Wednesday, February 29, 2012

#9 Wordless Wednesday~

Assalamualaikum..


Comel je tengok kartun ni..mendalam tu maksud dia~~


Sumber: SINI

P/S: Jom bagi sumbangan kat SINI dan SINI~ thanx :D

Ini bukan Wordless, ini adalah novel~~ :p

Assalamualaikum...

Korang pernah tengok tak kawan-kawan atau orang-orang disekeliling korang yang tengah hangat bercinta? Mesti salah satu dari pasangan yang korang tengok tu pernah ada ex atau dalam bahasa melayu dia bekas kekasih kan?

Pernah tak korang tengok bekas kekasih tu baik dan rapat giler-giler dengan family si polan ni lepas dah putus? Lepas tu tidur rumah family si polan ni? Bila bekas kekasih dia tu nak balik, si polan ni pergi hantar bekas kekasih dia ke bus stop untuk tunggu bas sebab bekas kekasih si polan tu duk jauh. Jadi kenalah naik bas ekspress. Pergi berdua je, pukul 11.30 malam. 

Kalau korang adalah kekasih si polan tu, apa yang korang rasa? Saya rasa cemburu adalah perkara biasa kan? Ada ke yang tak rasa cemburu? Kalau tak cemburu tu, saya rasa memang pelik sangatlah. Lebih-lebih lagi bila sepanjang si polan tu hantar dan teman bekas kekasih dia tu, sekali pun dia tak pernah mesej atau call korang.

"Someone Like You"


I heard that you're settled down

That you found a girl and you're married now.

I heard that your dreams came true.

Guess she gave you things I didn't give to you.



Old friend, why are you so shy?

Ain't like you to hold back or hide from the light.



I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.

I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Lirik ni saya copy dari NiaLidia.

Kalau tengok lirik dia, semua mesti tau ni mestilah dari bekas kekasih seseorang tu yang tak dapat melupakan bekas kekasih dia ni kan? Belit-belit pulak ayat ni. Faham tak? huhu~~

Saya terjumpa lirik lagu ni tadi, dan saya cuba untuk memahami perasaan seorang ex. Kenapa saya tetiba nak cuba memahami? Itu rahsia~~~ :p

Saya sebenarnya nak cuba faham kenapa seorang ex tu boleh datang tidur kat rumah ex dia ni. Saya nak cuba faham kenapa lepas 4 tahun dia still tak leh lepaskan ex dia ni. Musykil~~

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.

I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded

That for me it isn't over.


Mungkinkah dia berharap ex dia ni akan berubah hati semula apabila melihat dia? Dalam pada masa yang sama dia cuba untuk menarik semula perhatian ex dia ni?

Mungkin juga kan? Kalau tak, takkan dia sanggup naik bas berjam-jam untuk pergi ke rumah ex dia ni? Adakah alasan rindukan mak ex dia tu sesuai digunakan sebagai alasan? 

Saya seboleh-bolehnya tak nak berfikir secara negatif, tapi saya ni manusia yang lemah. I'll try to think positive. Any ideas why she did that?

Sebenarnyakan, kalau dia baru putus dalam setahun, mungkin kita boleh terima kenapa dia buat macam tu kan? Tapi kalau dah 4 tahun tu, kenapa ye? Saya betul-betul nak tau. Nak kata ex dia tu hensem, kaya, baik sangat, takde lah pulak. 

Dan, bila dia bertembung dengan ex dia, dia akan cakap, 'Minta maaf, saya tak patut datang,'

Sejak 2 tahun yang lepas, setiap kali dia datang rumah ex dia, dia selalu cakap ayat tu? Biasanya ayat ni keluar bila ex dia dan gf ex dia ni mengalami konflik disebabkan dia. Nampak sangat dia cakap, pastu dia buat balik kan? Sorry, saya ni macam marah pulak kan. Ye, dia pasti ada alasan kenapa dia buat macam tu.

Cuma, kadang-kadang saya pelik macam mana parents dia boleh lepaskan anak perempuan mereka pergi ke rumah ex dia tu. Adakah sebab dia dah jadi macam anak angkat family ex dia, dia boleh buat macam tu? Atau dia sedang berperang untuk menambat hati-hati family ex dia ni supaya mereka memaksa ex dia ni kembali kepada dia? 

Apa-apa pun, kalau ada jodoh pasti takkan kemana. Cuma kita haruslah berusaha, kan? Mungkin dia tengah berusaha cara dia. Saya pasti cara dia memang berkesan. Saya tau semua orang berpihak pada dia, kecuali ex dia tu.


if you're gonna love me, love me deeply
if you're gonna break my heart, break it all
if you're gonna care, care for me completely
if you decide to not hold me, just let me fall
if you're gonna stay, stay forever
and if you want to leave, leave it today
if you're gonna change, change for the better
if you're gonna talk, mean what you say


Ini dari Best Quote

Jadi, apa pendapat anda?

PENDAPAT SAYE=P

WE gonna change,

change for the better

WE gonna talk, mean what WE say


V(^,<)v


P/S: Entri ni dah buat lama dah. Yang last sekali tu dari Leonerz. Sibuk je~
      Sorry, ni bukan WORDLESS WEDNESDAY~~~ :p

Tuesday, February 28, 2012

Spray kereta dengan Shieldtox??


Assalamualaikum..




Kelmarin kawan saya ajak pergi Giant beli barang-barang dapur. Pas dah beli, kitorang pun pergilah kedai makan. 

Saya naik kereta kawan saya ni. Masa tengah parking kereta tu. Saya nampak lipas besar kat windscreen kereta dia. Mak lipas kot~~

Pastu saya bagitaulah kat dia. Masa tu dia dah bukak pintu nak keluar. Dia on wiper kereta untuk buang lipas tu dari windscreen

Tiba-tiba dia jerit. Saya macam dah dapat agak je apa yang jadi. Saya terus meluru keluar dari kereta dan diri jauh-jauh dari kereta tu. Dia jerit sebab lipas tu terbang pergi kat badan dia.

Saya ketawa. Kelakar la tengok kawan saya yang badan besar ni tiba-tiba menunjukkan ketakutan. Jarang nak tengok dia camtu. Hari tu ada nampak anak lipas kat kereta dia, saya bagitau dia. Dia boleh cakap,'Laa, tu pun nak geli ke?' bila saya cakap saya tak bunuh anak lipas tu.

Sekali, kelmarin kena kat dia. Kelakar betul..hehe :p

Sebelum pergi ke kedai makan tu, dia keluarkan Shieldtox dan spray satu kereta. Kat depan, belakang, bonet. Semuanyalah.

Dia kata memang kereta kena spray sebulan sekali dengan Shieldtox ni. Saya memang pelik sangat dengan kenyataan yang dia keluarkan tu.

Jadi, saya nak tanya sesiapa yang pakar. Betul ke kereta kena spray dengan Shieldtox???




P/S: Dia bukan spray guna Shieldtox, saya tak ingatlah jenama apa..huhu~

Monday, February 27, 2012

Lynas??


Assalamualaikum..

Sekarang ni tengah kecoh pasal bantahan pembinaan kilang Lynas tu kan? Perhimpunan hijau tu pun untuk bantah pembinaan kilang ni kan? 

Saya sebenarnya tak berapa faham sangat apa konsep kilang Lynas ni. Pagi tadi saya terjumpa satu artikel dari blogger ariffshah. JAdi saya nak berkongsilah dengan korang semua benda ni. Jom kita baca apakah Lynas tu~~

Tak taulah korang rajin ke tak nak baca ni..hehe..tapi kalau korang nak tau apa tu Lynas, baik korang bacalah~~

                                                                    **********

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.
Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.
 Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:
  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Video yang aku katakan tadi oleh seorang rakyat Australia yang peka terhadap isu ini. Hayati dan cuba fahami mesej yang ingin dia sampaikan:

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Tugas aku melalui blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan macam biasa. Tweetkan kepada Najib Razak. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu.

Sumber:
  1. Apa itu Lynas?
  2. National Geographic: Rare Earth Elements
                                                                 ************************

P/S: apa pendapat korang tentang isu ni?? takut lak rasa nak duk Kuantan~~

Sunday, February 26, 2012

Majlis pertunangan kawan ~


Assalamualaikum..

Semalam, lepas Zohor, seorang kawan saya telah selamat menjadi tunangan orang. Seronok~

Majlis bermula agak lambat sebab rombongan lelaki sampai agak lewat. Tapi walau apa pun, tujuan utama pergi kenduri adalah untuk makan..hehe..semalam dia sediakan nasi minyak, sedap! Memang tak makan tengah hari sebab simpan perut untuk makan kat kenduri tu. :p

Antara hantaran dari perempuan kepada lelaki.


Dapat goodies bag lagi..huhu~

Majlis dia simple aje, tapi ok lah. Saya tunang nanti mungkin takde lah goodies bag ni..jimat kos..tak elok membazir..hehe~




P/S: Mood still takde..asyik memikirkan apa yang berlaku nun jauh dari mata saya~~ :(

Saturday, February 25, 2012

Cerita Dongeng~


Kisah antara Lin dan Lan.

Saya memang suka main game kat facebook. Petang tadi saya mengadaplah facebook sambil berbual dengan dia.

'Eh, dah ada dah gambar masa kenduri sedara awak lah kat facebook ni,' ujar saya sambil membelek satu persatu gambar di dalam album itu.

'Ye ke..tak tengok lagi..'jawab dia.

Tiba-tiba sedang saya perhatikan gambar yang terakhir tu, saya ternampak kelibat seseorang di belakang.

'Ada orang jauh datang umah awk ke?'tanya saya.

'Jauh? Siapa?'tanya dia.

'Jangan tipu. Orang tu ada datang kan??' tanya saya lagi. Dia masih berlagak seperti tak tau. Akhirnya saya sebutkan nama orang itu.

Dan dia mengaku.

'Ye, dia ada datang. Saya tak tau pun dia nak datang. Malam tadi pun saya tido rumah nenek untuk elak dari dia,' dia memberikan penjelasan.

'Saya tak suka,' kata saya.

Ada ke orang yang suka bila ex bf dia datang umah bf dia?

'Nape dia datang?' tanya saya lagi.

'Mak cik saya jemput dia datang kenduri ni,' jawab dia.

'Saya, mak cik awak tak jemput pun. Nanti semua orang ingat awak nak tunang  dengan dia, bukan dengan saya. Nanti masa kenduri jangan ada yang terkejut tengok bukan dia kat pelamin sudahlah,' kata saya.

'Mak cik-mak cik awak semua tau tak awak dah lama putus dengan dia?' sambung saya lagi.

'Taulah kot. Awak pun jarang nak datang jumpa sedara-mara saya,' jawab dia.

'Takkan nak saya tidur rumah awak?? Kita pun bukan ada apa-apa ikatan. Mak saya pun tak bagi. Tak manis kot...' jawab saya tak puas hati.

'Yela..I just want you to trust me okay?' dia memujuk.

'Ntahlah...suka ati lah. Awak buat apa kat sana pun saya tak tau...'






P/S: Saya adalah Lin dan dia adalah Lan. Ni semua kisah dongeng, tiada kena mengena dengan hidup atau pun yang telah meninggal dunia~ :)


1# Road of life...

assalamualaikum..

sbg renungan bersama..

“The road of life twists and turns and no two directions are ever the same. Yet our lessons come from the journey, not the destination.”                                 by DON WILLIAMS,Jr.


Sepuluh Sebab Kenapa Doa Ditolak Allah;

1. Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya.

2. Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-quran tetapi kamu tidak amal dengannya.

4. Kamu telah menggunakan nikmat-nikmat ALLAH, tetapi kamu tidak bersyukur padanya.

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari darinya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban orang lain tetapi kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat sahabat kamu, kamu tidak pernah mengambil ikhtibar dari kematiannya.
 
"Bila Allah cepat makbulkan doamu..Maka Dia menyayangimu..Bila Dia lambat memakbulkan doamu..Maka Dia sedang mengujimu..Bila Dia tak makbulkan doamu..Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan..Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya…"
 Jom berubah ke arah kbaikan bersama-sama..
at least try than not..
...LEO...
v(^,<)V

Friday, February 24, 2012

Peringatan untuk semua~~

Assalamualaikum..

Hari ni hari Jummat, jadi nak buat entri muhasabah diri sikit..hehe~

Semalam saya tengok kat facebook, kawan kepada kawan saya meninggal. Muda lagi, awal 20-an. Saya tengok facebook dia, status dia engaged. Macam mana perasaan tunang dia tu kan? Mesti sedih sangat-sangat.

Minggu lepas, sedara ofismate saya meninggal, accident jalan raya. Dia bawak motor. Meninggal di tempat kejadian, kemungkinan besar leher dia patah dan pendarahan dalaman sebab darah keluar dari hidung ngan telinga dia. Dia bakal berkahwin pertengahan tahun ni. Macam mana perasaan korang kalau korang berada kat tempat tunang-tunang mereka?

Kalau yang dah kawin tu lagilah sedih. Ada kawan saya meninggal di highway sebab accident. Tapi tak tau accident ngan apa. Dahlah highway tu xde orang lalu sangat. Kawan dia yang lalu jalan tu jumpa mayat dia. Sebelum accident, dia sempat bagi duit untuk isteri dia pergi pasar sebab isteri dia mintak nak g beli lauk. Masa accident tu, kawan dia kata ada RM2 je dalam dompet dia. Sedih~~

Memang ajal maut semua di tangan Allah SWT, tapi kalau boleh berhati-hatilah setiap masa. Yang first tu kalau tak silap, dia meninggal sebab jatuh & koma sebab pendarahan dalaman.

Kalau korang tengoklah, penunggang motosikal yang paling senang accident maut. Kadang-kadang jatuh sikit pun dah boleh bawa maut.

Sebenarna saya just nak bagitau pada orang-orang kesayangan saya, kalau ada duit belilah kete. Tak yahlah naik motor ni. Terutama skali untuk leonerz & satu-satunya adik laki saya. Saya tak leh bayangkan kehilangan diorang. Kalau boleh tak nak bayangkan :(

Saya rasa leonerz tu dah puas kot merempit kan leonerz?? Jangan dibuat lagi benda-benda tu semua okay~~
Leonerz pun dah takde lesen motor rasanya~~

Korang pun berhati-hatilah ye. Tak kira kat jalan raya ke, kat rumah ke, kat toilet ke. Ingatlah orang yang tersayang :)



P/S: Saya try google 'berhati-hati di jalan raya' tadi, keluar banyak gambar accident yang ngeri..takut! ~

Thursday, February 23, 2012

Preparations~


Assalamualaikum..

Semalam dengan hari ni agak busy sebab banyak benda kena settlekan..tak best, tak best..sebab dah lama takde keje..hehe~

Oleh sebab hari ni keje dah boleh settle, saya curi masa untuk update blog jap. Hari tu kan saya ada citer pasal persiapan pertunangan. Jadi hari ni saya tepek gambar je lah ye. Aci tak? hehe :p (saya bukan minachi, ok~~ :p)

Gambar-gambar pun tak sempat nak edit..huhu~


Ni homestay yang RM150 satu malam tu.

Kalau korang tengok ni dan berminat, jangan nak gatal tempah 25-27 Mei tau!! Saya nak tempah tarikh tu..hehe :)

Ni homestay kat Taman Tasik Utama. RM400 satu malam, tapi memang banglo besar giler la~~

Tengok persiapan untuk hantaran saya ni. Ni pun banyak lagi tak beli..huhu~~

Ni membership card untuk kedai tu. Leh dapat 10% je diskaun. Takpelah, tahun depan leh guna lagi~



P/S: Entri simple je sebab nak cepat ni.. :)

Tuesday, February 21, 2012

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah

Assalamualaikum...


Tadi nampak cam ramai je yang join. Tengok hadiah pun cam best je..hehe..jom join! Untuk maklumat lanjut boleh klik gambar kat bawah ni~~ :)

Nak join jom klik gambar atas ni~

Nak tau ape hadiah dia??

Pertama :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
  • Uncang Cute.
Kedua :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
Ketiga :
  • Face mask from The Etude Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick

Menarik tak??? hehe~~




P/S:Jom bagi sumbangan kat sini NIKON , ZAMRI BABA , FRISO ~~ thanx :D

Monday, February 20, 2012

Tak ku sangka~~~


Assalamualaikum...

Sabtu petang pas keje ari tu balik kampung. Semalam seharian berjalan ngan family dari pagi sampai ke petang. Penat-penat~~

Ingatkan balik kampung ni nak survey-survey je dulu barang-barang untuk buat hantaran. Sekali ayah bawak satu kedai ni, dan mak ngan kakak saya borong macam-macam dari kedai tu untuk wat barang hantaran tunang saya..huhu~~~

Tak pasal-pasal habis beratus ringgit...pasrah je la. Lagipun memang untuk saya jugak kan. Tapi semalam tu pun tak habis lagi beli. Dulang hantaran tak beli lagi. Semalam ada beli bakul je untuk letak buah-buahan. Dulang saya kena beli lima je sebab lagi dua nenek saya ada.

Kelmarin mak saya call nenek saya, borak-borak. Pastu mak saya panggil saya. Dia cakap nenek saya nak sponsor wajik untuk hantaran. Mak su saya pulak nak sponsor kek ngan coklat..hehe..Alhamdulillah~~

Jimat sikit duit..huhu..baju tunang pun mak su saya nak bagi baju nikah dia dulu. Dia suh outer je kalau saiz tak sama. Tapi saiz saya ngan mak su saya lebih kurang je. Mungkin tak ada kot nak kena outer ni.

Sekarang ni saya kena kuar duit banyak untuk katering ngan khemah la. Takut tak muat rombongan dari pihak laki nak duduk nanti. Saya suh mak saya tanyakan kawan-kawan dia. Harap-harap ada la yang murah. Sape duk Melaka & tau mane-mane katering yang murah??

Semalam jalan-jalan kat Kota Fesyen Melaka, cari kain untuk baju nikah untuk buat hantaran. Sepasang laki ngan pompuan leh dapat RM198.00. Kira murah la tu kan??

Tapi budget dah abis ke hantaran la tadi. Mak saya tanya nak beli tak? Dengan kepala dah pening ngan budget yang dah lari, saya cakap kat mak saya bulan depan la pulak. 

Lambat lagi majlisnya..tak yah kelam-kabut sangat kan..semalam jalan tengok barang macamlah saya nak tunang bulan depan..huhu..homestay untuk pihak laki semuanya kitorang dah survey. Ada satu homestay ni murah kat Ayer Keroh, satu rumah teres 3 bilik ada aircond RM150.00 satu malam. Setakat ni tu yang paling murahlah.


Skang  ni tengah google nak buat hantaran bentuk camne ni..huhu~~


Harap leonerz bacalah entri ni. Semalam nak call dia tak sempat, busy sangat dia! Majuk ah!


P/S:Jom bagi sumbangan kat SINI dan SINI dan SINI..hehe..thank u soo much~~ :D

Saturday, February 18, 2012

Pernah tengok Lemonade Mouth??


Assalamualaikum....




Korang pernah tengok citer Lemonade Mouth keluaran Disney Channel? Kalau dah nama keluaran Disney Channel mesti orang yang tua-tua tak suka tengok kot kan? Saya suka tengok, jadi saya ni muda lagi la..huhu~~

Banyak part dalam movie ni yang buatkan air mata saya ni mengalir je tengok. Tengok lagu je pun leh wat air mata ni mengalir. Pagi tadi sebelum pergi keje, layan lagi, menangis lagi..hehe..Memang best lah citer ni. Mainly pasal kekeluargaan, persahabatan dan muzik~

Lagu dia pun best gak lah. Yang paling best lagu Determinate. Jom layan lagu tu..


Best tak?? Kalau tenet slow tak yah lah nak play, berkurun nak tunggu nanti..hehe~

Banyak kali tengok pun tak bosan. Serius!

Semalam saya tengok lagi satu movie ni Just Wright. Best gak..mula-mula tengok tajuk cam tak best je. Tapi bila dah tengok citer dia sampai abis, not bad lah. Mungkin sesuai untuk perempuan je kot..hehe~~


\



Citer Just Wright ni pasal pompuan gemuk yang takde pakwe sebab badan dia la. Dia minat giler ngan sukan basketball. Kesian tengok..nasib baik last-last happy ending. Player NBA lagi tu~~~


Kalau korang rajin, try lah download citer-citer kat atas ni. Memang tak rugi punya lah~


P/S: Jom bagi sumbangan kat SINI.
Kalau nak sewa court futsal KLIK SINI.
Kalau nak makan buffet roast dengan harga RM25 KLIK SINI

Tolong ye kawan-kawan semua~~ thanx :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA