Tuesday, September 25, 2012

Doakan saya~


Assalamualaikum~

Maaf dah lama tak update & bw. Sekarang ni memang ada kekangan sikit dalam berblogging ni. Sebab pertam, kat ofis saya tak leh nak bukak blog sangat, banyak keje dan laptop pun buat hal. Kat rumah pulak, laptop personal leonerz pinjam sebab laptop dia dah rosak..huhu~

Sekarang ni saya ada kat Cyberjaya, ada interview jap lagi. Ingatkan nak tumpang umah sis deqla..hehe :p

Doakan urusan interview saya tengah hari ni berjalan lancar ye~ :)

Saya dah datang dari jauh ni, xde sesapa yang duk Cyberjaya, Putrajaya ni nak belanja..hehe :p Lagi-lagi sis deqla yang mmg kerja kat Putrajaya ni kan~~~~ :p


Sabtu hari tu saya dengan leonerz pergi jenguk-jenguk apa yang ada kat karnival Nusajaya ari tu. Cuaca agak panas hari tu, jalan-jalan dengan payung aje...huhu~

Sebenarnya kitorang dah decide, kalau xde parking kat dalan, memang tak singgahlah jawabnya. Kebetulan, ada pulak parking kosong, dekat je dengan tapak karnival tu. Beli yang pek Mister Potato je..hehe. Tujuan utama sebenarnya nak pergi ke Career Carnival. Tapi, saya bawak dua je resume. Takpelah, kalau dah rezeki, adalah. Kalau takde tu, mmg takde rezekilah kan. 

Oklah, company yang nak interview tu baru je call tadi. Nak pergi siap-siap ni..hehe..doakan saya! :D




Wednesday, September 19, 2012

Sorry~


Assalamualaikum~

Minta maaf banyak-banyak sebab dah lama sangat tak update dan bw ke blog-blog korang semua. Laptop saya leonerz pinjam, jadi takde laptop dah nak digunakan sekarang ni.

Ini pun saya guna laptop company. Kalau guna laptop company ni memang tak leh nak bw sangat. Maklumlah time kerja kan. Lagi satu laptop company ni dah nazak sangat. Sikit-sikit nak mati-mati aje. Kalau bukak blog ni, jap lagi confirm matilah~

Skang ni leh bukak FB je selalu. Takpelah, nanti saya mintak bos tolong belikan laptop barulah kan, baru best nak buat kerja (kononnya lah~ :p)

Minta maaf ye..jangan buang saya dari GSF pulak..huhu~~

suka ayat ni~~



p/s: leonerz dah tukar keje kat sini gak, makin busy lah saya..hehehe~ :p

Sunday, September 9, 2012

Sebenarnya~


Assalamualaikum~

Saya rasa ramai kot yang dah tahu pasal benda ni. Terutamanya GSF..huhu~

Pada 25 Ogos 2012, saya dan leonerz dengan rasminya dan menukar status kepada tunang! Alhamdulillah..banyak rintangan yang dialami masa persiapan majlis tu. Majlis tu pun rancang last minute. Masa saya tengah busy outstation...huhu~

Kebetulan sama lak tarikh tunang saya dengan Linda~ :)

Majlis saya sangat simple. Lebih kepada open house Raya 2012. Sebenarnya,  2,3 hari sebelum tarikh tu kami hampir tak jadi bertunang. Dah macam drama lak saya rasa.

'Jadi atau tak jadi tunang, kenduri tetap ada! Cuma buat open house aje!!' mak saya mengamuk masa tu.

Kalau itu yang berlaku, memang maknanya hubungan saya dan leonerz akan berakhir di situ aje. Sebab tu adalah peluang terakhir leonerz. Masa tu memang masa yang sangat kritikal pada kami ni. Serius macam drama lak!

Alhamdulillah semuanya ok. Normallah kalau ada orang yang tak suka saya kan? Saya ni manusia biasa aje. Saya tahu ramai sedara-mara leonerz lebih mengenali ex dia yang dulu tu walaupun saya dengan leonerz dah kenal sejak 2008. Takpe..yang penting mak, ayah dan adik-adik leonerz ok je dengan saya~ :)

Tapi, tipulah kalau saya cakap saya tak terasa bila saya dah tunggu kat tepi pintu keluar untuk bersalaman, saya tak diendahkan. Takpe, insya'Allah semua akan okay. Mungkin dia tak perasan ~ :)

Saya ni manusia biasa yang banyak kelemahan. Kelemahan utama saya, saya ni bukan jenis mesra alam. Sebab tu ramai sedara leonerz baru mengenali saya pada masa kami tunang tu. Haram okay  perempuan tidur rumah lelaki yang bukan muhrim. Sebab tu diorang tak pernah jumpa saya~

Apa-apa pun, saya harap kami dapat kumpul duit cepat-cepat supaya dapat nikah cepat-cepat. Elakkan maksiat & dosa..huhu~

Doakan kami dapat melangsungkan perkahwinan dalam jangka masa awal ye. Doakan juga perjalanan kami dimudahkan~  :)





p/s: Hanya orang yang makan cili aje terasa pedasnya~ :)

Thursday, September 6, 2012

Tahu tak?


Assalamualaikum~

Kelmarin sedang saya dan leonerz berdating sambil beli barang dapur, tetiba kami didatangi seorang salesman. Dia menarik leonerz untuk mendengar tentang sesuatu promosi yang saya tak pasti apa masa tu. Leonerz dengan selambanya mengikut orang tu pergi ke booth tersebut.

Saya pandang leonerz dengan muka protes, menyampai telepati pada dia yang saya tak nak. Saya tak suka sangat salesman sebab saya selalu cair kalau dengar janji-janji manis diorang tu. Leonerz tu pun sama je..huhu~

Masa tu leonerz dah pun duduk di depan salesgirl yang lain pulak. Salesgirl tu ajak saya duduk sekali sebelah leonerz. Dengan berat hati, saya melangkah perlahan ke meja tersebut dan duduk nak tak nak je.

Sambil dengar salesgirl tu bercerita, saya asyik memandang tempat lain. Biarlah leonerz je yang layan, saya tak nak. Takut tergoda. Tapi, walaupun saya tak pandang dia, telinga saya masih dapat mendengar penerangan salesgirl tu.

Produk yang dia tengah promosikan adalah berkenaan dengan Narsqo. Korang pernah dengar tak pasal company ni??



Sekarang ni dia tengah buat promosi RM299 seumur hidup. Dapat guna kemudahan tow trak percuma, percutian dengan diskaun 30% - 70% di hotel-hotel terpilih. Saya tengok banyak gak list hotel dia tu. Pastu, kalau kete rosak 100km jauh dari rumah, leh duk hotel. Semuanya ditanggung oleh Narsqo.

Macam too good to be true kan? Tapi saya cair gak bila dia kata, 'Kita nak tolong orang Melayu kita. Orang cina kalau tahu pasal ni sanggup berhabis-habisan tau.'

Saya ni kalau dengat nak tolong-menolong ni cam lemah sikit lah. Susah-susah. Promosi tu termasuk insuran diri. Kalau nak tambah kereta ngan insuran kena tambah RM160 lagi~

Macam menarik. Leonerz pun macam berminat. Last-last bagi RM50 dulu untuk booking.

Semalam saya google berkenaan Narsqo ni. Saya jumpa banyak sangat komen negatif. Jadi, saya call hotline Narsqo tu pulak. Saya tanya dia berkenaan promosi seumur hidup RM299 ni. Dia kata yang seumur hidup tu hanya untuk pakej percutian aje.

Aik? Camne salesgirl tu cakap lain, orang hotline ni cakap lain?? Makin curiga pulak saya. Orang tu kata, pasni setiap tahun kena bayar RM220 untuk khidmat tow trak dan insuran. Tak leh pilih salah satu, kena amik dua-dia sekali. Wajib.

Makin pelik saya rasa. Kelmarin salesgirl tu cakap tak yah bayar pape pun. Cuma kalau nak insuran tu aje kena bayar RM80 je tiap tahun. Camne tu??

Ada sesapa pernah join Narsqo ni ke? Jom kongsi cerita. Saje nak survey2..saya takut gak kalau kena tipu...huhu~





p/s: Saya terjumpa pakej fotografi perkahwinan RM1000 untuk 3 sesi (nikah, reception dengan outdoor) dengan poster, album dan pendrive. Berbaloi ke tak berbaloi harga tu?? Ada sesapa yang baca ni amik khidmat photography tak? huhu~

Saturday, September 1, 2012

Terkejut!



Apa???

Leo dah kahwin sebenarnya? Terperanjat gila saya. Dia kata orang yang dia kahwin tu pilihan nenek dia. Kira macam kena kahwin paksa lah ni. Dia tak suka pun perempuan tu sebenarnya.

Tapi, tak suka pun, mengandung dah perempuan tu. Apa maknanya tu??

Bengang betul saya. Saya bukak cincin risik dengan cincin tunang yang Leonerz baru bagi minggu lepas. Saya letak dalam tangan dia. Saya tak nak dah cincin tu.

Leonerz bagi semula cincin tu pada saya, 'Seriuslah, takde pape perasaan pun kat dia lah..' kata leonerz lagi.

'Takde perasaanlah sangat! Camne leh mengandung perempuan tu kalau takde perasaan?!' marah saya.

'Taklah, tu tak sengaja,' pastu dia terangkan lagi dengan panjang lebar dengan alasan yang tak leh diterima akal.

Banyaklah tak sengaja! Saya berlalu pergi dari leonerz dengan perasaan marah.

bukan gambar sebenar~





Tiba-tiba, saya terbangun. Astaghfirullahalazim, mimpi ke? Rasa macam betul-betullah. Tengok jam, baru pukul 5 pagi. Saya pun tidur balik.

Harap tu semua adalah mainan tidur. Menakutkan aje mimpi tu!



Doakan perjalanan saya dan leonerz ke jinjang pelamin dilancarkan ye~~ :)