk kali ni, untuk pengetahuan ibu-ibu dan bakal ibu-ibu kat luar sana, semalam dan hari ni ada Pureen warehouse sale di Shah Alam. Siapa yang rasa nak borong barang Pureen banyak-banyak tu pergilah ye, jangan lepaskan peluang ni. Sampai pukul 6 petang aje kalau tak silap saya.
Saya dan leonerz memang dah lama plan nak pergi tengok clearance sale ni. Maklumlah, selama ni memang tak pernah pun pergi ke warehouse sale. Ni first time kot. Dia buka pukul 10 pagi, tapi masa kitorang sampai semalam dah pukul 10 lebih. Rasa 10 lebih tu macam awal aje lagi, tapi bila sampai aje sana kereta berderet-deret. Jem teruk. Nak parking pun kena parking jauh..huhu~
Rasanya kalau nak pergi sale macam ni kena tunggu depan pintu sebelum dia buka lagi kot. Sampai-sampai sana aje, orang bersesak-sesak. Mula-mula masuk, rasa orang berhimpit-himpit. Laki perempuan semua berebut-rebut nak beli barang. Tak sampai 5 minit, leonerz suruh keluar balik. Kitorang duk luar pagar jap makan aiskrim. Bila tengok orang dah kurang sikit, leonerz pun masuklah. Dia suruh saya tunggu luar aje, tak nak saya berhimpit-himpit dengan orang ramai kat dalam tu.
Rasa tak puas hati pun ada sebab tak dapat nak pilih barang-barang yang saya nak. Tapi, nak buat macam mana, terpaksalah mengikut arahan. Lepas dah amik macam-macam barang, dia pergi kat saya dan bagi saya bakul tu suruh pilih nak yang mana. Banyak baju newborn yang dah takde. Saya tengok kiri kanan, ramai akak-akak yang amik satu bundle baju terus pastu pilih kat tepi. Sambil tunggu leonerz pergi shopping lagi, saya pun joinlah akak-akak tu. Tengok baju mana yang dia tak nak tu, saya amiklah. Banyak sangat baju-baju yang diorang amik, tapi last-last letak tepi je. Kesian orang-orang macam saya yang tak jumpa baju. Semua dah habis diangkut oleh diorang.
Agaknya macam ni lah cara untuk beli belah di warehouse sale ni kot. Cuaca masa tu dah la panas, takde aircond. Kipas pun tak banyak. Orang bersesak-sesak. Rasa macam tak berbaloi je pergi. Seksa rasa..huhu. Kitorang tak amik banyak sebab tak leh nak jalan sangat dalam tu. Oleh sebab leonerz pun dah malas nak merempuh orang ramai, dia ajak pergi bayar barang-barang yang kami dah amik.
Dalam pukul 12 kot kitorang beratur, pukul 2 gak baru dapat bayar. Sejam lebih beratur untuk bayar sahaja. Masa beratur tu pun orang bersesak-sesak. Line pun tak nampak. Rasa macam nak pengsan pun ada, nasib baik kitorang line tepi. Saya dah duduk atas bakul dah masa tu. Rasa macam nak pitam aje.
Total yang kitorang kena agak mahal gak lah. Maklumlah main amik je semua benda, tak leh nak fikir sangat dalam keadaan bersesak-sesak tu. Rasa rugilah pulak tak survey harga betul-betul, main amik aje. Tapi, dalam keadaan macam tu memang tak leh nak fikir dah.
Lepas ni tak tahulah larat lagi ke tak nak pergi warehouse sale ni. Seksa sangat rasa. Petang tu dapat tahu kat SACC pun ada expo mom and baby, alang-alang kat sana kitorang pun pergi lah. Sini bersesak-sesak gak, tapi ok lagilah sebab dalam aircond..huhu. Bagi saya barang kat SACC ni macam lebih kurang harga kat luar aje. Sape yang nak pergi terjah tu, pergilah hari ni ye. Tak pastilah dia buka sampai pukul berapa.
Itulah pengalaman pertama saya dan leonerz tempuh untuk baby kami ni..huhu..tak tahulah sanggup ke tak nak pergi lagi sale camni. Basah baju dengan peluh aje kot. Tak selesa langsung. Next time tengok lah mood camne, lagi2 mood leonerz yang tak suka bersesak-sesak tu..huhu~
Pasni kena survey breast pump la pulak. Nak beli semalam macam awal sangat je~